Monday, August 18, 2014

Resipi "Rainbow Cake" Mudah.




Rasa macam dah lama tak share resipi kan? hehe. 

So hari ni Adah nak share buat resipi rainbow cake yg Adah buat untuk befday adik Adah disekolah dia.  Simple je. Tapi Alhamdulillah, menepati citarasa kami sekeluarga. hehe. 


Bahan-bahan:

1 cwn marjerin/planta/buttercup (350gram)
1 cwn gula castor (gula biasa pun boleh)
3 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 sdk esen vanilla
1 sdk serbuk penaik
1 sdk soda bikarbonat
Pewarna

Cream cheese:

Cream cheese Tartura (yg besar)
1 1/2 cwn gula castor.

Cara-cara:

1.  Putarkan marjerin sampai kembang. (sampai jadi putih and ringan. Biasanya guna mixer lebih mudah and kek lebih lembut and gebu.  Tapi pukul guna tangan pun okay. tapi kena pukul lama sikit laa)
2.  Masukkan guna dan telur, pukul lagi.. 
3.  Masukkan tepung gandum, vanilla, serbuk penaik dan soda bikarbonat . Putarkan lagi sampai tekstur cantik. 
4.  Bahagikan adunan dan titiskan pewarna. 
5.  Masukkan adunan dalam loyang yg telah disapu planta dan tepung. 
6.  Bakar selama 30 mnit atau kurang, sebab lapisan tak tebal sgt. 

7.  Selepas selesai bakar setiap lapisan, putarkan cream cheese and gula sampai tekstur cantik. 
8.  Kemudian baru lapiskan kek setelah kek betul2 sejuk. 
9.  Hias kek ikut kreativiti masing2. Siap!


***p/s: Utk buat rainbow cake yg macam adah buat ni, adah buat 3x adunan.  Resipi yg kat atas ni satu adunan je. 




A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, August 16, 2014

DIY WEDDING CARD (ADOBE PHOTOSHOP, MICROSOFT EXCEL)


Hi ! Hi! Hi!

Ya Allah, lamanya tak buka blog ni. dari start final paper hari tuh , sampai dah dapat result pun. 
hehe. Bertabahlah wahai follower bagi yg mengikuti perkembangan blog ceritachentakita.blogspot.com ni. (Ada ke pembaca setia?) HAHA. 

Okay, according to last post Adah tentang Adobe Photoshop, now Adah still ber-entrykan tentang software tersebut. 

Alhamdulillah, Adah tak lah mahir mana. Tapi berjaya hasilkan satu wedding card utk kawan Adah. 
Memandangkan kawan Adah just buat majlis pernikahan je dulu, so dia tak nak lah tempah kad kahwin yg mahal2. 

So Adah suggest kan buat and print sendiri je.  Tapi memandangkan kawan Adah tak reti edit mengedit ni, so kerja tuh di berikan pada Adah.  Hasilnya tak berapa kemas. Lagi-2 bab peta tuh. Tapi Alhamdulillah, kira okay laa utk first timer macam Adah ni. 




See ! Simple kan? Kawan Adah tuh nak simple2 jer,, so ini lah hasilnya.  Sekarang tinggal nak print jer. 
So any blogger yg mahir buat kad kahwin ni, boleh laa tinggalkan komen kat bawah. Mana tahu ada yg Adah perlu perbaiki. kan? Share laa ilmu tu sikit. hehe

Btw, utk background color, adah buat transparent.  Sebab nanti kami nak print atas kertas warna light gold.  Harap-2 menjadi laa. 

Next project, hantaran dan flower handbouquet.  Stay tuned! 

Daa, Assalamualaikum.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI