Monday, May 21, 2012

Selamat Datang 1 Rejab :)


Sempena bulan Rejab pada esok hari , Adah nak kongsi kan sedikit info tentang amalan
yang perlu dilakukan dalam Bulan Rejab dan kebaikan pada bulan Rejab berbanding bulan-bulan Islam yg lain :) Selamat membaca !


Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda :

"Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu bulan Allah, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia akan mendapat keredhaan yang besar dari Allah S.W.T"

"Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan daripada Allah S.W.T"

"Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka Allah akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari tekena penyakit gila, penyakit putih-putih dikulit badan yang menyebabkan sangat gatal, dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal"

"BArangsiapa yang berpuasa tujuh  hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam"

"BArangsiapa yang berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya"

"Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T"

"Barangsiapa yang berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu, dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari hari puasa) maka Allah akan menambahkan pahalanya"


KELEBIHAN BULAN REJAB :

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
Sekian , Wassalam :) Selamat beramal ya kawan-2 ^^, 



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

3 Comments:

Noor Fatin said... [Reply to comment]

banyak kelebihan bulan ni, kan adah ;)

jemput join giveaway saya ;)

http://anakmama89.blogspot.com/2012/05/topup-giveaway-by-noor-fatin.html

tarikh tutup: 7 jun 2012

Akmal Dina said... [Reply to comment]

salam adah, adah buat header kat mne? nk tempah header barulah..

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

@Anna Althafunnisa Anna pm adah kat fb ye ? :)

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI