Friday, May 11, 2012

Dropship Agents !






Hye , sihat semua ? Hopefully korang semua sihat2 belaka laa ye ? :)) Maaf laa , semalam sehari suntuk tak ber-entry . Hari ni dah pukul 10 malam , baru laa kelam kabut bukak blog , tekan dashboard , click new post ! hehe . Bukan apa,  kang kalau tak berupdate dua tiga hari , ada pulak yg UNFOLLOW adah kan ? hihi

Okey laa , hari ini adah nak cakap pasal Agent Dropship ! Agent Dropship tuh ape ? hehe . Ia lebih kurang macam pengedar bagi sesuatu barang . Kerja ni sesuai dilakukan secara online oleh mereka2 yg nak carik side income , expecially for students . And memandangkan bulan 6 ni adah dah nak masuk Semester 5 , so adah memerlukan sesiapa yg menawarkan untuk buat pengambilan agent dropship . **Nak tambah duit beli buku. hehe

Adah nak bagi sedikit info about Dropship Agents nie :



Apa itu dropship?
Suatu kaedah perniagaan yg melibatkan penjualan sesuatu produk dgn pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk yg dijual. Ianya memberi keuntungan yg besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yg dikeluarkan sendri.

Bagi students atau suri rumah yang berminat untuk berniaga tapi tidak mempunyai modal , dropship adalah cara terbaik. Ini bermakna anda menjual tanpa modal , tanpa risiko dan tidak perlu membeli dan menyimpan stock :)




Macam mana dropship berfungsi ?
1) Anda pilih apa yg ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.
2) Senaraikan produk yg anda pilih itu di Facebook , laman Web anda , katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.
3) Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut, Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda. Pelanggan anda akan berfikir barang yg mereka beli datang secara langsung daripada anda.
4) Anda mendapat keuntungan dgn mudah :)


Okey , adah rasa itu sahaja maklumat yg Adah nak kongsikan serba sedikit tentang Dropship Agents . By the way , pada blogger yg ada perniagaan sendiri and berminat utk mencarik Dropship Agents , kindly pm me at facebook NURUL SYUHADAH ARIADI !


Sekian , wassalam :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

2 Comments:

..cik hana.. said... [Reply to comment]

hehe...nak jadi bisneswoman lak skrg yer adah..hebat2 :)

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

@..cik hana.. hehe . adah mmg dah ade bisness kecik . tapi nk lebarkan sayap lagi . huhu .

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI