Showing posts with label RELATIONSHIP. Show all posts
Showing posts with label RELATIONSHIP. Show all posts

Saturday, April 25, 2015

A BIG BIRTHDAY SURPRISE FOR ME


Alhamdulillah, 23 tahun sudah. 

"Terima kasih Allah kerana KAU berikan aku peluang dan lebih masa untuk hidup bersama dan berdamping dengan orang-2 yang aku sayang.  Alhamdulillah. "

26 March 2015 (sebulan lepas. hehe)

Bermacam-macam surprise yang Adah terima.  Bermula seminggu sebelum hari lahir Adah, 
Din rupa-rupanya dah merancang untuk berikan Adah teddy bear besar.  Teddy bear yang Adah pernah minta dekat dia 2 tahun lepas, iaitu sebelum Adah konvo Diploma. 

Din tak pernah buat surprise mahupun bagi hadiah dekat Adah.  Tapi sejak dia kerja, apa yang Adah minta, sebolehnya dia tunaikan.  Kalau dulu, dia hanya mampu korbankan masa nya untuk Adah.  Tapi kini, wang ringgit, duit gaji hasil titik peluh dia, sanggup dia spend kan untuk Adah.  You know what, I never expect he will give this to me.  It was very very a big present for me. 

 

"Sayang, dlu ayang pernah minta.  Tapi abang tak mampu lagi nak bagi ayang.  Sekarang baru abang boleh bagi hadiah ni dekat sayang.  Walaupun nampak macam budak-2, tp abang harap ayang suka"

Allah, suka, wak! saya suka sangat2.  Terharu dengan effort awak tuh.  Moga awak dilimpahkan lagi rezeki yang berlipat ganda supaya lepas ni macam-2 surprise saya dapat. hehe (gurau-gurau jer).

Dua hari lepas dapat hadiah dari Din, aku dapat bungkusan misteri yang agak besar laa jugak.  Aku pelik.  Tak de pulak aku shopping online on that week.  Tetiba je, haaa, terpampang depan mata time balik kerja.  Tapi malangnya owner dah tinggalkan note kat situ 



"Sila buka tepat pada hari lahir awak"

Ececehhh, menguji kesabaran kita betul laa ! haahaha. Disebabkan Adah ni tak reti nak menolak permintaa, so kita tunggu laa malam hari jadi. 

Tadaaa, this present from my bff since secondary school.  She one of important person in my life.  Yg selalu ada saat jatuh, tergolek dan juga tengah terbang (hehe).  Adah tak mungkin sekuat ini untuk menghadapi stiap dugaan sepanjang menjadi dewasa ni, jika tanpa dia disisi Adah.  

"Thank you, Ina.  I love you.  Moga-2 urusan bersalin baby sulong nanti dipermudahkan. Aamin. "

The next surprise is a day before my birthday.  Tak sangka time ni Ibu dan Abah komplot sekali.  Beria suruh kita mandi cepat-2 lepas balik kerja sebab kawan ibu nak datang (KONONNYE). hahahah. tapi sebenarnya my BFF since Diploma yang datang.  hehe.  Bawak kek dan hadiah sekali kauu. 



 Sesungguhnya, Adah sangat-2 lah hargai setiap tindakan atau cubaan mereka untuk menggembirakan Adah setelah terlalu berat diri Adah melawan rasa kecewa dan terkilan selepas kehilangan arwah Maksu (Al-Fatihah).

Terima kasih sayang. terima kasih semuanya.  Terima kasih diatas setiap kejutan, hadiah dan kenangan manis yang ditinggalkan.  Moga ukhuwah yang terjalin ini kekal hingga tua.  



"Maksu, tahun pertama.  Tahun pertama tiada panggilan telefon mahupun sms dari maksu utk wish hari jadi kakak.  Akak rindu maksu.  Maksu, maafkan kakak.  Kakak sayang maksu.  Terlalu sayang. Akak selalu doakan semoga Maksu ditempatkan dikalangan orang-2 yang beriman.  Aameen"


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, August 12, 2013

BERAYA SAKAN EIDULFITRI 2013 / 1434 HIJRAH

Maaf, dah lama tak update blog. Sibuk beraya dari Raya pertama sampai raya ke5.  Hari ni tak nak taip panjang sangat, sebab sibuk lagi ni, nak kena buat aturcara majlis utk kenduri Ahad ni.  Haa, entry ttg kenduri akan diceritakan dikemudian hari k ? Enjoy laa gambar raya dulu.
Tahun ni ada 6 pasang baju raya. baru pakai 4, ade lagi 2 pasang masih tergantung. Jom tengok :)
Baju kurung Moden.
Raya pertama : Tema Oren

Motif: tunjuk handbag baru. 
Kiri : Jenama Korea
Kanan : Furla 



Gambar keluarga without Ibu :) 
Upss, jgn pkir bukan2, my Ibu doing something else.


Raya kedua : Kurung Moden.
Corak vintage bunga2 kecil.
Balik kampung. 


Bergurau senda with Abah dan Kak chik.


Safely arrived hometown.
Lokasi: Slim River


Candid picture with aunties ! 
Maklang wearing red's Hijab.
Maksu wearing Blue's Hijab.


Suasan kampung. 
Lokasi: Rumah Nek Uda


Raya ketiga : Peplum Saloma.



I love this peplum. unique and it's not too tight !


Raya kelima
Baju kurung Pahang. 
My 4th collection Baju Raya.


On my way to Hulu Langat.


Candid with Maklang during 1st Hari Raya.


Candid with cousin at "Rumak Tok Teh"


Super womens in my family. 

My mom's sibling and her sister in law.


Me with lovely cousin .


Ibu dan Abah with Atok dan Nenek.


Husband and Wife


THE END :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, July 26, 2013

BERSAHABAT ITU INDAH


Tiba-tiba hati sebak. Bergenang airmata bila dapat berita, salah seorang kawan pada mulanya, yg Adah kenali di Jengka, kini ditawarkan menyambung pelajaran nya di UiTM Kedah.  Alhamdulillah, memang Adah bersyukur dan gembira kerana dia ditawarkan utk menyambung pelajarannya, cuma yg Adah sedih, dia makin jauh dgn Adah Y___Y

Dia orang perak.  Kami kenal dari mula-mula Adah masuk U. Dia yg sentiasa ada saat susah dan senang. Lepas Adah habis study dulu, dia masih disemester akhir. dan kini, kami sama2 graduate. Tapi dia telah ditawarkan ke UiTM Kedah, manakala Adah sekarang menuntut di UitM Melaka.  Jarak memisahkan kami.  Sedih Y___Y

Bersahabat itu indah jika tiada rasa syak wasangka dan curiga dalam persahabatan.  Ia lebih indah bila persahabatan itu diisi dengan gelak tawa dan kenangan-2 manis.  Ya Allah, sungguh Adah rindukan dia.  Adah pun rindukan sahabat Adah dari Pulau Pinang.  Kedua-duanya sahabat yg paling Adah rapat dan tak pernah sekali mereka sakitkan hati Adah. Tapi sekarang kami jauh. Y___Y

Rasa sepi. rasa rindu. rasa kesal. Semua rasa itu bermain didada, menyesakkan jiwa dan hati.  Sebak. Sedih. Pertemuan yg tidak disangka, dan perpisahan yg tidak diminta.

Sahabat, 
Andai aku menyinggung rasa mu, 
Maafkanlah. 
Andai aku membelakangkan mu, 
Maafkanlah. 
Dan 
Andai aku membohongi mu, 
Maafkanlah. 

Sahabat, 
Kita berbeza negeri, 
Namun menjadi rapat hingga kini,
Walau jarak itu pemisah, 
Namun HATI kita penyambung satu RASA, 
Rasa yg dipanggil RINDU. 

Sahabat,
Mengenalimu tidak pernah aku kesali,
Mencoret kenangan bersamamu, 
Itu yg aku rindui.
Memori itu kekal diingatan, 
Sentiasa dikenangkan, 
Dan akan selalu tersimpan, 
Menjadi satu kenangan berharga seumur hidup.

Sahabat, 
10 jari ku susun, 
Memohon maaf dan ampun, 
Aku manusia yg kurang sempurna, 
Yg sering melakukan kekhilafan, 
Dalam sedar atau tidak.
Maafkan lah salahku sepanjang kita bersahabat. 

Ikhlas dari hati, 
-Adah-





NURUL HUDA & FILZAH IZZATI :')

Wassalam.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Sunday, June 16, 2013

HAPPY FATHER'S DAY, ABAH


Tengah kusyuk menekan kalkulator, mengira dan menganalisis financial statement untuk company Telekom, tetiba telefon berbunyi, panggilan dari Ibu. :)

"Assalamualaikum. Tengah buat apa , kak? Kami on the way pergi Melaka.  Siap-2 laa, kita keluar makan"

Ya Allah, sangat terharu.  Hanya Allah yg tahu macam mana perasaan Adah time tuh.  Di saat Adah sibuk menghadap segala test , assignment and presentation, sehingga Adah tak ada masa untuk bersuka ria dan pulang ke rumah, Ibu dan Abah sanggup meluangkan masa mereka dengan meredah 2 jam perjalanan dari Puchong ke Melaka :) Thank you so much. 

Lagi satu surprise, bila Adah punya laa tunggu kereta Toyota Avanza Abah, rupa-2 nya diorang tiba dengan kereta Myvi baru Abang Zul ^^, Speechless sangat-2.  At the end of this story, Adah akan cerita kenapa Adah teruja :)  Kita layan gambar dulu.








Okay, why Adah teruja ?

  • Sebab Adah tahu ibu dah lama teringin makan kat Seoul Garden, tp ibu tak nak pergi kalau tak ada Adah. That is one of the reason why Ibu willing to come here, Malacca :)

  • Sebab Abg Zul baru beli kereta, semua org dah pernah naik. except me. sebab belajar jauh.  So that's why tadi dorang dtg tak bawak Avanza.  Sedangkan kereta avanza lagi besar.  Dorang bawak Myvi sebab nak bagi Adah merasa naik kereta baru :')

  • Hari ni kan Hari Bapa. Ikutkan, Ibu nak datang minggu depan .  Tapi disebabkan nak celebrate hari bapa dgn Adah sekali, ibu sanggup dtg minggu ni.  Adah tahu Ibu tak kan sambut apa-2 event without Adah ^^,
The point is, Ibu and Abah sayang Adah sangat2, and me too :) Adah tak dapat describe how much I care and love my family.  They are my soulmate and my life.  Seriously Adah sangat beruntung dapat mereka semua as  my family.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, June 15, 2013

#VERSION 2: MY INSPIRATION


Abah seorang yg kelakar , walau hakikatnya dia sangat garang.  Siapa yg tak takut pada Abah ? Tiada siapa yg berani jawab. 

Pantang salah, tali pinggang menjadi hiasan di badan.  Bukan kerana abah kejam, tp kerana abah tak mahu kami jadi anak yg tidak reti bersyukur.  Apa yg abah tak bagi? semuanya abah sediakan utk kami.  Walau tidak semewah mana, namun lebih baik dari tiada. 

Abah pandai hiburkan hati.  Berwechat, berfacebook, mengalahkan org muda.  Bukan kerana mahu menyekat kebebasan kami, cuma ingin menikmati bagaimana merasa MUDA melayan segala laman sosial tersebut.   Kalau berlawak, tak kering gusi kami gelak.  Abah pandai berjenaka, tapi abah juga sensetif.

Sensetif bila anak-2 membelakang kan nya.  Abah pasti berkecil hati.  Pulang ke kolej tanpa pengetahuan nya, merajuk seminggu yg sukar dipujuk.  Lagak dan gayanya ibarat anak kecil, tapi cukup menghiburkan.  Abah selalu mengalirkan airmata tatkala kami bersalaman memohon maaf.  Luar nampak garang, tapi hakikatnya hati abah halus, dan mudah tersentuh.

Kakak sayang Abah :')  Tak pernah sekali pun abah marah tatkala kakak pulang membawa buku dan kertas yg ditanda dgn pen merah.  GAGAL! itu bukan point utama abah marahkan anak.  KURANG AJAR! Yaaa, itu laaa yg abah titik beratkan.  Kurang pelajaran masih boleh di ajar, tp kurang ajar tidak boleh dimaafkan. 



Abah HERO terhebat  dalam hidup kakak :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, June 14, 2013

#VERSION 1 : MY INSPIRATION


  • Dia sangat kuat. Sukar melihat tangisan di wajahnya.  Sukar juga melihat senyuman terukir di bibirnya.  Bukan kerana dia sombong.  Tapi kerana ketegasannya. 

  • Dia tabah.  Saat dugaan datang menerjah, dia masih teguh berdiri, pertahankan hak dia sebagai seorang ibu dan isteri.  Walau di caci dan di maki, sedikit pun tiada luntur rasa giveup dalam diri. 

  • Dia rajin.  Mengemas, memasak, menguruskan rumah, suami dan anak-2 , tidak pernah dia abaikan.  Walau kerja 12jam, shift pagi petang dan malam, namun dia tetap ringan tulang membantu anak-2 menguruskan pakaian sekolah, dan tidak pernah mengetepikan suami dalam segala perkara.

  • Dia sangat cantik.  Kalau dilihat pada wajah, nampak seperti awal 30 an.  Ada yg memanggil "kakak" walaupun sepatutnya panggilan itu ditukar "makcik".  Ada juga yg mempersoalkan hubungan anak beranak kami, ada yg kata dia kakak, sepupu , malah ada yg ingat dia hanya kawan ku. 

Dia sangat aku kagumi.  Ketangkasan nya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri , ibu dan anak, selalu menjadi bahan bualan aku dan makcik.  Adik beradik mengkagumi dia, ini kan pula aku darah dagingnya. 

"Dia" yg dimaksudkan adalah Ibu.  Yg membanting tulang mencari rezeki utk membesarkan aku.  Yg berusaha keras mendidik aku, walau aktiviti sering disekat oleh Ibu, tetapi aku tahu Ibu punya alasan yg kukuh.  One of my inspiration is my mom.  I love her, even I can't express by words and action, but from my eyes when looking her, I'm really2 mean that I LOVE HER SO MUCH!.


I LOVE YOU, Ibu and I do miss you right now :'(


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Thursday, June 13, 2013

MARRIED AND LOVE




Just little bit share about married and love.  Lately, I'm really love on watching wedding videography, searching about anything that related to wedding day.  It doesn't mean that I'm ready to take one step into a marriage, as I'm not ready yet and do prepare from physical and mental.  

But what can I say,  a feeling when we make a decision to get married, that was a big decision that we had made for the entire of our life.  Mostly people want their marriage will everlasting until Jannah, when we want to get married, means we just want it happen once in our life.

Married is something that couple waiting for. Married comes through love.  The feeling of love for each other and when we can adapt with his/her style, behavior, thinking, and anything about him/her, means we're in LOVE and ready to married him/her.



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Wednesday, June 12, 2013

PERKAHWINAN IDAMANKU ^^,


Hi, kami bukan gatal , bukan miang, and bukan lah nak kahwin dalam masa terdekat ni.  Almaklumlah, ada yg masih belajar, and ada yg baru lepas belajar. Both kena stabil kan ekonomi masing2 and kejar impian dulu. hehe.  But the purpose of this entry just wanna screen out what actually I most prefer during my wedding day. Upss ! :) 

P/s: ini semua gara-2 blog MIJ. hehe. Lepas sis tyra buat entry pasal majlis perkahwinan dia, so I tetiba excited tahap terlonjak2, sebab Adah memang suka benda yg comel2 and unik2. so dgn pantas, Adah terus laa deal dgn Pak Cik google about my FUTURE wedding day. HAHA . 

Bismillahirrahmanirrahim. 

1)  Kad Jemputan. 
-  Seperti yg sahabat and family tahu, hubungan me and chenta hati bermula dari MukaBuku, so ofcourse nak kad jemputan yg ada kena mengena dgn FB (Kalau ada jodoh dgn dia)

Arghh, jelous sgttt ! Zed Zaidi dah guna kad kahwin yg Adah idamkan. huhu. Y__Y


2) Door Gift
- Disebabkan adah ni mmg suka kek, so ofcourse doorgift mesti makanan . hehe. Lagipun ia berbaloi utk tetamu :)




3) Hantaran
Kalau hantaran pulak, Adah prefer hantaran yg macam kat bawah ni dgn alasan sbb ia nampak kemas ! :) Yg bunga2 tuh boleh adjust, yg penting hantaran tuh tak nampak serabut. hihi



4) Pelamin


Mesti org cakap, why kecik sgt kerusi ? hehe. Actually klu boleh adah tak nak bersanding. 
Pelamin ni hanya utk sesi photoshoot. Then, why adah pilih this 2 design, sbb adah tak suka crowded dengan bunga-2  warna warni sgt :)



5) Baju Pengantin
Adah nak baju pengantin yg tak terlalu berat. tapi adah tak jumpa yg betul2 adah nak.  Cuma seakan-akan tuh ada laa. tp accessories tuh berat kat bahagian baju.  But dari segi design, dah nak dekat dah mcm yg adah nak. hihi


6) Kek Pengantin
Untuk kek, awal2 lagi adah tak prefer fondan ye? Sebab tak sedap sgt. nanti order tak habis. so Adah nak kek tuh bukan sahaja cantik semata-mata, tp juga sedap utk dimakan and KENYANG. haha

Haa, mesti org cakap. "Kau ni Adah yg lain dah advance, kek pulak macam zaman tok kadok. eh ? Kisah pulak ? hehe. Design tuh kita leh pikir nanti2, but yg penting, choc dia macam ni. Arghhh, memang tetamu nanti pun berebut2 nak makan kek I taww ! hihi.


Okay, itu sahaja buat masa ni yg Adah dpt fikir. hehe. Thanks for reading. Hope my dream comes true, oneday ! :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI