Click banner for joining , it will LINK you to the owner contest :)



yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].
Pernah bertanya pada diri ? Mengapa kejayaan belum dimiliki ? Pernah bertanya pada diri ? Kenapa sifat sabar semakin menjauhi ? Pernah pula bertanya pada hati ? Mengapa timbul rasa hasad dengki ?
Mungkin tidak terjawab soalan yg bertubi , Kerna kamu masih belum menyedari , Betapa pentingnya kusyuk dalam solat yg perlu diwarisi , Dari bermula zaman Nabi .
Tepuk lah dada , tanya pada hati , Adakah jiwa anda tenang 24 jam 7 hari ? Kalau solat pun anda tak pernah nak turuti , Ada yang melaksanakan namun makna tak difahami , Sedarkah anda wahai saudara dan saudari ? Itu semua menggugat ketenteraman yg ingin dikecapi .
Renunglah sejenak dari sudut hati , Kusyuk kah anda dalam solat yg wajib di patuhi ? Menjadi tiang agama , rukun kedua dalam Islam yg disanjungi ? Jawapannya ada pada diri kita sendiri , Adakah kita rasa Allah semakin menjauhi ? Jika ada , ia sudah terbukti pasti , Mungkin kusyuk di dalam solat yang perlu kita baiki .
Hadtih dan firman Allah S.W.T juga menjadi bukti , Pentingnya kusyuk dalam ibadah yg kita pelajari , Agar sifat sabar semakin mendekati , Agar sikap hasad dengki semakin menjauhi , dan supaya jiwa dan hati tenang abadi , Sikap positif pula mula menghampiri , Menjadi hiasan indah peribadi yg tidak terperi .
Sebelum jari jemari berhenti mencoret puisi , Izinkan diri menyelitkan firman Allah yg boleh di renungi , Mungkin akan terbit rasa insafi , Buat pembaca sekalian yg sangat di hormati .


“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
Hayati ayat dan gambaran situasi di dalam gambar , InsyaAllah anda mampu fahami makna yg ingin disampaikan :)


2 Comments:
thanks for joining this contest sis,
moga Allah berkati :))
moga khusyuk solat kita yea!
@aqilahmad InsyaAllah , amin . mudah mudahan :)
Post a Comment