Monday, April 23, 2012

-Puisi Buat Si Dia-




Sebuah puisi ku hadiahkan padamu , 
puisi ikhlas yg lahir dari hati ku , 
Walau mungkin tidak sebaik , tapi terima lah dari ku ,
Ku coretkan kisah aku bersama mu . ^^,

Dulu kita ibarat api ,
Penuh di dada rasa benci ,
Menyampah , geram, meluat terbit di sanubari ,
Tapi berbeza pula saat ini ,
Segala nya berubah tanpa diingini , 
Jikalau dulu benci memenuhi diri , 
Kini hanya ada kasih sejati .

Hadirmu dulu tidak di duga ,
Pergi mu kini tiada ku pinta .

Walau berpisah jarak berkilometer ,
Tidak sedikit pun menggugat rasa , 
Tiada curiga , mahupun enggan setia ,
Kerna ku tahu kita bahagia .

Ingatkah kau kisah ini ?
Acap kali butir permata menghiasi pipi , 
Engkau mula bicara memuji , 
Kononnya ingin mengganti rasa ku yg moody ,
Dgn harapan senyuman terukir berseri-seri .

Kalau pula aku menyepi , 
Sedaya upaya engkau memberi,
Cinta yang tak mampu aku takluki ,
Bukan aku tak cuba mengerti , 
Tapi tak mahu fikiran di bebani , 
Dengan rasa yg bersalah nanti .

Namun , 
Aku berpegang dengan satu kata ,
Mana mungkin bersamamu aku kecewa ,
Engkau sering buat diri ketawa , 
Walaupun jenaka tidak mengena , 
Tapi kau tetap berusaha ,
Aku pula tidak pernah alpa , 
Menghargai dirimu seadanya . 

Bila pula cemburu mencuit jiwa , 
Mulalah muncul rasa curiga , 
Terhakis semua janji setia , 
Yg pernah di lafaz dahulu kala , 
Namun sikapmu cukup bersahaja ,
Tiada marah , mahupun bertanya kenapa , 
Mungkin kamu yakin diri tak bersalah .

Pernah juga badai melanda , 
Semua katamu tidak lagi aku percaya ,
Ku bawa diri sedaya upaya , 
Namun tewas sekelip mata , 
Kerana apa ?
Kerana kamu merayu hiba ,
Mengharap aku kembali merawat luka .

Setiap hari ditelan masa , 
Kini atau selamanya , 
Akulah hati dan juga jiwa ,
Yg bakal menyulam bahagia ,
Bersamamu insan terchenta , 
Semoga kasih berputik tanpa akhirnya :) 



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

2 Comments:

Nur Shahira MY said... [Reply to comment]

hehew . nice la akak ! huhu :) sedih n hepy jaa baca :) wuwuw :)

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

@Eyra Meowhehe . pening akk reka malam tadi aw . hehe . Tapi akk puas hati , walau tak sebaik penulis lain :)

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI