Tiba-tiba hati sebak. Bergenang airmata bila dapat berita, salah seorang kawan pada mulanya, yg Adah kenali di Jengka, kini ditawarkan menyambung pelajaran nya di UiTM Kedah. Alhamdulillah, memang Adah bersyukur dan gembira kerana dia ditawarkan utk menyambung pelajarannya, cuma yg Adah sedih, dia makin jauh dgn Adah Y___Y
Dia orang perak. Kami kenal dari mula-mula Adah masuk U. Dia yg sentiasa ada saat susah dan senang. Lepas Adah habis study dulu, dia masih disemester akhir. dan kini, kami sama2 graduate. Tapi dia telah ditawarkan ke UiTM Kedah, manakala Adah sekarang menuntut di UitM Melaka. Jarak memisahkan kami. Sedih Y___Y
Bersahabat itu indah jika tiada rasa syak wasangka dan curiga dalam persahabatan. Ia lebih indah bila persahabatan itu diisi dengan gelak tawa dan kenangan-2 manis. Ya Allah, sungguh Adah rindukan dia. Adah pun rindukan sahabat Adah dari Pulau Pinang. Kedua-duanya sahabat yg paling Adah rapat dan tak pernah sekali mereka sakitkan hati Adah. Tapi sekarang kami jauh. Y___Y
Rasa sepi. rasa rindu. rasa kesal. Semua rasa itu bermain didada, menyesakkan jiwa dan hati. Sebak. Sedih. Pertemuan yg tidak disangka, dan perpisahan yg tidak diminta.
Sahabat,
Andai aku menyinggung rasa mu,
Maafkanlah.
Andai aku membelakangkan mu,
Maafkanlah.
Dan
Andai aku membohongi mu,
Maafkanlah.
Sahabat,
Kita berbeza negeri,
Namun menjadi rapat hingga kini,
Walau jarak itu pemisah,
Namun HATI kita penyambung satu RASA,
Rasa yg dipanggil RINDU.
Sahabat,
Mengenalimu tidak pernah aku kesali,
Mencoret kenangan bersamamu,
Itu yg aku rindui.
Memori itu kekal diingatan,
Sentiasa dikenangkan,
Dan akan selalu tersimpan,
Menjadi satu kenangan berharga seumur hidup.
Sahabat,
10 jari ku susun,
Memohon maaf dan ampun,
Aku manusia yg kurang sempurna,
Yg sering melakukan kekhilafan,
Dalam sedar atau tidak.
Maafkan lah salahku sepanjang kita bersahabat.
Ikhlas dari hati,
-Adah-
NURUL HUDA & FILZAH IZZATI :')
Wassalam.
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
2 Comments:
Alolo takpe.. sekarang kan canggih dah ade we chat, video call hehhehee pasti tak rase berjauhan..
@Amirah Raduan tp tak sama time gelak ketawa di depan mata. kan mira ? :(
Post a Comment