ISTERI TAK BEKERJA?
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
6 Comments:
apa yg sy bca,istri lbih byk tggangjwb.. :)
Adibah : Awak betul :)) Mungkin isteri ta mampu nak berikan wang ringgit pada keluarga . (suri rumah sepenuh masa) But dari segi tanggungjawab and tuntutan kerja , si isteri lebih banyak melakukan tugas seharian untuk menyempurnakan keluarganya :)
Isteri la segalanya tahu ^^ teheww :) suka baca entri kaka yang ni , sebab m'ingatkan saya moment masa skolah . ahak .apakah ??
@Eyra Meowaik ? aik ? Kakak pelik ni yunk . Kenapa lak boleh teringat moment time sek ? hehe
Alaa , ni akk copy paste jer . len laa mcm awk , pndaii wat cerita sndri . hehe
Haha . Saya t'engat moment kat skola sebab masa tengok debate sal lelaki n pompuan . haha :D Time tu orang tu blur sangat nak cakap apa , so keluar la cerita2 macam ni . :) wink2 . :) ehh .
takda la . sayaxpandai pun tulis2 cerita sendiri , yg saya post aritu pun kebetulan ja akak suka baca ^^ hehe
@Eyra MeowCeyhh , dye merendah diri laa pulak . huhu :D Ye syg , akk mmg suke pn bc post kmo ritu . nt klu bf akk online , akk nk suh dy bce gak . hehe .
Post a Comment