skip to main |
skip to sidebar
KEPUTUSAN PRU13 ~ DOA YANG BAIK-BAIK
Bahang PRU13 masih belum reda. Walaupun keputusan telah diketahui, namun masih ada segelintir pihak yg tidak berpuas hati dan masih menghentam, mengutuk dan mengata yg bukan-2.
Maaf, sejujurnya Adah bukan mahu mengondem sesetengah pihak dgn rakusnya. Namun sedikit pendapat Adah tentang PRU13 ni.
Adat pertandingan, ada yg menang, dan ada juga yg kalah. Apa yg Adah cuba bangkitkan, pada supporter bagi parti yg kalah, cuba laa jaga adab dan tatasusila anda. Adah tidak mahu menegur atau mengkritik dr Parti Pembangkang yg BUKAN ISLAM ye ? Apa yg adah cuba katakan adalah sikap penyokong dr Parti Islam sendiri.
Semalam, when I was scroll down my HOME (Facebook) I'd seen 1 comment from lover or supporter from Parti Islam, yakni Pas, yg agak keterlaluan. She's become angry with government or BN and wrote out the word "BABI NEGARA" WON !
Ehh ? I saw the DP for that girl and I was surprise when she wearing Hijab at her top and look soft and polite. But the words come out from her definitely RUDE.
Just imagine when other's voters which from different religions, beside Islam read your comment. They will laugh louder , smile bigger and critics us as Muslim or Muslimah. Please my dear. As we bring out the name of Islam and our LORD is Allah S.W.T, we've to control ourselves.
Tak kurang juga pd supporter yg telah menang. Jgn terlalu yakin dgn kemenangan parti anda. Kita masih punya masa yg panjang. Namun, kemenangan anda kali ini diukur untuk 5 tahun yg akan datang. Andai anda tidak berjaya meyakinkan rakyat dan tidak menunaikan janji janji manismu sebelum PRU13, kebangkitan kemarahan rakyat pasti meletus. Ingat ! "JANJI HARUS DITEPATI"
Ye, Adah tahu, kita memperjuangkan Islam didalam negara sendiri. Kita mempunyai 1 Impian, iaitu melihat negara kita maju tanpa ditindas, dan membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat. YA Allah, murni betul niat rakyat Malaysia ini, Ya Allah. Kami mahukan keamanan disamping nasib rakyat terbela tanpa diskriminasi antara kaum, mahupun sesama Islam.
Namun, keputusan telah pun diketahui. Kita hanya mampu berdoa yg baik-baik. Andai kita tidak gemar dgn barisan dan DASAR kepimpinan yg ada dan yg telah terpilih, apa salahnya kita mendoakan agar pemimpin-pemimpin kita dibukakan dan dilembutkan pintu hatinya, agar dapat menggalas tanggungjawab terhadap rakyat dgn Adil dan Saksama.
Bukan dgn cara menghentam dan mencarut tak tentu pasal. We comes from different party and different perceptions about politics, but it doesn't mean that we have to fight with one another and bercakap yg bukan-2 sehingga menjatuhkan air muka kita sendiri as Muslim.
At last, dgn harapan yg tinggi, cuba kita berpikiran terbuka dan merenung kembali sejarah negara dan pejuang-pejuang bangsa yg telah mempertahankan Tanah Melayu dr penjajah luar. Bayangkan perasaan pejuang-2 Melayu kita di zaman dahulu kala, seandainya mereka melihat kita bertelagah sesama sendiri pada masa kini? Hancur hati mereka. Disaat Tanah Melayu di jajah dan ditawan, susah payah, perit dan terseksa nya mereka memperjuangkan nasib Melayu. Namun kini, kita sebagai rakyat Malaysia dan berbangsa Melayu mula bergaduh dan menghentam pelbagai pihak. Seharusnya kita bersyukur, dan cuba untuk bergabung demi mempertahankan nasib generasi akan datang. Wallahualam.
Jgn la pula anda menghentam Adah dgn tohmahan tohmahan keji, ini sekadar pendapat yg tulus dr hati dan kotak fikiran Adah. MAsing-2 mempunyai pandangan mereka yg tersendiri. Kita fikir dan renungkan sejenak, apa yg kita mahukan untuk Negara Tercinta. :)
"Peace No War | Rakyat Bersatu, Negara Maju"
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI
0 Comments:
Post a Comment