skip to main |
skip to sidebar
Aku Tak Rela Dengan Perkahwinan Ini !!
Seminggu lagi aku akan berjumpa dengan insan yg aku cintai . Percintaan jarak jauh membuatkan kami terbatas dalam pertemuan . Bila hari yg paling kami tunggu semakin dekat , rasa takut mula menyelebungi diri . Ya Allah , kenapa hati aku tak sedap ? Tetiba telefon aku berbunyi :
"Assalamualaikum," aku mulakan bicara di talian .
"Waalaikumussalam, kak . Abah ni . Balik rumah tak minggu ni ? Ada benda abah nak cakap", serius jer suara abah di hujung talian .
"InsyaAllah , nanti akak balik . Tapi ada apa ye abah?"
"Nanti kat rumah , abah cerita . akk balik aw", telefon terus dimatikan .
Hati aku makin berdebar , fikiran celaru . Aku terus pulang ke rumah . Tak sabar rasa nya ingin mengetahui berita yg ingin abah sampaikan pada ku . Dengan pantas , aku memberi salam sebelum melangkah ke dalam rumah . Alangkah terkejut nya aku apabila rumah dipenuhi dengan ramai orang yg tidak aku kenali .
"Haa , ini lah anak perempuan sulong saya . Kakak , kenalkan ni bakal mak dan ayah mentua kakak," abah mula mengenalkan aku pada mereka.
"Mentua???," ada nada kurang senang di penghujung ayatku .
Aku renung wajah org tua tersebut . Puas aku amati seluruh ahli keluarga mereka yg bertandang . Tapi yg pasti , mereka bukan ahli keluarga din . Mereka bukan keluarga org yg aku cintai selama ini . Tiba-tiba abah memecahkan kesunyian , dan aku lihat muka ibu serba salah di dapur rumah .
"Kakak , mereka datang ada hajat . Mereka datang nak memetik bunga di taman Abah . ", dengan senyum lebar abah menjelaskan pada aku .
"Apa abah cakap nie ??? Abah tahu kan akak ada din ? kakak dah couple dengan din , abah . Almost 2 years kami dah berkawan . Abah sendiri yg izinkan ", airmata aku mula menitis .
"Kakak , din tak habis belajar lagi . Lagipun abah terhutang budi dengan keluarga mereka . Anak mreka yg nak dijodohkan dengan kakak tuh pun baik sangat . Ada kerja tetap . Terima laa dia kak . Soal belajar , akak jangan risau . Dah kahwin pun , kakak still boleh belajar", panjang lebar abah menjelaskan pada aku .
"NO!!!! Abah kejammm !! abah jahattt !! Kakak dah janji dengan din . Kakak akan tunggu din !!", aku terus berlari masuk ke bilik . Aku menangis semahu mahunya .
Tapi semua itu hanya sia-sia . Atas permintaan abah dan ibu , aku terpaksa akur untuk menerima pinangan si jejaka tersebut. Jejaka yg tak pernah aku kenali . Ya Allah , kenapa aku di uji sebegini ? Kejam kah aku pada din ? Kenapa aku tak setia pada cintanya ? Airmata mula berguguran tatkala mak andam mula menyapukan bedak di wajah aku .
"Laaa , kenapa menangis ni ? Pengantin mana boleh sedih-2 , hilang serinya nanti" kak peah selaku mak andam aku mula mengomel . Mungkin dia marah kerana airmata aku telah menghapuskan solekan yg telah dia senikan di wajah aku .
Kini , dua minggu sudah aku bergelar isteri orang . Isteri kepada lelaki yg tak pernah aku kenali dan cintai. Dia sangat baik . Cuba mengembirakan aku , cube mencuri hati yg telah aku berikan pada din . Namun aku masih belum bersedia . Kasih dan cinta aku pada din sangat menebal . Aku rasa bersalah . Bersalah pada din kerana meninggalkan dia tanpa berita . Aku tak sanggup ! Tak sanggup untuk bersemuka dengan dia , aku tak sanggup melihat riak wajah nya yang sedih dan kecewa kerana terpaksa melepaskan aku untuk orang lain . Aku tak sanggup .
Hari demi hari . Bermacam kejadian buruk berlaku pada aku . Aku nyaris di rogol oleh rakan suami ku sendiri . Aku nyaris di bunuh oleh bekas teman wanita suami ku sendiri . Ya Allah , begitu berat ujian yg Kau berikan pada hambaMu ini . Namun tiada sebarang tindakan yg di ambil oleh suami ku . Dia seolah membiarkan sahaja aku berada dalam ketakutan , walaupun kadang kala dia terlalu mengambil berat dan menyayangi aku sepenuh hatinya . Aku makin keliru . Tegarkah aku dustai cinta yg aku tanam di lubuk hati selama ini ?? Mampukah aku menjadi isteri yg solehah di sisi suami , sedangkan aku masih mencintai dan merindui lelaki lain ??
Sebulan berlalu . Sedang aku dan suami ku membeli barang keperluan , aku terserempak dengan seseorang yg aku rindui . Yg ingin aku jadikan sebagai suami suatu ketika dulu . Yaa , aku terserempak denga shabudin . Lelaki yg memegang kunci hati ku selama nie . Aku tergamam , lidah ku kelu untuk berkata . Air mata mula bergenang . Kini dia yang aku cuba menjauhkan diri selama ini berdiri kaku dihadapan ku .
"Sampai hati awak buat saya macam nie ?," Din mula membuka bicara . Bicaranya yg meruntun kan hati aku . Membuat aku begitu pilu .
"Awak , kenalkan . Ini suami saya . Abang , kenalkan ini Shabudin , kawan saya", aku membiarkan soalan Din berlalu begitu sahaja . dan terus memperkenalkan dia pada suami ku . Saat itu , aku nekad . Aku perlu jelaskan segala-galanya pada Din . Sampai bila aku mahu menipu dia ? Dan aku perlu memilih salah satu daripada mereka . Dan tempat seorang isteri mestilah di sisi suaminya . Y____Y
"Maafkan saya , awak . Saya terpaksa . Ini bukan pilihan saya . Tapi saya redha . Mungkin awak bukan jodoh saya , dan mungkin saya juga bukan perempuan yg baik untuk awak . Maafkan Adah , din :') " bergetar suara ku yg cuba menerang kan satu per satu . Aku mula pergi meninggalkan din dengan seribu tanda tanya.
Sekiannnn . Terima kasih kerana sudi membaca .
p/s: Kisah di atas adalah hanya mimpi semata-mata . Mimpi yg adah alami pada 30 Mei 2012 . Mimpi yg buatkan airmata ini gugur di alam nyata . Walaupun ia hanya mimpi , tapi kesakitan di hati yg perlu ditanggung amat terasa . Seolah-olah ia di alam realiti . Tapi pada saat dan ketika ini , aku masih bergelar kekasih kepada Mohamad Shabudin Bin Sharidan . Dan masih seorang pelajar , bukan lah isteri orang ^^, SEkiannn.
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI
6 Comments:
ya Allah. kuatkah kita bila diuji sebegini di Alam nyata. kebetulan entry awak, sama lah dengan entry kita hr ni. jemput singgah
hamboih..mmpi bukan main lg..basuh kaki 10x sblm tdo..bru x mmpi mcm2..:p
@si gadis melayu Amin . Mudah mudahan tak berlaku di alam nyata :')
Nanti adah singgah baca entry awk ye ? :)
Thanks
@nurul syakinah haha . sejak sejak ade blog ni . rajin pulak kau singgah blog aku kan ? hahahahha
bkn ape weh..ak kn tgh cuti ni..da bosan tahap gaban,so then ak bw la..pmbetulan,,blog ak tlh lama wujud..org je xleh baca :p
bkn ape weh..ak kn tgh cuti ni..da bosan tahap gaban,so then ak bw la..pmbetulan,,blog ak tlh lama wujud..org je xleh baca :p
Post a Comment