Friday, July 12, 2013

REZEKI DARI ALLAH, PINJAMAN UTK KITA


Alhamdulillah, selesai sudah paper terakhir Adah, iaitu Business Law.  Now berakhirlah semester ke dua Adah.  Hanya menunggu keputusan je.  Tak pe lah, Adah dah berusaha sebaik mungkin, kini hanya mampu berdoa dan berserah. 

Hari ni Adah nak sentuh pasal REZEKI.  Kebetulan semalam keputusan UPU and PENERAPAN ke UITM keluar, Tahniah pada yg berjaya ditawarkan ke IPTA, dan kepada yg tak berjaya, La Tahzan :) 

Rezeki.  Bila kita berbicara soal Rezeki, sedarkah kita yg rezeki itu datang nya dari Allah S.W.T yg dipinjamkan seketika buat kita.  Allah mampu menarik kembali rezeki tersebut pada bila-bila masa yg dikehendaki-NYA.  Lantas, sebagai hamba, kita harus bersyukur saat diberikan peluang untuk menikmati rezeki yg diturunkan oleh Allah 

Namun, pada yg sedang berduka, yg menyangka yg Allah tidak menurunkan rezeki yg dia inginkan, banyak-2 lah bermuhasabah diri.  Rezeki kita berbeza-beza.  Allah tidak menurunkan rezeki yg sama untuk setiap hamba-NYA.  Allah memberikan rezeki yg kita perlukan dan bukan apa yg kita inginkan.  Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg baik untuk hamba-NYA.  Oleh itu, yakin pada Allah, bahawa DIA akan berlaku adil pada setiap hamba-NYA. 

ATURAN PENCIPTA

Kita punya keinginan
kita punya impian
kita taruhkan harapan
kita mula mengidamkan
sesuatu yg kita mampu dan yakin
utk perolehi dalam genggaman
namun
kita lupa pada kenyataan
bahawa tak semua yg kita mahukan
bakal terpapar dipandangan
adakalanya kita terlalu berangan
menanti sesuatu yg merugikan
sedangkan Allah telah mengaturkan
sesuatu yg lebih menjamin masa depan
yg mampu mencorak kehidupan
dan memberikan kebahagiaan.

nukilan, 
N.S.A



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

2 Comments:

ary_lee said... [Reply to comment]

business law? Ok. ary dapat C ntuk subjek tu. HahahaXD

Ary percaya pada rezeki^^ Dah rezeki masing2 kan? Dan ary percaya, rezeki yang diberikan adalah yang terbaik. Kalau kita ditakdirkan makan roti je, dah itu rezeki kita. Alhamdulillah. Mungkin Allah bagi makan roti je sebab taknak kita mengah waktu solat. COntohnya lah kan? Huhuhu

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

@ary_lee Okey la ary, atleast tak kena repeat. huhu.

Yup, betul lah tuh :) Rezeki tak sama kan? rezeki yg diberikan mengikut keperluan kita .

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI