Hye , ingat lagi segmen di atas ? "Love story with Adah" ? :)) Itu adalah segmen pertama yg adah anjurkan . Maybe sbb adah nak mendengar cerita mereka diluar sana , bagaimana mereka bertemu dgn pasangan masing-2 . ^^,
Alhamdulillah , segmen pertama Adah still mendapat sambutan , walaupun tak ade laa ramai sangat seperti segmen or contest yg dianjurkan oleh blogger lain . But , I'm still "Bersyukur" , because still ade blogger yang sudi join . Terima kasih kepada semua peserta ye ? :))
Mesti korang tertanya pula , bagaimana kisah chenta adah dan dia ? Bagaimana cara perkenalan kami ? Mungkin adah pernah cerita sebelum nie , tapi tak selengkap hari ini . And now , I'll story about me and him . Hope korang sudi membaca . Maaf , kalau panjang jalan cerita nya . :))
PERKENALAN :
20 November 2010 , si dia ade hantar post Happy Birthday dekat Wall sepupu Adah . Sepupu adah tuh rupa-rupanya classmate dye dekat sekolah teknik :) Dengan hati yg tak tahu malu , Adah Add dye di MUKABUKU , hanya kerana dia adalah kawan sepupu adah (!) *waktu tuh hati adah pada orang lain
21 November 2010 , si dia Approve adah di facebook , dan Post pertama dia untuk adah ,
|
nama FB adah time tuh "Princess Aurora" |
Adah mintak maaf kalau kurang jelas . Tapi apa yang mampu adah bagitahu , perbualan pertama kami bermula dengan teka teki . Teka teki yang dia berikan , namun tiada jawapan sehingga kini . ^^,
Hari demi hari , kami jadi rapat . Adah mula berkawan dengan dia waktu tuh adah di MELAKA , membantu member adah untuk final project dia , and adah jadi model kawan adah tuh . Time tuh kawan adah dah mula nampak adah tersenyum sorang-sorang .
"Dah ada yang boleh merawat luka di hati k ?"
"Blom lagi , sisa yg ditinggalkan tak semudah itu boleh dilupakan"
"Buang yg keruh , ambil yang jernih. Bukakan pintu hati kau untuk lelaki lain"
"InsyaAllah , ape yang tersurat , itu yang aku turutkan :)"
Dan seterusnya , kami rapat . Dari awak saya , orang dia , bertukar jadi kau dan aku . Adah yg mintak panggilan tuh . Sebab adah nak anggap dia sebagai kawan . Waktu tuh adah takut sangat kalau adah terjatuh hati dekat si dia . Sebab adah masih tak bersedia utk melupakan sepenuhnya bekas kekasih adah . :')
Tapi keakraban kami sentiasa bermula dan berakhir dengan pergaduhan dan pertengkaran . Ada sahaja tingkah adah yg tak kena di mata dia , ada pula bicara adah yg mengguris hati dia . Tapi dalam diam , dia cuba mencungkil rahsia silam adah , yg membuatkan adah bencikan insan yg bergelar LELAKI .
AWAL Disember 2010 : Adah terpaksa pergi ke Terengganu . Untuk memeriahkan lagi hari Konvokesyen satu-satunya abg Adah . Waktu tuh adah rasa sedih sangat . Sebab adah tak boleh online . Maknanya adah tak dapat chat dengan dia :( Tiga hari adah pergi , dan bila adah balik , adah terus bukak MUKABUKU nie .
|
Nie lah majlis KONVO di UITM Dungun , Terengganu . |
MAsih adah ingat , banyak sangat notification Adah yg ada nama dia . Happy sangat time tuh . Tapi adah tak tunjukkan lagi pada dia . Sebab ada banyak cerita dia yg adah tak tahu . Akhirnya , muncul lah satu hari yg buat adah tak kan lupa saat itu :))
Pada hari tuh , luahan segala cerita di buka . Kisah silam adah dan dia terungkai . Apa yg di pendam dan dirahsiakan oleh adah dan dia , terluah . Tapi ini bukan soal perasaan , ia hanya sekadar luahan kisah lalu . Waktu tuh baru adah rasa sedikit dekat dengan dia . **Tapi kami masih kerap bergadoh , sampai kengkawan adah pun pening kepala tengok perangai kami.
13 Disember 2010 : Adah bukak MUKABUKU , dan ada satu mesej di inbox .
"Assalamualaikum , Ad (nama panggilan yg dia panggil sebelum Adah) Lagi DUA minggu aku dah nak sambung belajar . Aku nak pergi jauh wooo ! hahahaha . Aku nak mintak maaf dekat kau kalau aku ada buat salah kat kau ke , buat kau marah ke . Ni no.telefon aku 017-5****** . Nanti kau bagilah no.fon kau jugak ."
Waktu tuh adah sedih sangat . Terkejut sangat .. Sepanjang perkenalan kamii , sekali pun dia tak pernah cerita tentang hajat dia . Tapi adah still buat cool lagi .
"Waalaikumussalam . ouhh , yeke ? Nape kau tak bagi tahu aq yg kau nk sambung belajar ? hahaha , ko memang banyak wat salah dekat aku pun . Tapi disebabkan aku ni pemaaf , aku maafkan kau laa ye ? Terima kasih bg no.fon tuh . "
Dan bermula pada hari tuh , adah selalu tunggu dia balik pukul 2 3 dan 4 pagi . Sebab time tuh jer dia akan online . Siang , adah pulak busy . Kadang-2 dia marah jugak , tp adah wat bodoh jer .
20 Disember 2010 :
"Wey , din . Kau ingat tak esok hari apa ? "
"Esok? Hari selasa lah . Kau ni kenapa ? hari pun dah tak ingat "
"Hehe , ouhh . sory sory . aku lupa lah . alaaa , sajer jer tanya kau ."
(Dlm hati , sedih sebab dia mcm tak ingat ape-2)
21 Disember 2010 :
"Din , happy friendship kita yang ke sebulan wey . hahahaha . Harap kau tak menyesal lah kawan dengan aku yg gila-gila nie."
"WEy , kau ingat lagi ye ? kau betul-2 buat aku teringat kat si dia laa . Dulu time kami kapel , tiap2 bulan dia akan ingat and wish dekat aku"
Waktu tuh sedikit sedih , tapi adah mampu mengawal .
"Laa , yeke ? kebetulan jer tuh . haha . "
"tak pe laa , thanx aw sbb sudi ingat ."
"Sama-sama :)"
Esoknya , adah bagi ayat ni kat dia
"Sayangilah seseorang itu seperti sungai , kerna sungai akan terus mengalir . jangalah menyayangi seseorang itu seperti bunga , kerana bunga akan layu "
Sekali lagi , si dia balas : "Syuhadah , kenapa kau sama macam dia ?? Kau buat aku ingat kat dia . Dulu dia pun ade bagi ayat macam ni jugak dekat aku . Ade pasal sungai dan bunga . Ni kau pulak bagi . "
Dan sekali lagi Adah jawab : "Hahahaha , hebat tak aku ? Aku leh tahu ape yg makwe kau pernah bagi . hehe . Kalau dah semua sama macam ex kau , nampaknye aku kena carik identiti lain la ni??"
Biarlah tiada siapa yg tahu , ape ayat seterus si dia , kerana ayat seterusnya itulah yg buat aku mula jatuh hati pada dia . and mula menyayangi dia .
"Ad , esok aku dah nak bertolak balik kampung. Lusa aku dah daftar . Kau bila nak bagi no.fon kau ? Lama dah aku mintak "
"Ehh , perlu ke ? hahah . nanti-2 jer laa . macam lah kau tak online"
"memang laa aku tak online . aku mana bawak laptop"
"ERkk ??"
Malam tuh , tepat pukul 12 Malam , adah miscoll dia . Then bila adah buka facebook pukul 2 pagi , dia ade mesej kat inbox .
"Ehh , kau ade miscall aku ye ?? Sorylaaa aku tak de kredit nak balas balek :)"
"Ceyhh , mana kau tahu aku yang miscoll kau ? entah-2 perempuan lain ke , peminat kau ke?"
"Hahahaha , aku tahu laa . aku kan hebat. Aku dah save nombor kau . "
Di hari pertama pendaftaran dia ,
27 Disember 2010 :
7:30 pagi : "Assalamualaikum, din . Wahhh , segak bergaya kau dgn pakaian baru ye ? Dari atas sampai bawah semua baru . Konon hencem lah tuh ? hahaha . Aku nak wish gud luck dekat kau . Nanti jangan nangis pulak time mak kau tinggalkan kau . hehe "
9:00 pagi : "Waalaikumussalam . Thanx adah ;)) Kau selalu bagi aku semangat . hahahaha , ade ade jer laa kau nie . Mak aku baru jer balik tuh . Tinggal lah aku sorang dekat sini . huhu"
Then dari situ laa kami mula mesej . Setiap malam selepas habis orentasi , dia atau adah akan call antara satu sama lain . kalauu tak de kredit , kami mesej jer . Almaklumlah , hari orentsi mana boleh bawak fon :)
"As salam . Adah , aku dah balik . nak mandi n rehat jap . nanti kte gayut aw . aq nak kau citer kat aku episod
"Putera Katak" hari ni ."
(Dia dan aku amat menggemari cerita tuh , kebetulan cerita tuh di episod terakhir , dan dia tak dpat tengok dah )
"Hahahaha , giler laaa kau ni . Yelaa ."
02 January 2011 (Hari ni abah dan ibu hantar balik jengka . sebab esok kelas dah mula)
Hari nie dia lamar Adah . Dia lamar Adah untuk jadi suri di hati dia . Tapi adah takut sangat nak terima . Takut bayangan lalu menghampiri adah kembali . Tapii dia nekad .
"Sudikah kau jadi insan istimewa di hati aku ? Berkongsi segala suka dan duka , susah dan senang dengan aku?"
Ya Allah , adah waktu tuh sangat2 terkejut . Amat lah terkejut . dan terbungkam . Adah tak tahu nak jawab ape . Adah mengambil msa yg lama untuk balas . Sehinggalah adah balas ,
"Ape kau cakap ni ? Jgn lah main-2 pasal ni"
"Aku tak main-2 lah , aku serius . Memang dah lama aku tunggus saat ni . Hari ni masa yang sesuai "
Tak perlu laa adah ceritakan apa jawapan adah , KINI dia pun sudah jadi pemegang kunci hati adah . Sekali pun adah tak pernah terpikir hubungan kami akan pergi sejauh ni . Dia di UTARA , dan adah di TIMUR . Percintaan Jarak Jauh (PJJ) antara kami tak menghalang untuk kami terus setia dan jujur antara satu sama lain .
Penghubung kami hanya telefon bimbit . Hanya itu sahaja . Skype ? Setelah 9bulan hubungan kami , barulah kami dapat skype buat pertama kalinya .
(Ada kisah skype kami di blog ni) Dan setelah SETAHUN hubungan kami , barulah kami berjumpa buat pertama kalinya .
|
Nie lah gambar first date kami :) |
Sehingga kini , kami masih bersama . Dan hubungan Adah dan dia bakal berusia
1 tahun 4 Bulan . Maaf , kalau coretan ini terlalu panjang . :)) Sekian , dari Nurul Syuhadah Ariadi .
Buat insan terchenta : There have nothing to say , just want you remember every moment as long as we're together and know each other.
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge