Thursday, August 29, 2013

SPIRIT OF THE COIN




Berceloteh sikit pasal permainan seram ni. "Spirit Of the Coin".

Dekat Seramshit always ada cerita ni . Pelik sangat aw. So dengan kudrat yg ada, adah klasifikasikan dua golongan utk mereka yg main "benda" alah ni. 

1) Golongan yg berani mencuba. 

-  Mereka tahu permainan tuh ada kaitan dengan syaitan and boleh menjurus kepada syirik, but still nak main. Oh mereka berani.  Berani mencuba sesuatu yg baru.  Siap tahu lagi kesannya, tapi still main macam mereka tuh tak boleh fikir mana satu permainan yg ENJOY !

2) Golongan yg tidak belajar dari pengalaman org lain. 

-  Dah banyak cerita keluar bila main "benda" alah ni nanti kena ganggu, kena rasuk, kena "berkawan", and ade tuh kena korban something.  Mereka dah nampak , dah baca, pengalaman org lain yg main benda ni.  Mereka dah tahu kesan buruk yg berlaku.  Tapi tuh lah, manusia yg tak belajar dari kesilapan org lain lah katakan, still dok terkial-kial main benda tuh. PELIK !

Tapi itulah kenyataan .  Lagi-lagi budak asrama yg tak matang lagi, gemar benar dgn permainan tuh. Sila pikir 10x ye adik-2. 


Sumber gambar: google.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Wednesday, August 28, 2013

D.I.Y BOW FOR HAMPERS / RIBBON

Walaupun tidak lagi menjadi Teacher di SSIP, tapi still tolong apa yang patut untuk event-2 sekolah.  And the latest one, mereka mintak tolong buatkan Bow or ribbon nak letak kat hamper.  Nak beli mahal kan? So buat sendiri jer laa. 

Macam biasa, tutorial from youtube. Boleh tengok sini. 



Dalam youtube buat 2 layer, tp adah buat satu layer jer. So hasilnya ....


Satu gulung tuh boleh dapat 5 bows.  Disebabkan ribbon dah habis, esok sambung balik.  Thank you for reading :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

JIMAT


Duit sentiasa tak mencukupi, banyak habiskan di topap sahaja.  Dulu guna Maxis.  Tak ada free call/sms, unless on our befday.  Adah jenis tak suka mesej, so nak apa-apa , or tanya ibu, hubungi boyfriend *wahhh , atau tanya rakan-2, terus call jer. Oh, sangat membazir.  Memang saya tahu, tp apakan daya sygkan nombor tuh dari duit. 

Penghujung 2012, kena buat Azam baru, kurangkan duit topap. Memandangkan Adah bukan kaki mesej orang sesuka hati, so decide lah guna DG Easy Prepaid Buddyz with my boyfriend. Eh, SANGAT JIMAT

Free call/SMS. and boleh activekan nombor Ibu Abah. Jimat jimat. 





Sekarang hanya topap bila kredit Xpired.  And baki kat phone berlambak lagi. Siap bagi kengkawan pinjam lagi.  

Kesimpulan, jgn takut untuk berubah.  Yeayyyy ! Kempen for JIMAT !


Nota kaki: Tapi bagi sesiapa yg suka mesej lelaki/perempuan tak kira masa, dinasihatkan ikut majoriti kengkawan anda guna apa.  Kalau semua Maxis/Celcom, better kekalkan nombor anda tuh. Tp bagi mereka yg jenis tak suka main mesej tanpa sebab, sila gunakan ini. *keutamaan diberikan pada Ibu/Abah yg Digi User.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, August 26, 2013

RM10 YANG BERBALOI


Untuk yg minat sangat bergambar , RM10 utk masuk Trick and Art Museum di I-City memang berbaloi.  Macam-macam aksi boleh diperagakan dan ditunjukkan skill bergambar masing-2. Sangat menghiburkan dan sesuai pergi dgn family dan rakan-rakan. Lagi ramai lagi meriah. 

Ditekankan lagi sekali, RM10 itu berbaloi utk  mereka yg hanya minat bergambar. Terima kasih :)





























SEKIAN.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Sunday, August 25, 2013

MASA DEPAN




Masa depan, tiada siapa pun tahu apa yg akan berlaku pd masa akan dtang. Tapi tak salahkan kalau kita merancang sesuatu utk masa depan?

Tadi time pergi open house rumah Jiran, anak nya seorang cikgu, dan sebaya Adah.  Adah sempat bertanya macam mana nak apply jadi cikgu? Then selepas bercerita, baru Adah tahu ramai kawan2 sekolah rendah Adah dulu dah jadi Cikgu . Ada tuh mengajar disekolah sendiri.  

Maka dengan itu, terasa cerah masa depan.  Sebab Adah memang nak jadi cikgu.  Walau course yg diambil sekarang agak berbeza, tapi peluang untuk jadi Cikgu tuh masih ada. 

In sya Allah, lepas Degree ni adah akan mohon jawatan sebagai Cikgu sekolah di PPD .  Smoga apa yg dirancang itu berjalan lancar. AMIN.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, August 24, 2013

KEK


Siapa yg tak suka makan kek? Mesti semua suka kan? Kek ada bermacam perisa, antaranya:

# Blueberry
# Cheese
# Chocolate
# Orange
# Butter
# Rainbow
# Pandan 
and so on....

Design kek pun ada bermacam design.  Ada yg bentuk LOVE, bulat, petak, dan ada yg gambar kartun, gambar muka sendiri pun ada.  

Percaya atau tidak, orang ramai membeli kek tidak rely 100% pada rasa nya, tapi lebih mengutamakan rupa bentuknya.  Sebab bila orang tengok kek itu cantik, baru dorang selera nak makan.  Then bila rasa tak sedap pun, dorang still puas hati sebab rupa kek tuh memenuhi citarasa dorang. 

So entry kali ni Adah lebih mengutamakan rupa bentuk kek tersebut k? :))


Ini rainbow cake yg kawan Adah buat :)


Ini kek princess yg ditempah khas utk adik adah.



Yg ni kek padang bola ditempah khas utk Abah.


Dan ini kek tiramisu yg ditempah khas tuk kawan Adah. 

Contoh2 cake diatas semua yg Adah tempah untuk family dan kawan.  Ada satu kek tuh gambar masjid.  Baru tempah time kenduri hari tuh, tapi tak sempat nak tangkap gambar. Sorry :)


p/s:  Selalu beli kek siap dekat Secret Recipe. Sebab tak ada masa nak tempah. ^^,



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, August 23, 2013

REVIEW PRODUCT : MAYBELLINE CLEAR SMOOTH 8-IN-1 SKIN TRASFORMER B.B CREAM




Dulu pakai Naturactor. Kulit okay jer, tp jarang pakai, sebab tekstur dia tak mesra dgn kulit muka.  Now Adah guna naturactor macam concealer je. Just utk tutup-tutup parut Mrs. J ni kan? 

Memang jarang pakai foundation sebab Adah pakai bedak Miami dan sekarang bedak Arab, both dah memang sekali dengan foundation.  So no need extra foundation kan?  But now, Adah sje jer try beli B.B Cream Maybelline ni.  Lepas jalan-2 kat Watson, tak sah kalau tak beli something kan? 

Bila tengok B.B Cream ni rasa macam tertarik.  Sebab B.B Cream ni lebih elok dari foundation.  Ada 8 Function sekaligus merawat kulit wajah kita . 

#  Brightens
# Evens
# Smoothes
# Refness
# Clears
# Conceals
# Moisturizes
# Protects skin

See ! Best kan? Adah dah cuba, bila pakai B.B cream ni, warna kulit jadi sekata. And lembut jer.  Lepas pakai B.B Cream, tunggu dalam 2 minit , baru pakai bedak.  So sempat laa B.B cream ni nak blend dengan kulit kita. 



Okay, B.B Cream Maybelline ni ada 2 jenis:

1) SPF 26
2) SPF 50

Adah guna yg no.1 tuh.  dan stiap jenis didatangi dua warna. 01 Fresh dan 02 Natural.  

01 Fresh sesuai utk kulit cerah. 
02 Natural sesuai utk kulit org Asia yg tak terlalu gelap, dan tak terlalu cerah. 

Oh yeayy, pilihan warna B.B Cream sangat penting k? So nanti tak ada laa korang rasa muka macam Hantu Jepun. HEHE. 

Contoh lepas pakai B.B Cream ni macam ni. hehehe. 


p/s : Sebelum beli sesuatu product, kita kena banyak research dulu ttg product tuh dan tengok dan baca testimoni di blog-2 mahupun di website. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

DUIT GAJI




Bila time nak dapat gaji, kita paling happy.  Segala penat lelah sebulan terbayar. Tapi ada juga rasa sedih, sebab duit gaji tersebut akan mengalir seperti air. Nak buat duit susah, nak habiskan duit mudah. 

Dari zaman lepasan SPM sehingga dah masuk Degree ni, setiap kali kerja or buat part time, bila dapat gaji mesti bgi ibu SEPARUH duit gaji tuh. Then ada baki baru la belanja adik-2 dan keperluan sendiri. 

Duit yg dah bagi dekat Ibu tuh, tak tahu la ibu gunakan macam mana, yg penting dah lepas tanggungjawab sebagai anak :)

So korang macam mana pulak? Duit gaji tuh buat apa? hehe. 


p/s: Duit gaji memang tak pernah cukup Y___Y


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

CANDY BUFFET


Entry ni khas utk mereka yg nak buat satu majlis yg besar, tak kisah lah jamuan raya ataupun kenduri kahwin.  Mostly org guna idea ni utk kenduri kahwin. 

Tahu Candy Buffet tuh apa? Ia satu tempat yg dihias cantik dengan warna-warna yg ceria khas utk tempat letak benda-benda manis atau kita boleh panggil dessert or appetizer. sebab tuh kita beri nama ia sebagai "Candy Buffet".

Selalunya makanan or candy yg perlu ada diatas meja ni adalah chocolate, cupcakes, marshmallow, lolipop and any else.  

Tapi dekat Malaysia, makanan yg selalu ada diatas meja candy adalah:

1) Chocolate
2) Cupcakes
3) Mashmallow
4) Apam Polkadot
5) Tart buah
6) Gula-gula/lolypop
7) Sumi/jelly
8)  Pop cake *cake yg digumpal menjadi bulat dan disaluti choc putih/dark.
9) Choc M&M
10) Biscuits

Sekarang, Adah tunjuk deco utk candy buffet k ? 






Okay, cukup lah gambar tuh sahaja.  Dulu candy buffet ni style orang putih. Now kat Malaysia, ramai sangat dah org buat style ni. Konon nya lebih menarik dan teratur dan budak-budak suka. And In sha Allah, wedding Adah nanti nak macam ni jugak.  Tp semua air tangan Adah laa. heeee ^^,

K thanks baca. 


p/s:  Semua gambar adalah bersumberkan Encik Google. :)




 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI