Monday, April 16, 2012

Cari Keunikan Pada Diri (!)

Seperti di janjikan , malam ni Adah nak update about "Cari Keunikan Pada Diri" . Tak mahu mulakan dengan intro yang panjang lebar , kita straight to the point jer . okey ? :)) Terima kasih .

Mungkin kita semua ade keunikan masing-masing . Keunikan di pandang pada skop yang sangat besar . Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai kelebihan . Tapi kegunaan ayat "Unik" lebih membawa impak yang besar dalam emosi diri individu tersebut . 

Yelaa , ayat "kelebihan" dah biasa digunakan , tapi "keunikan" jarang digunakan . Walaupun ia memberi maksud yang hampir sama . So , adakah korang tahu ape keunikan yang ada pada diri korang ?

Honestly , Adah masih tercari-cari dimana keunikan yang ada pada diri yang pasif ini . Kenapa adah menggunakan ayat pasif ? Kerana , adah menginginkan keunikan pada diri sendiri , tapi adah takut untuk mencubanya . Mencuba sesuatu yang baru , sehingga lah kita menjumpai apa yang unik yang tersimpan kemas  pada diri kita . 

Pada mereka yang sudah menjumpai keunikan yang ada pada diri masing-masing , bersyukur lah ke hadrat Ilahi , kerana anda antara hambaNya yang bertuah yg diberikan kelebihan untuk mengenali keunikan anda . Tapi Adah ? Adah masih tercari cari , masih terkapai kapai dalam menggapai sesuatu keunikan . 

Semoga satu hari nanti , adah akan menjumpai keunikan sebenar yang telah diberikan kepada Adah . :))
Wassalam.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

2 Comments:

ainun said... [Reply to comment]

keunikan, kelebihan adalah kekuatan. cari dimana kekuatan kita. itulah unik. bykkan membaca buku motivasi :)

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

Ainun : terima kasih :))
InsyaAllah , skrg mmg tgh cuba mghabiskan masa dgn mmbce bku motivsi . dpt menaikkan smgt lagi :)

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI