Thursday, August 15, 2013

KES TEMBAKAN DIMALAYSIA 2013




Tersiar di kaca televisyen, terpampang di dada-dada akhbar dan terdengar di corong-corong radio, galak menceritakan tentang kes tembakan yg kerap berlaku di Malaysia pada tahun ini.  Tak terkecuali juga di Timeline laman sosial, tak kira facebook, mahupun twitter. Hangat memperkatakan isu ini. 

Kita sendiri maklum, sebagai rakyat "biasa", mana mungkin kita mampu memegang sepucuk pistol? menyimpan senjata api? Malaysia punya undang-2 yg harus dipatuhi, Malaysia punya barisan pejuang yg mampu menegakkan kebenaran.  Namun kenapa masih ada sekelompok manusia yg gemar bertindak sesuka hati menjadi "penghukum" sesama manusia?  

Yg menjadi persoalan, dari mana manusia-manusia "terpilih" ini mampu memiliki senjata tersebut yg membolehkan mereka menembak sesuka hati , menjadikan "tembakan" itu sebagai satu permainan tembak-menembak seperti di video game?  Wahh, dulu hanya beraksi menggunakan controller or video console , namun kini dipraktikkan diluar dan menjadikan manusia bernyawa sebagai tempat utk beraksi?

Adakah BRIBERY

Di mana pihak-2 tertentu diberikan rasuah dan membiarkan manusia yg tiada lesen juga mampu menyimpan sepucuk pistol di dalam poket seluarnya , atau diselitkan ditepi pinggangnya? atau juga senjata itu boleh disimpan didalam seluar dalamnya?? huh. Musykil. 

ATAU

Adakah angkara SMUGGLING?

Senjata api diseludup dari negara jiran seperti dadah, dan dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan-jalan kecil dan rahsia , maka terus diperdagangkan kepada org tempatan yg cetek akalnya, namun punya keberanian ibarat "perwira" yg dilantik secara haram, lantas menjalankan hukuman "berdarah" sesama manusia berlandaskan dendam?

Mustahil, senjata ini mampu dibeli di kedai serbaneka seperti 7Eleven, 99 Speedmart, Giant, Tesco, Mydin mahupun Aeon Big??  Musykil bukan? siapa yg harus dipersalahkan?

"Tepuk dada tanya selera".  Kita punya akal yg membezakan manusia dengan binatang, kita punya kebijaksanaan yg mampu menyedarkan diri antara yg baik dan jahanam. Renungkanlah. 

Adah tinggalkan link untuk anda semua lihat KRONOLOGI kes tembakan yg berlaku di Malaysia pada tahun 2013 ini.

SUMBER:  http://www.akubahrain.com/2013/08/kes-tembak-tahun-2013.html


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

6 Comments:

Sis Ieja said... [Reply to comment]

kes tembak di malaysia juga disebabkan pistol tu buatan sendiri.
Suka-suka tembak orang, mungkin dulu cita-cita nak jadi polis tapi tak kesampaian ahhaha

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

@Sis Ieja angan-2 menjadi superhero, namun tidak layak. jadi laa superjahanam, lantas kaum sendiri dibinasakan. huhu

Pena Islam said... [Reply to comment]

singgah sini dari teratak www.madrasahkehidupan.com

:)

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

@Pena Islam terima kasih :)

Aminin said... [Reply to comment]

Sekrunk dah tak mcm dulu, nak berjalan pun rasa dah tak selamat.. kat pantai timur sebenarnya dah banyak kes tembak menembak cuma tak masuk berita je... skrunk kalau tAK puas hati terus tembak je..takde nak sound2 lagy :)

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

@Aminin manusia sekarang suka berfikiran singkat, lalu mengambil jalan mudah dlm mnyelesaikan masalah. sound like rare, but nowadays it become normal. Shot by gun bcome trend. lol. this too much. Malaysia should be peaceful.

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI