skip to main |
skip to sidebar
BELAJAR UNTUK MELUPAKAN
Hidup kita diwarnai dengan pelbagai warna, setiap warna melambangkan kenangan yg berbeza. Anggap lah warna-2 terang melambangkan kenangan-2 manis yg mengembirakan kita, manakala warna-2 gelap sebagai kenangan pahit yg bukannya tidak berguna, tetapi kenangan pahit yg mengajar kita kematangan dalam melayari bahtera kehidupan sebagai manusia biasa.
Namun, sesetengah kenangan, perlu dilupakan andai kenangan itu mengukir derita yg tidak mampu ditanggung. Mungkin sukar dan agak payah melupakan sesuatu yg memperjudikan maruah kita, lebih-2 lagi sehingga mengubah kehidupan sosial kita. Walau apa pun dugaan nya, pahitnya, dan peritnya kita menghadapi sesuatu perkara itu, andai kata ia boleh merosakkan akal dan mengganggu emosi, ada baiknya kita "belajar untuk melupakan".
Mungkin dengan melupakan, kita lebih tenang, lebih lega dan mampu tersenyum seperti dulu. Ingat seperkara, kenangan silam samaada pahit atau manis sememangnya memberi 1001 pengajaran dan pengalaman bermakna buat kita. Tapi elok dan lebih molek andai kita pandai membezakan sesuatu perkara yg harus dijadikan contoh teladan, dan sesuatu perkara yg perlu dilupakan yg dikhuatiri mengancam kebersihan hati kita :) Wallahualam.
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI
4 Comments:
sabar . caiyok! Moge2 kuat semangat
@keli menari Thanks dear :) hehe. sekadar pengkongsian sesama blogger :)
apa pun dugaan dan rintangan..bersabar dan bertenanglah
@Tentang Kita In sha Allah :) Terima kasih
Post a Comment