Friday, May 31, 2013

BERUBAH DENGAN NIAT


Bila melakukan perubahan, Adah yakin semua orang akan mengubah diri mereka berlandaskan niat yg tertakluk pd syarat yg bersesuaian dengan sesuatu keadaan dan masa.  Niat untuk berubah daripada yg buruk kepada yg baik, daripada yg baik kepada yg lebih baik dan daripada yg lebih baik kepada yg diminta dan disarankan oleh Allah S.W.T adalah satu nilai yg murni yg harus di puji dan diikuti. 

Namun, niat untuk berubah juga boleh terpesong, dan menjadi DOSA andai niat itu disalah erti.  Contohnya niat untuk berubah ke arah yg lebih buruk.  Ada juga segelintir masyarakat yg ingin berubah dgn niat ke arah kebaikan, namun diselitkan dengan niat sampingan. Apa itu niat sampingan ?

Pertama sekali adalah:


Niat untuk menunjuk bahawasanya mereka sudah berubah, dan perubahan itu harus dihebohkan agar umum tahu akan niat murni hamba tersebut.  Namun sewajarnya, niat itu harus di selindung, agar tidak dilihat takbur atau bongkak dgn perubahan tersebut.  Cukup sekadar 1 niat yg pertama, iaitu niat untuk berubah kearah yg lebih baik, tidak perlu di selitkan dgn niat sampingan iaitu untuk menunjuk .  Harap ia mudah difahami.

Kedua,



Niat untuk bersaing.  Jika dilihat pada satu aspek yg positif, niat untuk bersaing seharusnya dan digalakkan kepada kita, persaingan yg sihat mampu membentuk jati diri yg lebih positif.  Sebagai contoh, jika niat berubah kearah kebaikan kerana utk bersaing menjadi hamba Allah yg lebih baik, itu sangat sangat digalakkan, malah carpet merah dibentang sebagai penghormatan di atas niat suci tersebut. 

Namun, niat untuk bersaing juga boleh di pandang dari arah negatif.  Contohnya, sesetengah masyarakat inginkan perubahan ke arah lebih baik kerana malu dilihat mundur dalam kalangan kelompok yg lain.  Mereka berubah untuk bersaing dan bertanding bahawa mereka lebih bagus budi pekertinya, lebih elok sikap nya, dan lebih bijak tindakannya daripada org lain, sehingga menerbitkan rasa hasad dengki didalam hati.  Lebih elok andai niat bersaing itu menuju aspek yg positif.  Kerna, takut kita mendapat dua ganjaran, iaitu ganjaran pahala dan dosa yg serentak.  Wallahualam.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

0 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI