Thursday, May 31, 2012

DUA hari lagi :')


Dua hari lagi genap laa usia hubungan kami 
1 tahun 5 bulan :')
Tak sangka percintaan jarak jauh boleh bertahan selama ini . 
Alhamdulillah . 

Walau diri ini tak sempurna mana , si dia mampu menerima 
baik buruk diri ini . Terima kasih sesangat . 
Walau diri ini sering melakukan kesilapan , 
tapi si dia tak pernah jemu memaafkan . 
Terima kasih sesangat ^^,

Tapi hari ini si dia merajuk . 
Rajukkah dia dengan sikap ku semalam ?
Tiada satu mesej pun dari si dia . 
Untuk aku memulakan dulu , ego di hati terlalu utuh untuk di tandingi . 
Biarlah aku terus menunggu dan menunggu . 
Sejuk hati si dia , pasti telefon ku kembali berbunyi . 
Sabar , biarkan dia reda dgn kemarahan yg aku cipta . 

Maaf sayang . :')
Tak terniat ingin mengecewakan awak . 
...
Kembali lahhhh T___T


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Aku Tak Rela Dengan Perkahwinan Ini !!


Seminggu lagi aku akan berjumpa dengan insan yg aku cintai . Percintaan jarak jauh membuatkan kami terbatas dalam pertemuan . Bila hari yg paling kami tunggu semakin dekat , rasa takut mula menyelebungi diri . Ya Allah , kenapa hati aku tak sedap ? Tetiba telefon aku berbunyi :

"Assalamualaikum," aku mulakan bicara di talian .

"Waalaikumussalam, kak . Abah ni . Balik rumah tak minggu ni ? Ada benda abah nak cakap", serius jer suara abah di hujung talian . 

"InsyaAllah , nanti akak balik . Tapi ada apa ye abah?"

"Nanti kat rumah , abah cerita . akk balik aw", telefon terus dimatikan .

Hati aku makin berdebar , fikiran celaru . Aku terus pulang ke rumah . Tak sabar rasa nya ingin mengetahui berita yg ingin abah sampaikan pada ku . Dengan pantas , aku memberi salam sebelum melangkah ke dalam rumah . Alangkah terkejut nya aku apabila rumah dipenuhi dengan ramai orang yg tidak aku kenali . 

"Haa , ini lah anak perempuan sulong saya . Kakak , kenalkan ni bakal mak dan ayah mentua kakak," abah mula mengenalkan aku pada mereka. 

"Mentua???," ada nada kurang senang di penghujung ayatku . 

Aku renung wajah org tua tersebut . Puas aku amati seluruh ahli keluarga mereka yg bertandang . Tapi yg pasti , mereka bukan ahli keluarga din . Mereka bukan keluarga org yg aku cintai selama ini . Tiba-tiba abah memecahkan kesunyian , dan aku lihat muka ibu serba salah di dapur rumah . 

"Kakak , mereka datang ada hajat . Mereka datang nak memetik bunga di taman Abah . ", dengan senyum lebar abah menjelaskan pada aku . 

"Apa abah cakap nie ??? Abah tahu kan akak ada din ? kakak dah couple dengan din , abah . Almost 2 years kami dah berkawan . Abah sendiri yg izinkan ", airmata aku mula menitis . 

"Kakak , din tak habis belajar lagi . Lagipun abah terhutang budi dengan keluarga mereka . Anak mreka yg nak dijodohkan dengan kakak tuh pun baik sangat . Ada kerja tetap . Terima laa dia kak . Soal belajar , akak jangan risau . Dah kahwin pun , kakak still boleh belajar", panjang lebar abah menjelaskan pada aku . 

"NO!!!! Abah kejammm !! abah jahattt !! Kakak dah janji dengan din . Kakak akan tunggu din !!", aku terus berlari masuk ke bilik . Aku menangis semahu mahunya . 

Tapi semua itu hanya sia-sia . Atas permintaan abah dan ibu , aku terpaksa akur untuk menerima pinangan si jejaka tersebut. Jejaka yg tak pernah aku kenali . Ya Allah , kenapa aku di uji sebegini ? Kejam kah aku pada din ? Kenapa aku tak setia pada cintanya ? Airmata mula berguguran tatkala mak andam mula menyapukan bedak di wajah aku . 

"Laaa , kenapa menangis ni ? Pengantin mana boleh sedih-2 , hilang serinya nanti" kak peah selaku mak andam aku mula mengomel . Mungkin dia marah kerana airmata aku telah menghapuskan solekan yg telah dia senikan di wajah aku . 

Kini , dua minggu sudah aku bergelar isteri orang . Isteri kepada lelaki yg tak pernah aku kenali dan cintai. Dia sangat baik . Cuba mengembirakan aku , cube mencuri hati yg telah aku berikan pada din . Namun aku masih belum bersedia . Kasih dan cinta aku pada din sangat menebal . Aku rasa bersalah . Bersalah pada din kerana meninggalkan dia tanpa berita . Aku tak sanggup ! Tak sanggup untuk bersemuka dengan dia , aku tak sanggup melihat riak wajah nya yang sedih dan kecewa kerana terpaksa melepaskan aku untuk orang lain . Aku tak sanggup . 

Hari demi hari . Bermacam kejadian buruk berlaku pada aku . Aku nyaris di rogol oleh rakan suami ku sendiri . Aku nyaris di bunuh oleh bekas teman wanita suami ku sendiri . Ya Allah , begitu berat ujian yg Kau berikan pada hambaMu ini . Namun tiada sebarang tindakan yg di ambil oleh suami ku . Dia seolah membiarkan sahaja aku berada dalam ketakutan , walaupun kadang kala dia terlalu mengambil berat dan menyayangi aku sepenuh hatinya . Aku makin keliru . Tegarkah aku dustai cinta yg aku tanam di lubuk hati selama ini ?? Mampukah aku menjadi isteri yg solehah di sisi suami , sedangkan aku masih mencintai dan merindui lelaki lain ??

Sebulan berlalu . Sedang aku dan suami ku membeli barang keperluan  , aku terserempak dengan seseorang yg aku rindui . Yg ingin aku jadikan sebagai suami suatu ketika dulu . Yaa , aku terserempak denga shabudin . Lelaki yg memegang kunci hati ku selama nie . Aku tergamam , lidah ku kelu untuk berkata . Air mata mula bergenang . Kini dia yang aku cuba menjauhkan diri selama ini berdiri kaku dihadapan ku . 

"Sampai hati awak buat saya macam nie ?," Din mula membuka bicara . Bicaranya yg meruntun kan hati aku . Membuat aku begitu pilu . 

"Awak , kenalkan . Ini suami saya . Abang , kenalkan ini Shabudin , kawan saya", aku membiarkan soalan Din berlalu begitu sahaja . dan terus memperkenalkan dia pada suami ku . Saat itu , aku nekad . Aku perlu jelaskan segala-galanya pada Din . Sampai bila aku mahu menipu dia ? Dan aku perlu memilih salah satu daripada mereka . Dan tempat seorang isteri mestilah di sisi suaminya .  Y____Y

"Maafkan saya , awak . Saya terpaksa . Ini bukan pilihan saya . Tapi saya redha . Mungkin awak bukan jodoh saya , dan mungkin saya juga bukan perempuan yg baik untuk awak . Maafkan Adah , din :') " bergetar suara ku yg cuba menerang kan satu per satu . Aku mula pergi meninggalkan din dengan seribu tanda tanya.

Sekiannnn . Terima kasih kerana sudi membaca . 

p/s: Kisah di atas adalah hanya mimpi semata-mata . Mimpi yg adah alami pada 30 Mei 2012 . Mimpi yg buatkan airmata ini gugur di alam nyata . Walaupun ia hanya mimpi , tapi kesakitan di hati yg perlu ditanggung amat terasa . Seolah-olah ia di alam realiti . Tapi pada saat dan ketika ini , aku masih bergelar kekasih kepada  Mohamad Shabudin Bin Sharidan . Dan masih seorang pelajar , bukan lah isteri orang ^^, SEkiannn. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Wednesday, May 30, 2012

Alhamdulillah , syukur ^^,


Jam menunjukkan pukul 2:16 pagi :) Alhamdulillah , Adah masih boleh bernafas setakat ni , masih mampu menggerakkan jari2 montel ni , masih mampu menatap skrin lappy ini , dan masih mampu mencoret sesuatu di teratak indah milik Syuhadah dan Shabudin ini :') Alhamdulillah , org bersyukur . 

Tiada kata yang mampu terucap . Org sangat2 bersyukur dengan keindahan ciptaan Allah di dunia ini , dan org bersyukur dengan kenikmatan yg diberikan oleh-Nya , dan rezeki yg Allah kurniakan pd org . Org sangat2 bersyukur :') Terasa sayu jer hati ini . Tatkala org mencoret isi-isi hati ini , org berharap sangat agar Allah S.W.T berikan org kesempatan lagi untuk merasai kenikmatan-2 dan berikan org peluang pada hari esok untuk org menebus segala dosa-dosa org , dan berikan org kesempatan untuk membalas jasa kedua ibu bapa org :') 

Setitik air telah menitis . Ya Allah , tiada kata yg mampu org ucapkan lagi . Segala apa yg org rasa selama ni lebih dari apa yg org mintak . Org ada keluarga yg memahami , org ada teman-2 yg sentiasa menceriakan hidup org , dan org ada dia yg sentiasa di hati org . Yg memberi semangat pd org . Terima kasih , Ya Allah :')

Tapi masih ada yg kosong di hati ini . Org perlu berubah . Org perlu memadam kesan2 kotor di hati , dan org perlu hilangkan hitam-2 yg telah menapak di hati ini . Ya Allah , mampukah aku ? T__T Org perlu maju setapak dalam membentuk dan menjadi seorang muslimah . Org perlu lakukan perubahan . Org WAJIB kembali pada yg asal  . Semoga Allah permudahkan urusan org . 

Org impikan kejayaan yg tiada tolok bandingnya dari adik beradik org . Org nak berikan senyuman terindah buat ibu bapa org . Org nak jadi anak yg solehah yg mendengar kata , pelajar cemerlang yg mampu membanggakan mereka , dan org nak jadi wanita atau seorang muslimah yg mampu dijadikan isteri kepada si dia :') Doakan org ye kawan-2 . Mungkin doa anda mampu membantu adah untuk menjadi seseorang yg lebih berguna di masa hadapan . InsyaAllah :))



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Tuesday, May 29, 2012

4 IN 1 :)


Hye :) Selamat tengah hari semua >,< Lunch ape hari nie ? Mesti sedap2 kan ? huhu . Adah nak sambung update dari entry before ni . hehe . Bidang apa yang adah teringin nak ceburi :)



Dulu waktu mula2 cuti sem , adah teringin nak belajar menjahit . Sangat teringin . Tapi mahal yurannya . So adah tangguhkan dulu . Sebab ada someone cakap , kalau adah betul2 nak belajar , boleh daftar kat Giat Mara . InsyaAllah , adah abis diploma or dgree nanti , adah akan daftar kat Giat Mara or mana2 tempat yg menawarkan kursus menjahit . Itu salah satu impian Adah . Adah suka ceburi bidang yg boleh buat bisness . InsyaAllah . 



Yang kedua pula , adah nak belajar buat Cake dan Chocolate dgn lebih mendalam . Adah tengah carik kelas . Buat masa nie semua kelas yg diadakan jauh jauh . Dan adah tak de transport . Minggu depan pulak adah nak masuk semester baru . So insyaAllah kalau tak de aral melintang , ibu nak tanya kawan ibu yg ade kedai bakery . mana tahu dye ade amik kelas . Boleh laa adah join . Mudah-mudahan . 



Ketiga , Adah nak belajar makeup . Memandangkan bidang yg adah ceburi perlukan penampilan yg menarik ,  I think I should learn the step to have good looking when I facing with someone or deal with someone :) Lagipun untuk majlis Tunang sedara2 terdekat , boleh laa adah tlg makeup kan . hihi . Then , kat U pun kengkawan adah selalu suruh Adah makeupkan dorang time dorang ade event. Kadang2 tuh adah smpai tak smpat nak hias diri adah aw . hehe , tapi tak pe laa . Tuh laa sebab adah nak belajar dgn lebih mendalam teknik2 yg betul dalam solekan ^^,



And lastly , adah teringin nak jadi model photoshoot ^^, OMG ! Muka tak seberapa , ada hati nak jadi model . hihi . Bukan tuh laa maksud adah . Adah nak photoshoot sendiri2 , then keep the picture as my collection only >,< Wahhh , giler berangan NO.1 adah nie . Tapi tak pe , wat slow2 dulu . hehe . 

Okey laa , kejap lagi nak hantar baju melayu untuk ditempah . Alahaiii , malasnye nak tunggu bas Rapid nie . hehe . Terima kasih sebab membaca . Kiss pipi sikit **muahmuah ! HAHA

Wassalam .


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, May 28, 2012

My Own Bakery :)



Selamat bertemu kembali . :)
Adah dah nak tidur nie . tapi teringin nak update sikit . 
Adah nak upload gambar2 kek yg adah buat sepanjang cuti semester ni . 
Jom lihat :)

My LOVES Cupcakes :)

Apam Polkadot !

Tart Kastard :)

Sponge Cake !

Pan Cake :)

Sweety Chocolate Cake :)

Choc Moist :)

Yeayyy , itu sahaja . Actually this week dgn next week ade org tempah 
Apam polkadot untuk kenduri . So memang busy laa . tak dapt nak update sgttt :)

So itu sahja yg adah nak cerita . Cuti semester kali ni adah habiskan masa dengan belajar
buat kek , cupcakes and apam dari Internet . 

This is what I love and I'm interested with ^^, InsyaAllah if ade rezeki lebih ,
next month adah akan masuk kelas Rainbow Cakes and Makeup Class . 
Doakan laa adah dapat belajar semua nie . 

Sekian , dari Adah :) Wassalam .

P/s : Next entry about Makeup Class and the things that I want to involve :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Sunday, May 27, 2012

Segmen Saya Nak Header by AkmaDanira



Hye , semua . Hari ni adah nak join satu jerrr segmen ! I promise . Actually , 
adah suke satu header yg adik ni buat :P Tersangat suke . sebab tuh nak join . 
Kalau adah dapat header ni , egt nak letak as cover photo di facebook . 

Nak tgk contoh design yg adah nak ? :)
Simple but NICE !

Alamakkk ! Tak boleh copy paste :( SEdih . 
Tapi contoh header tuh ade tulisan jer
"AneyzSams : Smile did not describe the feeling"

huhu . Adah nak kaler macam tuh :P
But tulis :


p/s : Color nak PINK mcm cth header yg adah suke tuuh :)
Yg lain ada serah ikut creativiti awak . jenis tulisan or ape ~ade LOVE-2 pun boleh .
Tema prince princess pun boleh :)

Warna yg kat ats nie tak de kena mengena dgn warna pilihan adah aw ^^,
ia sebagai perbezaan untuk setiap ayat jerrr.  

Sekian dari Adah :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, May 26, 2012

Short Story , Simple Entry ! (AKU ADA, KAU ADA)




Holla , readers :) I'm back . Alhamdulillah , setelah hampir seminggu tak mengupdate , akhirnya di beri juga kesempatan untuk mencoret sedikt cerita sepanjang seminggu nie ;) Lappy pun dah okey . RM200 melayang begitu sahaja . OMG !! =__='

Tak pe laa , janji nak masuk sem nanti lappy dah tak buat hal . hehe . Nak tahu aktiviti minggu nie ? Aktiviti minggu ni adah banyak terbaring atas katil disebabkan masalah kesihatan yg tak menunjukkan langsung kesan positif ! Hari khamis baru laa adah dapat keluar dgn my lovely friend .



Yeayyy , satu gambar cukup laa . Sebab waktu ni pening kepala . tak dapat nak tangkap byk2 . Kami tgk wayang citer Aku Ada , Kau Ada by Yana Samsudin dan Shaheizy Sam . ^^, KElakar + sedih skit cerita tuh . huhu . lagu dye tuh yg sedih . 





Tajuk : Beginilah Caranya (3:14)
Artis : Shahiziey Sam & Yana Samsudin

(L)
Aku Tak Bisa Menyatakan Perkataan
Kelu Lidah Bila Berdepan Kamu

(P)
Aku Percaya Pada Naluri Hatiku
Yang Nyata Sudah Ada Depan Mata

(L)
Tapi Aku Masih Belum Mengenalmu
(P)
Untuk Menikmati Rasa Sebenar-Benar Cinta

Chorus
(L)
Aku Tahu Di Mana Nak Cari Cintamu
Di Sini Tak Mungkin Mengalah
Dengan Apa Yang Mendatang

(P)
Yang Ku Tahu
Kucuba Yang Terbaik Untukmu
Yang Indah Jadikan Kenangan
Yang Duka Perbetulkan

(L)
Begini Caranya Bagi Diriku
(P)
Caranya Bagi Diriku

Dah habis layan ? :) hehe . Best kan ? Adah nak buat lagu Blog nie . hihi . K laa , stop sampai sini . Ade banyak sgt kerja tertunggak since lappy kena tahan wad . So adah nak setel satu per satu and check email . Good Nytez , my dear . Wassalam 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, May 21, 2012

Selamat Datang 1 Rejab :)


Sempena bulan Rejab pada esok hari , Adah nak kongsi kan sedikit info tentang amalan
yang perlu dilakukan dalam Bulan Rejab dan kebaikan pada bulan Rejab berbanding bulan-bulan Islam yg lain :) Selamat membaca !


Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda :

"Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu bulan Allah, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia akan mendapat keredhaan yang besar dari Allah S.W.T"

"Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan daripada Allah S.W.T"

"Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka Allah akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari tekena penyakit gila, penyakit putih-putih dikulit badan yang menyebabkan sangat gatal, dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal"

"BArangsiapa yang berpuasa tujuh  hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam"

"BArangsiapa yang berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya"

"Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T"

"Barangsiapa yang berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu, dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari hari puasa) maka Allah akan menambahkan pahalanya"


KELEBIHAN BULAN REJAB :

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
Sekian , Wassalam :) Selamat beramal ya kawan-2 ^^, 



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Kesakitan Peringatan Kepada Kematian :')



Salam 1 Malaysia :)
Alhamdulillah , setelah beberapa hari berehat dari menulis entry , akhirnya
dapat juga adah gagahkan diri ini menulis , walaupun sebenarnya masih
tak sihat dan tak larat lagi . 

Haihhhh , tak pernah rasa nya sakit teruk mcam nie . 
Tapi adah bersyukur jugak bila di uji sebegini . 
At least , adah tahu Allah sangat menyayangi ADah . 
Dan DIA juga nak adah sentiasa mengingati-NYA . Sebab tuh 
Allah uji adah dengan kesakitan , supaya adah ingat pada kematian yg bakal 
hadir pada bila-bila masa sahaja :')



Hopefully , I'll be recover as before as soon as possible .
Never dream to be sick for almost 1 month . Maybe it not too long for guys . 
But for me , its too long and hurts .
This is not what I want for my semester break . T__T

Wassalam .



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Wednesday, May 16, 2012

Segmen Doodle Part 1



Nak join segmen ni ? cepat KLIK gambar tuh !

Nama : Adah
Baju : DArk Pink
Seluar : Hitam

Adah tag : Zaty | kak Nida


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

PUZZLE DAH SAMPAI !!


Masih ingat entry adah tentang puzzle gambar sendiri 
dekat ------? SINI

Okey , alhamdulillah . Pagii tadi posmen hantar dah kat umah adah . 
Wow , giler tak sabar nak bukak . 

Dup dap dup dap jer hati nie .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yezza !! tuh dia . Glamour gitu . 
Lepas ni kalau jumpa dgn dorang semua , boleh kami 
main sambung2 puzzle . kihkihkih .

Lepak kat kedai mamak pukul 2 3 pagi , 
sambil minum teh tarik , sambil susun puzzle . 
PErghhh ! tak dpt bayangkan . ^^,

K laa , ini jer buat masa nie . 
Kalau ade latest story , adah update aw :)

Sekian , Wassalam .


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Tuesday, May 15, 2012

Contest Blogger & Forum CariCyber.com

***Sticky Post : Sila scroll ke bawah untuk lihat entry seterusnya :) Terima kasih !







Hye , semua . Semalam Adah ade buat entry pasal nie --> KLIK So hari nie adah nak join . ^^, Sila bagi semangat dekat Adah ye ? Terima kasih , kawan-2 . 

Bismillahirrahmanirrahim .








Apa itu forum ?




Pada pendapat Adah, forum adalah satu tempat yg diklasifikasikan sebagai ruang perbincangan, perkongsian , mahupun luahan pendapat mengenai isu-isu semasa, sama ada di dalam dan diluar negara. (Sama fungsi seperti Forum CariCyber.com)








Apa pula faedah berforum ?




Alhamdulillah, kita dapat melihat forum itu dari skop yg lebih luas, dimana terlalu banyak kebaikan @ kelebihan berforum , antaranya :

1) Sebagai wadah perkongsian pendapat dan idea.
2) Tempat meminta pendapat orang ramai mengenai sesuatu isu yg kurang difahami.
3) Ruang perkongsian isu semasa yg menarik minat warga forum.
4) Boleh mendapat nasihat yg berguna dari perbincangan di forum.
5) Dapat mempromosikan blog atau website atau laman sesawang masing2 .
6) Menambah kenalan dari pelbagai bangsa , agama , mahupun dari negeri yg berbeza.
7) Mampu mengakses berita-2 terkini dgn pantas dan mudah.
8) Meluaskan lagi daya pemikiran dgn pengetahuan hasil dari perbincangan di forum.









Review Forum: Forum CariCyber.com





Bagi sesiapa yg masih belum mendaftarkan di forum ini, Adah galakkan agar anda mempercepatkan pendaftaran anda. Tak rugi langsung anda mengikuti perbincangan di forum ini. Rakan-2 di Forum CariCyber.com sangat lah peramah dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. 

Apa yg adah dpt lihat, forum ni berjaya menarik minat blogger dan ahli forum disamping mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara satu sama lain. Malah ia padat dgn info2 terkini . Bagi blogger pula , ia boleh dimanfaatkan untuk anda berkongsi segala tutorial dan apa juga info yg ada di blog masing2 :)  

Sekian dari Adah untuk Contest ni .

Entri ini adalah untuk contest yang telah dianjurkan oleh Forum CariCyber.com & Blog Cerita Dari Hati. Contest ini telah ditaja oleh : Internet WebhostingHzToursTopSite Lists Ranking. Berminat untuk menjadi penaja? Sila hubungi penganjur melalui emel admin@caricyber.com






A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, May 14, 2012

Moh Kita Memeriahkan Contest Blogger & Forum !



Hye , dear :)
semoga semua sihat-2 aw !

Okeylaa , staright to the point !
Semalam ade abang nie ajak adah join contest dye . 
Contest Blogger dan Forum !
KAlau nak join , click bannet atas tuh aw . 

Nak tahu hadiah nya ? Sangat2 lumayan :

  • Tempat Pertama : RM300.00
  • Tempat Kedua : RM200.00
  • Tempat Ketiga : RM100.00
  • Saguhati  (10 orang) : (akan dimaklumkan setelah genap 20 orang peserta)
  • Cabutan Bertuah (random.org - 2 hadiah setiap bulan) : Love Pearl (lihat gambar di bawah)
  • Kategori Khas (Entri Terbaik) : Percuma Domain & Hosting 15GB selama setahun
12.jpg

Syarat-syaratnya :

1- Terbuka kepada semua rakyat malaysia yang memiliki blog sama ada blog personal ataupun blog perniagaan.

2- Komen "Saya nak join contest ini" dan berikan maklumat berikut di ruangan komen;
  • Nama Blog :
  • URL Entri :

3- Peserta perlu buat satu entri khas bertajuk "Blogger & Forum CariCyber.com" di blog masing-masing. Kandungan Entri mestilah tidak kurang daripada 200 patah perkataan. Peserta boleh membuat semakan [di sini].

4- Peserta hendaklah meletakkan ayat berikut di akhir entri contest dan pastikan link kepada penganjur dan penaja boleh diklik tanpa sebarang pengubahsuaian dilakukan.

Entri ini adalah untuk contest yang telah dianjurkan oleh Forum CariCyber.com & Blog Cerita Dari Hati. Contest ini telah ditaja oleh : Internet WebhostingHzToursTopSite Lists Ranking. Berminat untuk menjadi penaja? Sila hubungi penganjur melalui emel admin@caricyber.com


5- Peserta hendaklah memasukkan code banner berikut di dalam blog. Banner kecil akan dipaparkan di atas sebelah kiri blog yang berfungsi sebagai referral tracker. Contoh boleh lihat di sini.


6- Dari semasa ke semasa peserta perlu membuat post/perkongsian apa sahaja artikel/penulisan/perbincangan/pertanyaan di forum ini tanpa had maksimum. Pastikan ianya bersesuaian dengan kategori yang ada atau peserta boleh memohon kepada admin untuk ditambah kategori sekiranya tiada kategori yang sesuai dengan post peserta.

7- Segala post yang telah peserta buat di forum ini hendaklah di'share'kan ke social site seperti twitter, facebook, google + dan sebagainya dengan menggunakan social button di bawah setiap post termasuklah button like di sebelah atas setiap post. Jumlah bilangan share & like yang diterima akan direkodkan untuk penilaian.

8- Peserta hendaklah memenuhi semua syarat-syarat di atas.

By the way , adah tengah mencarik idea lagi tuk join . hehe :) 
Sementara adah cari idea ni , korang pi laa intai2 dekat forum ni aw . 
Sangat best !! ^^,
adah dah jadi ahli . korang bila lagi ? huhu

Okey , adah undur diri dulu .
Daa .


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI