skip to main |
skip to sidebar
PERSAMAAN ADAM DAN HAWA
Bila cakap pasal "Pasang Dua" ni, orang mesti kaitkan dengan lelaki. Kesian kaum Adam :) Bukan niat utk menghentam kaum sendiri dan membela kaum Adam. Namun, seperkara perlu dilihat dan dikaji dalam-dalam. Kadang-kala, kaum Hawa juga ada yg "Pasang Dua". Betul tak kaum Hawa?
Jgn nampak yg buruk sahaja pada kaum Adam, dan jgn nampak yg Mulia sahaja pada kaum Hawa. Begitu juga sebaliknya. Jgn nampak yg teruk sahaja pada kaum Hawa, dan nampak yang baik sahaja pd kaum Adam. Sesungguhnya, manusia itu tiada kesempurnaan, baik Adam, mahupun Hawa. Keduanya manusia biasa.
Jadi, persamaan kaum Adam dan Hawa adalah "Kurang Sempurna". Sifat yg kurang sempurna itu yg membuatkan kaum Adam dan Hawa memerlukan antara satu sama lain. Walau dipertemukan bersama, kita tetap tidak akan sempurna. Kerana, yg bersifat sempurna itu hanya ALLAH S.W.T, Pencipta makhluk dan alam di dunia ini.
Maka, bermuhasabah la diri. Baik Adam mahupun Hawa, jangan memandang tinggi pada darjat, jgn terlalu bangga pada kemasyuran nama mu, kerna tanpa pertolongan dari Allah, kamu bukan la siapa siapa.
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI
0 Comments:
Post a Comment