Tuesday, April 10, 2012

"Contest : Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar"



Yeayyy , 1st contest yg Adah jumpa , owner contest tuh suruh buat esei !.
Wow , lame giler adah tak buat esei . Idea dlm kepala nie pun agaknye dah
bercendawan , berkulat kot . hehe . 

Tapi tak pe laa , adah nak join jugak . 
So pada sesiapa yg nak join , just KLIK dekat banner atas tuh ye ? :))
Terima kasih . 

Sebelum start esei , nak jawab soklan penganjur contest dulu .

"Apakah impian anda sebagai seorang blogger?"



Jawapan : Saya hanya ada satu impian sahaja . Iaitu menjadi seorang penulis novel . Impian yg adah simpan sejak berumur 14 Tahun . InsyaAllah , adah menjebakkan diri dalam dunia blogger ini juga adalah dengan mengharapkan blog ini mampu menjadi landasan untuk adah menggapai impian tersebut . ^^,
Sama-sama kita doakan yg terbaik utk Adah . -peace-



_______________________________________________________________________





AKU sebuah Blog : AKU dulu dan kini (!)




Hye , semua . AKU baru sahaja pulang dari melawat rakan-rakan ku . Penat ? Tiada istilah penat bagi ku , kerana AKU dan tuan ku amat menyukai aktiviti kami ini . Bertanya khabar dengan rakan yg lain , tiada salahnye bukan ? Cuba kalian lihat diri ku , cantik kan ? AKU sekarang diwarnai dengan pelbagai corak dan warna . AKU sekarang di meriahkan dgn pelbagai info dan cerita . Mungkin kalian tertanya-tanya siapakah aku ? AKU hanya mampu tersenyum bangga menjawab pertanyaan kalian . AKU adalah sebuah BLOG . 

Dahulu AKU hanya sebuah BLOG yang pasif , yang tiada apa yang perlu dibanggakan . AKU yang dulu tak se GAH yang kini . Mungkin silap tuan ku juga , dia masih baru dalam dunia blog . AKU tidak menyalahkan dia akan perihal silam ku . Cuba kalian lihat diri ku kini , cantik bukan ? Berwajah baru , diwarnai dengan warna kegemaran ku . Kalau dulu aku tiada kepala untuk dibanggakan , tp lihatlah sekarang ! Tuan ku telah meletakkan "Header" di atas badanku . 

AKU bangga dengan diriku kini , mungkin AKU tak sehebat blog-blog yang lain . Namun AKU tetap bersyukur kerana di jaga dengan baik oleh tuan ku . Dia tidak pernah berputus asa mencantikkan aku , memberikan AKU kegembiraan , dan sungguh , kini AKU amat gembira dengan keadaan AKU yang sekarang . 

Lihat lah pula di bawah "Header" ku . Saat AKU mencoret cerita perihal diriku ini , AKU sudah ada 147 orang yang sudi mengikuti perkembangan AKU dan tuan ku . Kalau dulu ? Hurmm , dulu AKU hanya ada 20 orang sahaja pengikut , dan itupun mungkin ihsan dari sahabat baik tuan ku , yg ikhlas menjadi pengikut ku . :)
Mungkin kalian tidak berasa heran mendengar coretan kisah ku kan ? Kerna pengikut anda sudah mencecah beribu-ribu . AKU hanya mampu mengatakan , AKU tak bertuah dan terkenal seperti kalian .

Sekarang , beralih pula pada persekitaranku . Cuba kalian perhatikan , sudah banyak perhiasan (Gadget) di tubuhku kan ? Inilah hasil usaha dan kerja keras tuan ku yang acap kali tidur lewat semata-mata mahu mencari perhiasan yang sesuai untuk diletakkan di tubuhku , sebagai penyeri AKU . Tuan ku hanya meletakkan perhiasan yang penting sahaja di tubuhku , alasan yang dia berikan kepada AKU , hanya satu ! Dia tidak mahu membebankan aku dengan perhiasan yg banyak , kerna dia tidak mahu menambahkan berat badan ku . :)) Baik sungguh tuan ku .

Berakhir sudah coretan AKU mengenai diri ku ini . Tiada kisah sedih yang mampu AKU kongsikan kepada kalian , kerana AKU gembira dengan siapa diri ku yang kini . Setiap hari , badanku akan ditukar ganti dengan info mengenai tuan ku , dan AKU tidak jemu mendengar cerita , luahan , atau rahsia yang dipendam oleh tuan ku . Apa yang mampu AKU kata kan pada kalian , AKU sudah temui tuan yg berhak menjaga AKU . Semoga AKU akan terus bersama dengan tuan ku . :)

Sekian , Terima Kasih .



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

8 Comments:

Nour Adieb said... [Reply to comment]

Anda ditag.peace :D

http://nourayuadieb.blogspot.com/2012/04/segmen-pka-rahim-feberet-color.html

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

Cik Adieb : ouhhh , okey :)) hehe

Kamil Kahar said... [Reply to comment]

adah...thx sbb join...alhamdulillah sumer syarat cukup...hehe...semoga dgn wt krangan ni boleh mengasah sedikit sebanyak bakat adah sebagai penulis novel 1 hari nnti...insyaAllah...

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

Kamil Kahar :

InsyaAllah , dgn izin-Nya , mungkin adah akn dpt mncapai impian tersebut . WAlaupun hny sekadar penulis di blog . :) Terima kasih sekali lg sb jmput adah join .

Pecinta pink^^ said... [Reply to comment]

sggah bace:D

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

Pecinta pink :

hehe . sila sila . tp grammar tak brpa bagus :D

Kamil Kahar said... [Reply to comment]

salam adah...kamil ada update tentang syarat dan hadiah baru...take note ye... :)

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

Wasalam . thank you for inform . :)) Adah dah semak satu per satu updated yg kamil buat .

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI