Showing posts with label INSPIRATION. Show all posts
Showing posts with label INSPIRATION. Show all posts

Monday, December 16, 2013

IBU




Ibu,
Kita sering bertelagah, 
Punya sifat yg berbeza, 
Acap kali bertegang urat, 
Ada juga bersenjatakan kata-kata. 

Tapi itu semua sementara
Kasih ibu kasih abadi
Kasih anak, tidak pernah berhenti

Ibu, 
sakitmu tidak dipinta, 
ia datang menduga dirimu, 
menduga suami mu, 
juga anak-anak mu. 

Melihat dirimu menahan sakit
pedih dan pilu tak mampu dibendung
Airmata mengalir deras
Sungguh, aku tertanya pada diri, 
Mengapa bukan aku?

Ibu, 
jgn lah engkau risau, 
anak-anakmu sentiasa disisimu, 
Kami selalu mengingatimu, 
kami selalu mendoakan kesejahteraan mu, Ibu. 

Kami akan selalu menjadi hero dan heroinmu :')


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, August 12, 2013

BERAYA SAKAN EIDULFITRI 2013 / 1434 HIJRAH

Maaf, dah lama tak update blog. Sibuk beraya dari Raya pertama sampai raya ke5.  Hari ni tak nak taip panjang sangat, sebab sibuk lagi ni, nak kena buat aturcara majlis utk kenduri Ahad ni.  Haa, entry ttg kenduri akan diceritakan dikemudian hari k ? Enjoy laa gambar raya dulu.
Tahun ni ada 6 pasang baju raya. baru pakai 4, ade lagi 2 pasang masih tergantung. Jom tengok :)
Baju kurung Moden.
Raya pertama : Tema Oren

Motif: tunjuk handbag baru. 
Kiri : Jenama Korea
Kanan : Furla 



Gambar keluarga without Ibu :) 
Upss, jgn pkir bukan2, my Ibu doing something else.


Raya kedua : Kurung Moden.
Corak vintage bunga2 kecil.
Balik kampung. 


Bergurau senda with Abah dan Kak chik.


Safely arrived hometown.
Lokasi: Slim River


Candid picture with aunties ! 
Maklang wearing red's Hijab.
Maksu wearing Blue's Hijab.


Suasan kampung. 
Lokasi: Rumah Nek Uda


Raya ketiga : Peplum Saloma.



I love this peplum. unique and it's not too tight !


Raya kelima
Baju kurung Pahang. 
My 4th collection Baju Raya.


On my way to Hulu Langat.


Candid with Maklang during 1st Hari Raya.


Candid with cousin at "Rumak Tok Teh"


Super womens in my family. 

My mom's sibling and her sister in law.


Me with lovely cousin .


Ibu dan Abah with Atok dan Nenek.


Husband and Wife


THE END :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Thursday, July 25, 2013

ICON FASHIONISTA ~ SHEA


Lumrah seorang wanita yg ingin kelihatan cantik dan bergaya. Siapa yg tak nak cantik ? Everyone, especially woman semuanya nak kelihatan cantik. Salah ke ? Of course tak.  But the point is, kemampuan kita. 

Oh, pendekkan cerita.  Tadi stalk blog Sys Shea (http://www.myamethyst-shea.com/)  Tipu lah kalau korang tak kenal kan ? She is super duper awesome okay.  Her style, her collection, handbag, everything awesome! Ramai yg tertarik dengan gaya penampilannya yg berani. Why berani ? Even berhijab, dia tak menjadikan hijab itu satu penghalang utk dia bergaya and still look polite.

Apa-apa pun, I still cannot be like her. Why ? Ibu selalu berpesan, ukur baju di badan sendiri. Ibu cakap, I'm a student so be like a student.  Bila jadi pelajar yg tak bekerja and mengharapkan bantuan PTPTN, ia menghalang Adah untuk OVER shopping sebab duit yg ada tuh terhad.  

Dulu Adah selalu cakap dgn Ibu "Satu hari nanti bu, akak nak pakai dress. tak nak pakai Jeans. sebab kakak tak suka jeans. So akak nak penuhkan almari akk dengan dress and skirt jer" .
And Ibu said "Boleh, tunggu dah kerja. Bila dah kerja, nak pakai apa pun tak jadi masalah. Guna duit sendiri. Beli la apa saje.  Yg penting tak susahkan org lain" Fuhh, ayat terakhir tuh agak pedas ! (~..~")

But that truth, buat masa ni kita kena control diri kita. Just be yourself .  Kita bole adore, admire orang lain. But don't push yourself to be like them.  We're comes from different status and family background.  So act like normal.  Jangan sesekali mengguna pakai kan pepatah ini " Biar papa, asal bergaya". HUHU. 

Okay, banyak membebel. some pictures from Shea's blog. Adah pick yg Adah minat sangat-2 :)


Suka SET lengkap from top to bottom.



Suka dgn top and skirt. ^^,




Okay, last pic ni suka sgt cardigan dia. PRINTED okayy. Aww !


Banyak lagi. ada satu tuh suka tgk Sys Shea pakai skirt hitam yg dia buat sendiri. but cannot find that pic. 
Nanti dah jumpa, adah tunjukkan :)


K the END.



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Sunday, June 16, 2013

HAPPY FATHER'S DAY, ABAH


Tengah kusyuk menekan kalkulator, mengira dan menganalisis financial statement untuk company Telekom, tetiba telefon berbunyi, panggilan dari Ibu. :)

"Assalamualaikum. Tengah buat apa , kak? Kami on the way pergi Melaka.  Siap-2 laa, kita keluar makan"

Ya Allah, sangat terharu.  Hanya Allah yg tahu macam mana perasaan Adah time tuh.  Di saat Adah sibuk menghadap segala test , assignment and presentation, sehingga Adah tak ada masa untuk bersuka ria dan pulang ke rumah, Ibu dan Abah sanggup meluangkan masa mereka dengan meredah 2 jam perjalanan dari Puchong ke Melaka :) Thank you so much. 

Lagi satu surprise, bila Adah punya laa tunggu kereta Toyota Avanza Abah, rupa-2 nya diorang tiba dengan kereta Myvi baru Abang Zul ^^, Speechless sangat-2.  At the end of this story, Adah akan cerita kenapa Adah teruja :)  Kita layan gambar dulu.








Okay, why Adah teruja ?

  • Sebab Adah tahu ibu dah lama teringin makan kat Seoul Garden, tp ibu tak nak pergi kalau tak ada Adah. That is one of the reason why Ibu willing to come here, Malacca :)

  • Sebab Abg Zul baru beli kereta, semua org dah pernah naik. except me. sebab belajar jauh.  So that's why tadi dorang dtg tak bawak Avanza.  Sedangkan kereta avanza lagi besar.  Dorang bawak Myvi sebab nak bagi Adah merasa naik kereta baru :')

  • Hari ni kan Hari Bapa. Ikutkan, Ibu nak datang minggu depan .  Tapi disebabkan nak celebrate hari bapa dgn Adah sekali, ibu sanggup dtg minggu ni.  Adah tahu Ibu tak kan sambut apa-2 event without Adah ^^,
The point is, Ibu and Abah sayang Adah sangat2, and me too :) Adah tak dapat describe how much I care and love my family.  They are my soulmate and my life.  Seriously Adah sangat beruntung dapat mereka semua as  my family.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, June 15, 2013

#VERSION 2: MY INSPIRATION


Abah seorang yg kelakar , walau hakikatnya dia sangat garang.  Siapa yg tak takut pada Abah ? Tiada siapa yg berani jawab. 

Pantang salah, tali pinggang menjadi hiasan di badan.  Bukan kerana abah kejam, tp kerana abah tak mahu kami jadi anak yg tidak reti bersyukur.  Apa yg abah tak bagi? semuanya abah sediakan utk kami.  Walau tidak semewah mana, namun lebih baik dari tiada. 

Abah pandai hiburkan hati.  Berwechat, berfacebook, mengalahkan org muda.  Bukan kerana mahu menyekat kebebasan kami, cuma ingin menikmati bagaimana merasa MUDA melayan segala laman sosial tersebut.   Kalau berlawak, tak kering gusi kami gelak.  Abah pandai berjenaka, tapi abah juga sensetif.

Sensetif bila anak-2 membelakang kan nya.  Abah pasti berkecil hati.  Pulang ke kolej tanpa pengetahuan nya, merajuk seminggu yg sukar dipujuk.  Lagak dan gayanya ibarat anak kecil, tapi cukup menghiburkan.  Abah selalu mengalirkan airmata tatkala kami bersalaman memohon maaf.  Luar nampak garang, tapi hakikatnya hati abah halus, dan mudah tersentuh.

Kakak sayang Abah :')  Tak pernah sekali pun abah marah tatkala kakak pulang membawa buku dan kertas yg ditanda dgn pen merah.  GAGAL! itu bukan point utama abah marahkan anak.  KURANG AJAR! Yaaa, itu laaa yg abah titik beratkan.  Kurang pelajaran masih boleh di ajar, tp kurang ajar tidak boleh dimaafkan. 



Abah HERO terhebat  dalam hidup kakak :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, June 14, 2013

#VERSION 1 : MY INSPIRATION


  • Dia sangat kuat. Sukar melihat tangisan di wajahnya.  Sukar juga melihat senyuman terukir di bibirnya.  Bukan kerana dia sombong.  Tapi kerana ketegasannya. 

  • Dia tabah.  Saat dugaan datang menerjah, dia masih teguh berdiri, pertahankan hak dia sebagai seorang ibu dan isteri.  Walau di caci dan di maki, sedikit pun tiada luntur rasa giveup dalam diri. 

  • Dia rajin.  Mengemas, memasak, menguruskan rumah, suami dan anak-2 , tidak pernah dia abaikan.  Walau kerja 12jam, shift pagi petang dan malam, namun dia tetap ringan tulang membantu anak-2 menguruskan pakaian sekolah, dan tidak pernah mengetepikan suami dalam segala perkara.

  • Dia sangat cantik.  Kalau dilihat pada wajah, nampak seperti awal 30 an.  Ada yg memanggil "kakak" walaupun sepatutnya panggilan itu ditukar "makcik".  Ada juga yg mempersoalkan hubungan anak beranak kami, ada yg kata dia kakak, sepupu , malah ada yg ingat dia hanya kawan ku. 

Dia sangat aku kagumi.  Ketangkasan nya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri , ibu dan anak, selalu menjadi bahan bualan aku dan makcik.  Adik beradik mengkagumi dia, ini kan pula aku darah dagingnya. 

"Dia" yg dimaksudkan adalah Ibu.  Yg membanting tulang mencari rezeki utk membesarkan aku.  Yg berusaha keras mendidik aku, walau aktiviti sering disekat oleh Ibu, tetapi aku tahu Ibu punya alasan yg kukuh.  One of my inspiration is my mom.  I love her, even I can't express by words and action, but from my eyes when looking her, I'm really2 mean that I LOVE HER SO MUCH!.


I LOVE YOU, Ibu and I do miss you right now :'(


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Tuesday, May 21, 2013

8 QUOTE FOR MOTIVATION .


Mata dah kuyu, otak dah lemau, semangat dah hilang . Dalam pikiran just fikir nak balik, rehat and tidur jer. Sungguh, subjek LAW membuatkan Adah rasa sangat tak bermaya.  May be because I'm not really interested with that particular subject.  Unfortunately, time Adah main selak-2 helaian buku, tiba-2 terpaku dgn kata-2 atau dgn kata lain quote yg diselitkan di dalam beberapa helaian dalam tajuk " Sale of Goods".

Otak ligat berfikir, why I never saw that quote before ? In the past topic and page? Hmm, macam nak suntik semangat Adah kembali jer kan ? huhu. The point is, memang lately adah mcm kurang semangat sikit nak belajar or do any else. I could not tell you the reason until I find the cause why ? Tetapi selepas terbaca ayat-2 di bawah ni, rasa hmm, rasa terbuka minda utk kuatkan semangat dan kental kan hati dalam meneruskan niat utk menuntut ilmu dan perjuangan dalam kehidupan yg penuh cabaran ni :)

Below are 8 quote that can use in motivate yourself to be better than yesterday. 

#1 
"Positive thinking will let you do everything better than negative thinking will" - Zig Ziglar
#2
"Yesterday I dared to struggle.  Today I dare to win" - Bernadette Devlin
#3
"The palest ink is better than a good memory" - unknown
#4
"To succeed, we must first believe that we can" - Michael Korda
#5
"They say that time changes things, but you actually have to change them youself " - Andy Warhol
#6
"You're not obligated to win.  You're obligated to keep trying to do the best you can every day" - Marian Wright Edelman
#7
On the authority of Al-Nawwas bin Samaan that the prophet said:
"Righteousness is good morality, and wrongdoing is that which wavers in your soul and which you dislike people finding out about" 
#8
Gratitude is not only the greatest of virtues, but the parent of all the others" - Cicero




Okay, the END. Hopefully all of these motivation can help you in order to build and increase your confident level.  Be whatever you want, and avoid whatever you don't. Your future is yours choice, don't look down yourself for the reason of past mistakes. but look up yourself and think ahead for your bright future.  In sha Allah. May Allah protect us :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, May 13, 2013

IBU IS LIMITED EDITION.




Ibu, 
Saat aku lahir ke bumi, 
Dapatku lihat riak wajahmu
Penuh senyuman lebar terpamer diwajahmu,
Saat aku dilanda sakit, 
Dapatku lihat keruh di mata mu, 
Mimik muka mu yg merunsingkan, 
 dan kelakuan mu yg tidak menyenangkan. 
Menjaga aku siang dan malam tanpa jemu. 
Walau letih dan lesu, 
walau dihambat rasa kepenatan, 
Sungguh aku tahu betapa kasihnya dirimu kepada ku. 

Ibu, 
Bila aku menginjak kedewasaan, 
mengapa pertengkaran selalu menjadi hiasan ?
Aku bimbang andai aku derhaka padamu. 
Tp setiap kali kita bersua muka, 
pasti kemarahan pembuka bicara. 

Ibu, 
Dulu aku tidak mengerti, 
kenapa dirimu gemar memaksa, 
mengajar aku itu dan ini, 
menyuruh aku ke sana ke mari, 
aku gelisah, aku memberontak. 
Seringkali ibu mengawal tingkah laku ku. 
Bermain petang dgn kawan2 juga tidak Ibu gemari, 
Kenapa Ibu?

Bila umurku mencecah belasan, 
Ibu mula menjadi bodyguard ku, 
Ke mana jua ibu menemaniku, 
Walau sering kali aku meminta kebebasan, 
TIDAK jawapan dari Ibu. 
PAkaian ku juga ditentukan ibu. 
Jeans, T-shirt ? 
Ouh itu bukan pilihan Ibu. 

Namun,
kini umurku mencecah 21 tahun, 
Ibu, 
Maafkan aku , 
Mengambil begitu lama masa, 
untuk aku mengerti segala pengorbanan mu. 
Sekarang aku paham, 
mengapa dulu Ibu mengawal ku, 
mengapa dulu Ibu mengajar itu dan ini, 
Ouhh Ibu tidak mahu aku menjadi wanita yg tidak punya istimewa. 

Ibu,
maafkan anakmu, 
kerna bersikap biadap pada mu, 
tidak terkira khilaf ku, 
namun Ibu selalu berada di sisiku, 
penuhi permintaan ku, 
menyelesaikan masalah-2 ku, 
Ibu memberi segala kemahuan ku. 
Terima kasih, IBU 

Me love you until Jannah.  You're the best mom, BFF and advisor for me. THANK YOU for everything that you'd DONE to me. Thanks alot , Ibu !! Y___Y

The things you might forget is appreciating your mom.  You can spend the whole time with friends and boyfriend, but you forget to spend your precious time with your mom.  There have no second or third mom in this world.  Your mom is only one.  As long as she still live, just do love her, appreciate her, and giving the BEST treat for her.  Don't regret if you can't see your mom for tomorrow. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, May 10, 2013

JATUH DAN BANGKIT .




Selamat pagi. :)

Bukan mudah utk bangkit diatas kejatuhan yg kita cipta. 

Bukan mudah untuk kita bangun kembali saat kita jatuh dalam kelalaian yg kita bina. 

Kelekaan, keseronokan dan kebanggaan pada harta dunia, mungkin penyumbang kegagalan atau pun kejatuhan anda. 

Mana mungkin kita menyalahkan org lain di atas kejatuhan sendiri, bukan ?

Dalam peperiksaan, andai anda GAGAL atau tidak berjaya mencapai target, seharuskah anda menyalahkan golongan tenaga pengajar ? Atau menjatuhkan kesalahan pada Ibu Bapa yg memaksa anda mengumpul ilmu pengetahuan untuk bekalan dunia dan akhirat kelak ?

Tidak mungkin, dan tidak sepatutnya anda menyalahkan mereka.  Kerna diri kita yg mencipta lubang besar , dan merelakan kita terjatuh dalam lubang puaka yg kita cipta. 

Kita yg mengawal setiap pergerakan dan tingkah laku kita. Kita yg mencipta dan melakar pahit atau manis perjalanan hidup di dunia, dan memberikan bayangan jalan diakhirat kelak.  Kesemunya atas tanggungjawab kita, kita juga yg pikul segala bebanan mahupun hukuman .



Berbalik kembali pada "kebangkitan".  Kejatuhan mungkin melemahkan semangat, malah meruntun hati yg berkobar untuk melakar kejayaan, dan mungkin juga membantutkan angan-2 dan impian yg ingin digapai. 

Namun dalam sedar mahupun tidak, kegagalan dan kejatuhan kita mampu menyuntik semangat baru untuk teruskan perjuangan, dgn harapan yg baru dan matlamat yg baru.  

Jgn sesekali kita merungut, mengeluh dan mengadu hiba atas kegagalan lampau, kerna kita tidak tahu apa yg tersembunyi disebalik kegagalan tersebut.  Sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan jatuhkan ujian buat kita, andai tiada petunjuk yg ingin DIA berikan untuk kita agar dijadikan pedoman dan pegangan dalam mengharungi liku-liku hidup yg seterusnya. 

Hidup mungkin singkat, tidak mungkin kita berjaya menduga apa yg berlaku seterusnya.  Namun perjalanan kita masih jauh.  Selagi diberikan peluang, selagi itu kita diberikan kesempatan untuk BANGKIT. 

Jgn mudah mengalah dan toleh kebelakang.  Majulah ke depan membawa segunung harapan dan impian indah untuk di gapai dan ditakluki.  In sha Allah, kejayaan yg menunggu dihadapan mungkin milikmu dan selayaknya dirimu memiliki kejayaan tersebut. 



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI