Thursday, February 20, 2014

RESIPI PUDING JAGUNG



First time kita buat puding, menjadi dan rasa tuh tak terlalu manis, dan tak terlalu tawar. 
So kita excited nak share. 
Serius memang sedap. 

Bahan-bahan:

1 tin susu cair (F&N)
2 tin jagung manis (ADABI)
2 cwn tepung kastard (NONA)
2 cwn gula
5 cwn air
1 sdk esen vanilla


NOTE **** yg dalam kurungan tuh jenama yg saya guna. so you all nak guna jenama lain pun boleh :)

Cara-cara:

1.  Masukkan susu cair dan tepung kastard ke dalam periuk dan kacau sehingga tidak berketul dan tepung larut. 
2.  Masukkan semua bahan-2 lain dan kacau kan. 
3.  Masak bahan-2 tadi di atas api yg sederhana, tak terlalu kecil or besar. 
4.  Sentiasa kacau hingga cecair menjadi likat dan berkilat. 
5.  Tutup api, dan masukkan ke dalam bekas. 
6.  Biarkan sejuk dahulu, kemudian baru masukkan dalam peti ais. 


SIAP ! 

NOTE **** proses nak likat dan berkilat tuh ambil masa yg lama taw! So jgn takut tak jadi atau apa.  Akan jadi, cuma lama sikit :) 

Sekian. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

RESIPI MUDAH CHEESEKUT


Lama kan kita tak update?
Sekarang busy sikit dgn business preloved. 
And in sha Allah, soon akan buat business online. 
Doakan kita k?

Btw, hari ni nak share resipi Cheesekut.
Hari tuh buat dan bagi teacher-2 kat tadika. 
Dorang cakap sedap, so baru lah kita confident sikit nak share ni :)

hehe. 



Bahan-2:

250 g cheese
1/2 cwn susu pekat
1 kotak susu Dutch Lady Full Cream
Essen Vanilla
1 paket biskut Deluxe Hup Seng perisa Original


Cara-cara:

1. Pukul Chese dan susu pekat sampai cair dan sebati. 
2.  Masukkan 5 sudu susu dutch lady full cream dan essen vanilla, dan pukul lagi sampai tekstur halus dan cantik. 
3.  Sediakan loyang atau bekas. 
4.  Celup biskut dalam baki susu dutch lady, (celup sahaja, jgn rendam) , then lapiskan dalam bekas. 
5.  Kemudiakan sapukan cheese tadi di atas biskut. 
6.  Ulang step 4 dan 5 sehingga cheese habis. 
7.  Sebagai penutup, anda boleh taburkan milo, blueberry jem, or macam2 lah. ikut kreativity masing-2. 



SIAP!


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, February 14, 2014

RESIPI KEK KUKUS MILO (MUDAH DAN CEPAT)




Dah bosan guna koko? Kita boleh ubah gunakan Milo . 


Bahan A:

1 cwn milo
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn gula
1/2 cwn susu pekat. 


Bahan B:

3 biji telur
1 sdk esen vanilla
(dipukul kembang)

Bahan C:

1 1/2 cwn tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder. 

Cara:
1.  Bahan A dicampurkan dan dimasak diatas api yg kecil. Lepas sebati, tutup api. 
2.  Sejukkan sekejap bahan A dan masukkan Bahan B. Kacau sebati. 
3.  Masukkan pula bahan C dan kacau. 
4.  Tapiskan jika ada ketul2 sebelum masuk ke dalam loyang. 
5.  Sapu mentega dan tepung didalam loyang sebelum masukkan adunan. 
6.  Kukus adunan sehingga masak diatas api yg sederhana *jgn terlalu kecil dan terlalu besar!!!
7.  Kukus selama 30 - 45 minit. 




Topping:

1 cwn milo
1/2 cwn susu pekat
2 sdb minyak masak
 3 sdb air. 

Gunakan taktik double boiler shingga coklat sebati. Jgn terlalu cair, dan jgn terlalu pekat. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Wednesday, February 12, 2014

PRODUCT REVIEW : BIO ESSENCE TONER AND DAILY MOISTURIZER .


Terus terang cakap, semua gadis nak cantik. Bukan gadis jer lah, mak mak gadis pun nak cantik jugak pe. nak awet muda jugak. 

So Adah sarankan guna Bio Essence .  Bio essence ni ada banyak jenis product dan ada a few series laa. 

Contoh:

1.  ATP V face series
2.  24K Bio Gold series
3.  Tanaka White series

and so on. 

Member Adah pakai Tanaka White series. Tapi apa yg adah nak review hari ni ttg ATP V face series. 
Adah pakai pencuci dan krim plembap ATP V ni dah lama. ada la dalam 7 bulan gitu. Tak lama sangat la kan? hehe. 

Kenapa Adah pilih ATP V face series?

- Pada mulanya, Adah pilih Bio Essence ATP V face series ni sebab nak bujurkan muka.  Yelaa, muka adah kan BULAT jer. haha. So bila pakai tudung tuh nampak tembam. So try laa ATP ni. 

Tapi bila lama-2 pakai, rasa serasi sangat-2. Dan kulit muka tuh rasa lembap jer. So biar adah review dua jenis produk dari ATP V series ni. Dulu adah pernah pakai pencuci muka Deep Cleanser ATP V series, tapi sekarang guna pencuci muka Nanowhite.  Toner dan cream plembap jer pakai Bio Essence. 

Deep Nourishing Toner with ATP


Terus terang cakap, Adah tak kata produk Bio Essence ni murah k? And bukan lah nak berbangga sebab pakai produk mahal. Cuma nak bgitahu keberkesanan produk jer. 

Benefit:
1.  Bila pakai toner ni, kotoran pada kulit muka hilang dan liang-2 roma pun tertutup. 
2.  RAsa segar dan dapat improve tona kulit. 
3.  Kulit lebih licin dan anjal. 

Face Lifting Cream with ATP



Okay, cream ni best sangat.  Macam kulit muka adah ni tak boleh pakai krim yg warna coklat tuh aw.  Kalau krim yg pejal tuh, kulit adah akan naik jerawat and pakai bedak bertapuk-2.  

So sebab tuh adah suka pakai Bio Essence Face lifting Cream ni , bertindak sebagai moisturizer. Bila pakai rasa macam melekit jer kat muka, tp sebenarnya tak. Dah apply tuh, tunggu lama sikit, kulit rasa selesa je, then baru apply bedak. 

Kebaikan:
1.  Cerahkan kulit. 
2.  Melembapkan kulit wajah. 
3.  Mengecilkan liang pori pori. 
4.  Anti penuaan. 
5.  and boleh bentukkan muka jadi V shape (depends on how kita sapukan pada kulit muka) *cara urutan.

Testimoni:

Ni testimoni dari Adah sendiri. Bila apply kan both product bio essence ATP V series ni, kulit muka adah lembap dan tak kering cam dulu. Dan bila tak pakai make up pun, kulit nampak segar je.  Lagi satu, kulit lebih cerah dan warna kulit lebih sekata.  And paling adah suka, liang pori-pori pada wajah semakin mengecil dan kulit pun jadi halus, tak kasar dan tak menggerutu.  Paling Ohsem, parut semakin pudar. 

Yeayyy ! Tuh testimoni panjang berjeler.  Apa-2 pun, kita kena yakin bila gunakan sesuatu produk.  Dan bila rasa tak sesuai, cepat2 stop dan jangan teruskan lagi.  Takut bg defect kat muka korang.  Kang ada yg pergi kerja/kelas/meeting guna surat khabar tutup muka. heheh. 

The End.  Happy Reading!

p/s:  kalau produk mahal tapi boleh guna utk 4 5 bulan, ape salahnya kan? Tak membazir pe.  Tapi kalau rasa mahal sgt dan tak berkemampuan, ada banyak cara traditional yg mampu bantu atasi masalah kulit muka anda . So don't worry , be happy ! :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, February 7, 2014

STATUS MENJENGKELKAN DI FACEBOOK



Bila nak update status kat facebook tuh tak salah. Kau nak cakap Good Morning, Salam Jumaat, Good Night, semua tuh tak salah. Ikut kau lahh. 

Yg salahnya bila kau update status yg membukakan aib diri sendiri dan org lain. Itu memang salah sangat-2 laa. Sedar atau tidak, sebagai manusia yg berumur 20 tahun ke atas, sepatutnya kau update yg matang-2, berinformasi atau motivasi. Kau bukan budak hingusan yg perlu update benda remeh temeh. 

Ada beberapa status yg menjengkelkan yg aku nak tegur sikit.

1.  Status yg boleh menyemarakkan rasa amarah org lain. 
-  Kau nak kutuk, kau nak mengamuk, itu kau punya pasal la. tapi yg jadi isu sekarang, kenapa kau babitkan mak , ayah, tok , nenek org lain? Dan perlu ke kau keluar ayat-2 yg tak sedap di dengar or dibaca? Kau pernah dengar tak , "Status yg diupdate tuh melambangkan keperibadian kau?" Kalau kau tak pnh dgr, ni biar aku bagi tahu. 

2.  Status merungut, merungut, merungut. 
-  Setiap hari kau merungut.  Tak bahagia lah, bosan lah, byk masalah la, tak cukup duit la, tak dapat cuti lah, gaji tak cukup lah, org tak paham kau lah, officemate tak ngam lah, itu jer yg kau update hari-hari. Kadang-2 aku pelik, tak ada langsung kah rasa bersyukur dalam diri kau? Kau ada semua yg kau nak, pekerjaan yg baik, keluarga yg elok, harta benda yg menolong, itu semua tak cukup ke? Hari-2 kau merungut, org bukan kesian aw, tapi menyampah. 

3.  Status bergaduh pakwe/makwe, sindir menyindir. 
-.  Ni lagi satu masalah.  Kau bergaduh dgn pakwe/makwe kau, kau naik status berkali-2 meluahkan perasaan sambil menyindir.  Elok-2 org tak tahu apa yg berlaku, terus semua dpt tahu kisah-kisah kau dr awal dan akhir.  Kau nak org bukukan cerita kau ke? kau ingat kau dgn pasangan macam artis? Org lain dok sebok jd reporter dan buat report pasal masalah kau? Argh, tolong laa. 

Yg peliknya, fenomena status menjengkelkan ni bukan sahaja pada remaja, mak mak org, bapak org, pun satu kepala.  Ya Allah, nak tegur kang, kata kita biadap lak.  Tapi dah jadi mak org kot, bahasa tuh tak melambangkan kematangan langsung.  Kita kalau nak didik anak kan, kita kena cermin diri kita tau.  Anak-2 nanti ikut perangai kita, so pandai-2 lah kawal diri ye ibu-ibu sekalian. 

Sekian. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, February 1, 2014

KALAU KERANA LELAKI




Jika engkau menangis kerana lelaki, 
Lupakanlah...hapuskan lah airmatamu. 

Jika engkau tidak makan kerana lelaki, 
Lupakanlah... dan berhenti lah berlapar. 

Jika kerana lelaki engkau sedih, 
Lupakanlah...Teruskanlah bergembira dgn hari-harimu. 

Jika lelaki itu punca tidurmu terganggu, 
Lupakanlah...tidurlah dgn lena dan aman.

Jika kerana lelaki kau berduka, 
Ingatlah...Kau punya Allah utk mengadu dan mengubati duka itu.


Dear self, 
You not live for a man, 
You'll be better without him. 
You know why?
Because you not a women that need man. 
You can survive much good in your space and life. 

The end. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI