Saturday, June 15, 2013

#VERSION 2: MY INSPIRATION


Abah seorang yg kelakar , walau hakikatnya dia sangat garang.  Siapa yg tak takut pada Abah ? Tiada siapa yg berani jawab. 

Pantang salah, tali pinggang menjadi hiasan di badan.  Bukan kerana abah kejam, tp kerana abah tak mahu kami jadi anak yg tidak reti bersyukur.  Apa yg abah tak bagi? semuanya abah sediakan utk kami.  Walau tidak semewah mana, namun lebih baik dari tiada. 

Abah pandai hiburkan hati.  Berwechat, berfacebook, mengalahkan org muda.  Bukan kerana mahu menyekat kebebasan kami, cuma ingin menikmati bagaimana merasa MUDA melayan segala laman sosial tersebut.   Kalau berlawak, tak kering gusi kami gelak.  Abah pandai berjenaka, tapi abah juga sensetif.

Sensetif bila anak-2 membelakang kan nya.  Abah pasti berkecil hati.  Pulang ke kolej tanpa pengetahuan nya, merajuk seminggu yg sukar dipujuk.  Lagak dan gayanya ibarat anak kecil, tapi cukup menghiburkan.  Abah selalu mengalirkan airmata tatkala kami bersalaman memohon maaf.  Luar nampak garang, tapi hakikatnya hati abah halus, dan mudah tersentuh.

Kakak sayang Abah :')  Tak pernah sekali pun abah marah tatkala kakak pulang membawa buku dan kertas yg ditanda dgn pen merah.  GAGAL! itu bukan point utama abah marahkan anak.  KURANG AJAR! Yaaa, itu laaa yg abah titik beratkan.  Kurang pelajaran masih boleh di ajar, tp kurang ajar tidak boleh dimaafkan. 



Abah HERO terhebat  dalam hidup kakak :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

0 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI