Thursday, April 26, 2012

9 Mimpi Rasulullah (!)


Hye , selamat petang . Semalam satu hari adah tak menulis di blog nie . Adah demam dah tiga hari . Badan pun rasa lemah , kepala pusing sangat-2 . Agaknye demam result nak keluar malam ni kot . :)) Tak pe laa , semoga demam ni cepat kebah . Hari ni adah nak bercerita pasal MIMPI . 

Kenapa Adah pilih tajuk nie ? Lately adah selalu bermimpi seseorang . Mimpi yang betul2 mengganggu fikiran dan emosi Adah . Sangat senak dengan semua mimpi ni . Mimpi yg tiada jawapan , namun meninggalkan seribu pertanyaan dan persoalan . 

Tak pe laa , just forget it . Now we look at meaning of dream . I got this from internet . Actually , this is one of my classmate's topic during our presentation last semester . And now I'll bring back this topic on my entry this evening . 

Ramai orang cakap , mimpi hanya mainan tidur . Ada juga yg percaya sesetengah mimpi itu ada maksud yang tersirat . Namun sejauh mana kebenarannya , hanya Allah S.W.T sahaja yg tahu . Namun , maksud mimpi ini juga dari zaman Rasulullah lagi , Rasulullah pernah bermimpi macam-macam . Antaranya :



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Lalu setelah baginda menceritakan mimpi tersebut , Rasulullah S.A.W  bersabda : "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YG LAIN WALAUPUN DENGAN HANYA SEPOTONG AYAT " 

Credit to : http://smzblog.wordpress.com/perundangan-islam/9-mimpi-rasulullah/ 

Hanya ini yang mampu adah kongsikan untuk pembaca . InsyaAllah , kalau umur panjang , adah akan coretkan lagi sesuatu untuk di jadikan bahan bacaan buat semua :) Wassalam .


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

6 Comments:

Nur Shahira MY said... [Reply to comment]

makasih akak sebab sharing ^^ huhuhu

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

Sama-2 sayang . untuk awak , semua boleh :) hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

harap kita salah sorang dr umat rasulullah s.a.w tu... insyaallah

Neijie said... [Reply to comment]

Assalamualaikum adah..heheh..saya datng lagi..sori untuk entri adah sebelum ni saya tak sempat nak baca. kikikiki..busy sikit..hurmm..apa saya boleh cakap, entri ni sangat bagus. Thanks adah for sharing wif us. at least adah dah kongsikan ilmu yang adah tahu untuk kitorang..teruskan usaha adah tu..:D..sayu gak baca entri..tambah2 ada lagu yang mengulit jiwa nih..hehhe

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

@Fazi Isma InsyaAllah , kita cube jadi umat yg terbaik , yg tidak lari dari landasan yg sebenar :)

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

@Neijie Waalaikumussalam . Terima kasih sudi singgah and baca entry adah . Ehh , tak pe . Adah faham awk busy :))

Ilmu perlu dikongsikan , walaupun ilmu yg adah ada tak seberapa , tp harap ia mampu menjadi satu bahan bacaan yg berguna buat pembaca :)

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI