Saturday, August 17, 2013

TIPS SEBELUM MAKEUP


Hi, hari ni Adah nak berkongsi beberapa tips dan step sebelum kita menggunakan makeup.  Penggunaan makeup yg dimaksudakan tidak kira lah ketika majlis-2 besar atau pun makeup yg dikenakan sebelum ke pejabat, mahu pun ke kolej. 



1)  Cuci muka anda dengan pembersih muka. 
2)  Keringkan muka dan sapukan toner di wajah anda. 
3)  Kemudian sapukan moisturizer diseluruh wajah. 
4)  Dan calitkan bb cream or foundation. 
5) then, baru lah anda menyapukan bedak atau sebagainya dikulit wajah anda. 

Okay, yg kat atas ni "SIMPLE" step yg wajib dilakukan oleh kaum wanita before mengenakan makeup di kulit muka anda.  dan dibawah ni adah tunjukkan step diri Adah sendiri sebelum adah menggunakan makeup. 

1)  Adah pastikan wajah dicuci menggunakan pembersih muka .
2)  Adah spray muka menggunakan miracle bio spring water . 
3)  Adah menggunakan toner untuk melembutkan kulit wajah. 
4)  Adah gunakan serum Ginvera di bawah mata dan di muka. 
5)  Adah menggunakan moisturizer dari Bio essence ATP. 
6) dan Akhir sekali adah menggunakan bedak Arab, without foundation or bb cream.

Walaubagaimanapun, benda PENTING yg adah tak kan lupa utk pakai before pergi ke kuliah mahupun keluar berjalan-2 jalan adalah Toner dan Miracle bio spring water.  Dua benda tuh kalau tak pakai, rasa macam ada jer yg tak kena. hehe.  

Okay, itu sahaja yg Adah nak kongsikan.  Terima kasih membaca :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI