Thursday, August 15, 2013

KASYAF MATA (HIJAB TERBUKA)




Semalam layan SeramShit dekat Twitter. Alaa, "Twitterians" mesti tahu pasal SeramShit kan? Almost or everyday akan ada curator yg berceritakan kisah seram gune acc SeramShit.  Nak dijadikan cerita, semalam Adah terbaca Curator tuh bercerita ttg Kasyaf mata, iaitu Hijab mata yg terbuka. 

Bila hijab mata kita terbuka, bermakna seseorang itu diberikan kelebihan oleh Allah S.W.T utk melihat sesuatu yg org lain tidak dapat keistimewaan tersebut.  Mereka yg hijabnya terbuka boleh melihat menembusi dinding atau benteng yg diterhadkan utk manusia biasa. Yakni, mereka mampu melihat makhluk-2 yg pada asalnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Hanya org2 terpilih yang mampu melihat. 

Alhamdulillah, Adah belum lagi diberi anugerah Kasyaf Mata ni, dan kalau diberikan pilihan, Adah masih belum bersedia utk melihat sesuatu yg tidak seharusnya dilihat oleh manusia biasa.  Walaubagaimanapun, selalunya org yg akan PERGI, atau tahu akan dirinya bakal dijemput malaikat Izrail, kasyaf mata nya akan dibuka, di mana mereka dapat melihat benda-2 atau makhluk-2 yg aneh seperti segerombongan manusia memakai pakaian warna putih, kanak-kanak , ataupun wanita/lelakii berjubah putih.  Selalunya Kasyaf Mata bagi org yg akan PERGI dibuka seminggu atau beberapa sebelum nyawanya diambil. 

Dan, anugerah "kasyaf" ini juga boleh dianugerahkan kepada kanak-2 yg seusianya seawal 7-9 tahun (mengikut sumber yg Adah baca di blog-blog tertentu).  Tak banyak yg Adah tahu pasal pengalaman org yg Kasyafnya terbuka.  Tp apa yg Adah pasti, sesiapa yg Kasyafnya terbuka perlu lah bersifat berani, supaya kelebihan yg dimiliki mampu diguna sebaik mungkin.  Dan andai mereka lemah dan tidak kuat semangat, takut kelebihan itu bakal merosakkan diri mereka.  Anggaplah anda adalah org terpilih yg Allah anugerahkan dgn keistimewaan Kasyaf mata tersebut.

Sekian, Wassalam. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

0 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI