Thursday, July 18, 2013

RESIPI PUDING KARAMEL


100% pic from me :)
Bahan-bahan:

Bahan A

1 Cawan Susu segar
1 cawan susu cair 
1 cawan gula

Bahan B

2 biji telur
1 sudu kecil Perisa Vanilla

Bahan C

3 Cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya:


1) Gunakan Periuk/Kuali.  Panaskan di api yg kecil dan masukkan bahan C, iaitu gula dan kacau sehingga kekuninggan. Kemudian, masukkan air dan kacau laju lebih kurang 2mnit sehingga sebati dan tutupkan api. Elakkan gula tadi menjadi hangus. 

 2) Kemudian, masukkan gula yg sudah cair dan keperangan tadi ke dalam loyang yg telah disapu marjerin. dan letakkan di tepi seketika. 

3)  Masukkan bahan A ke dalam periuk dan panaskan diatas api dgn api yg sederhana. elakkan susu tadi mendidih terlalu lama dan kacau selalu lebih kurang 5minit. Kemudian padamkan api. Letakkan adunan tadi dii tepi.

4) Kemudian kacau dua biji telur dgn perisa vanilla di dalam mangkuk sehingga sebati. dan masukkan ke dalam adunan Bahan A (Susu) tadi. 

5) Kacau adunan tadi sehingga sebati, kemudian masukkan ke dalam loyang. 

6) Setelah selesai, masukkan loyang tadi ke dalam pengukus. dan kukus selama 45minit. 

7) Setelah masak, keluarkan loyang dari pengukus dan biarkan sejuk seketika. 

8)  Ambil pisau dan kikiskan disekeliling puding karamel tadi , supaya memudahkan puding itu ketika diterbalikkan.

8) Kemudian ambil pinggan yg melengkung sebesar loyang tadi.  Tutup loyang tadi dengan pinggan tersebut, dan terbalikkan dengan cepat. 

***Awas, jika anda terbalikkan dgn lambat, gula nanti akan tumpah.

Okay, selesai.  Selamat mencuba :)



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

2 Comments:

Busyra Takiyudin said... [Reply to comment]

sedapnya. hehe. pandai awk buat.

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

hehe. belajar jugak dear :) lagipun mmg minat buat2 dessert ni.e

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI