Tuesday, August 20, 2013

CASTING CALL | REMAJA


"Anda suka bergaya? anda ingin menjadi model? anda suka kan photosoot? Wajah dan gaya anda mungkin berpeluang menghiasi majalah REMAJA."

Mungkin ada yg dah tahu, atau masih belum tahu. Okay, biar Adah bagitahu lagi sekali.  Pada 25 Ogos 2013, iaitu hari Ahad ni, majalah REMAJA akan mengadakan "CASTING CALL", dimana tidak kira lah anda itu kecil atau besar, rendah atau tinggi, hitam atau putih, anda mampu bergaya di depan kamera REMAJA.  Mahu info lanjut, kat bawah ini adah selitkan poster nya sekali. 


Maklumat lanjut boleh pergi ke sini --> http://remaja.karangkraf.com/casting-call-1.193389

Ingin adah highlighkan di sini, tema utk Casting Call REMAJA ini adalah "Geometrik". Tak tahu Geometrik tuh apa? Alaa, dulu zaman sekolah kan selalu kita buat corak Geometrik waktu subjek pendidikan seni.  Geometrik adalah corak yg berbentuk petak, or kotak-kotak, bulat, tiga segi, pentagon, hexagon dan bermacam -gon lagi. Itulah geometrik. 

Nak tahu contoh style Geometrik? Meh Adah tunjukkan sikit yg Adah dapat dari google. 

1) Jubah Abaya yg bercorak Geometrik ditengahnya



2) Blouse yg bercorak Geometrik dari warna-2 terang. 



3) Skirt/seluar bercorak Geometrik




4) Tudung bercorak Geometrik





5) Geometrik Style utk kaum Adam.



6) Geometrik accessories 









7)  Geometrik Dress











Okay, itu sahaja yg mampu Adah kongsikan.  Corak Geometrik ini telah popular sekitar tahun 90-an lagi, namun kini ia dipopularkan kembali dan menjadi satu tarikan utk digayakan pada musim panas dinegara-negara luar. 

Pesanan terakhir, utk remaja yg ingin mengikuti sesi photoshoot bersama REMAJA ini, boleh confirmkan kehadiran anda dengan menghantarkan emel pada wartawan REMAJA iaitu di siti.hawa@karangkraf.com .

Sekian.




A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

0 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI