Thursday, May 3, 2012

Keluhan Hati




Alahaii , hati . Rasa sayu jer hari nie . Baru semalam rasa sedikit gembira bila kesihatan dah semakin pulih dan menunjukkan kesan positif selepas mengambil ubat Antibiotic . But hari ini , sekali lagi diri ini di uji dengan kesakitan yg tiada tanda untuk berakhir . Kesakitan yg di rasa sejak zaman sekolah , sejak mula-2 melangkah ke alam "Dewasa" , sehingga lah kini . Sudah hampir 8 tahun kesakitan ini hadir dalam hidupku .

Penat , lelah dalam menahan sakit yg amat perit . Mungkin bunyi macam ringan , tapi beban diri yg memikul , terasa betapa beratnya kesakitan yg tiada tahu apa puncanya ini . Ubat ? Dah jadi teman baik sepanjang kesakitan ini hadir dalam diri . Ingat lagi , ketika di bangku sekolah . Satu sekolah , termasuk cikgu-2 dan pelajar2 nakal tahu akan kesakitan ku . Mana mungkin mereka tidak tahu , kalau setiap bulan ibu bapa ku akan hadir ke sekolah membawa aku pulang dengan tangisan dan raut wajah yg pucat menahan sakit . 

Klinik ? Bukan tak pernah pergi , tapi dah jemu mengunjungi nye . Kesakitan ini tetap tiada tahu puncanya . Sampai satu tahap , tekanan darah rendah , dan mula laa muntah-muntah . Masih ingat lagi , aku pikir , menginjak ke alam Universiti , mungkin kesakitan ini akan berkurang , namun jangkaan ku melesit sama sekali . Ia makin teruk , sehingga kan aku terpaksa pontengkan diri untuk menghadiri kuliah . 

Dan hari ini , ia dtg kembali . Dtg memberikan aku satu tangisan yg tiada penghujung . Datang dengan membawa satu beban yg tiada mampu untuk aku memikul . Sungguh , tidak sekali aku melawan takdir Allah s.W.T . Mungkin aku hanya memohon agar kesakitan ini dikurangkan . T___T  Tak tertanggung rasa nya badan ini . Lemah tak terdaya . Mata ingin terpejam , badan ingin berbaring lemah di katil . 

Ya Allah , temukanlah aku dengan jalan penyelesaian kepada kesakitan ini . bawalah aku ke jalan keluar , sebelum umur ku menginjak ke 25 tahun . Aku mohon padaMu , Ya Allah :') Aku ingin merasa bebas seperti insan di luar sana . yg boleh melakukan aktiviti lasak , yg boleh mengangkat brg2 yg berat , dan boleh melaksanakan kerja denga mudah . Tapi dengan keadaan aku yg begini , membataskan diri ini untuk melakukan sesuatu aktiviti . Berlari ? Mana mungkin aku berlari , ia hanya akan buatkan rahimku sakit . 



Terhentak , terduduk secara tanpa kawalan , mengangkat benda yg berat , itu semua akan mengganggu tahap kesakitan ku . Ingat lagi , ketika Event di Universiti . Satu kelas bergotong royong mengangkat khemah untuk di alihkan ke tempat lain . Aku turut menolong mengangkat satu tiang di penghujung bersama dua lagi teman . Tapi entah mana silapanya , tiang yg diangkat oleh tanganku terlepas . Bunyi dentuman kuat terhentak . Raut wajah rakan-2 ku terkejut . Seolah-olah satu kesalahan berat telah aku lakukan . Tapi ternyata bukan . Aku terus memegang perutku , yg tiba2 terasa tegang , terasa sakit . Dan rakan kelas ku mula menarik tanganku keluar dari khemah dgn memarahi aku , kerana berdegil untuk membantu mereka . Mereka tahu akan kesakitan ku , dan mereka pernah melihat bagaimana aku menahan rasa sakit seperti nyawa di hujung tanduk , mungkin itu yg menyyebabkan mereka terlalu merisaukan perihal keselamatan ku . 

Dan ingat pula aku sewaktu minggu peperiksaan akhir . Tiba-2 perutku sakit , rahimku tegang , seperti ada yg menarik . Aku berlari ke tandas , anggapanku mungkin sakit perut sebab makan banyak , namun ternyata melesit . Sekali lagi aku merasa kesakitan yg teramat . Rahim ku sakit  tegang se tegangnye . Aku cuba memanggil nama rakan2 ku dari dalam tandas , namun tiada siapa yg mendengar . Perlahan-2 aku keluar , berjalan perlahan-2 menuju ke pintu bilik . Syukur , ketika itu ada rakan ku yg keluar dari bilik , dan terus memapah aku masuk ke bilik . Mahu di duduk , tidak boleh . mahhu di baringkan pun tidak boleh . Menangis jer laa aku , seperti sekarang . hanya mampu menangis mencoretkan kisah ini , sambil menahan rasa sakit . T__T

**Mungkin aku sedang di uji . Wahai diri , bersabarlah dengan ujian sekecil ini , kerna mungkin di hadapan sana masih ada lagi ujian yg besar yg sedang menunggumu . :')



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

4 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI