Thursday, June 6, 2013

TEGURAN --> NASIHAT --> PANDANGAN

Orang menabur budi, kita berbahasa.  Manusia punya hati yg berbeda.  Manusia memiliki cara yg berbeza.  Namun, cara yg digunakan seharusnya sesuai dgn jenis hati manusia tersebut.  

Jika orang disekeliling kita melakukan kesilapan, semestinya kita akan memperbetulkan kesilapan tersebut, agar mereka tidak terus hanyut dan leka dgn kesilapan yg sama sehingga boleh menjatuhkan diri mereka.

Namun, ada cara yg baik utk kita perbetulkan kesilapan tersebut.  Cara yg harus dilaksanakan secara berperingkat mengikut priority yg disarankan.


Pertama, 

MENEGUR


Tegurlah kesalahan sahabat yg tidak elok dipandang, dan tidak wajar dilakukan.  Menegur dgn cara berhemah,, berjaga-jaga dalam mengeluarkan kata-2.  Banyak hati yg bakal terluka, tapi sekiranya bahasa yg digunakan sesuai dan sedap didengar, in sha Allah, teguran diterima dgn baik.

Kedua,

NASIHAT


Berikan lah nasihat yg berguna, yg tidak lari dari kesalahan tersebut.  Nasihat seharusnya berbentuk positif.  Cuba jauhkan kata-kata perli ketika menyampaikan nasihat, agar hati mereka tidak terguris.  Nasihat tersebut pasti diterima baik dan dgn senang hati oleh teman tersebut.

Ketiga,

PANDANGAN


Usai memberikan teguran, dan menyampaikan nasihat yg berguna, teruskan pula dgn mengemukakan pandangan.  Pandangan yg menjurus ke arah penyelesaian masalah mereka.  Pandangan yg mampu mengurangkan beban pemasalah, juga pandangan yg bakal memberi impak yg positif dgn niat agar teman tersebut akan berubah dan tidak mengulangi kesalahan yg sama.
Sebagai contoh yg mampu membuka mata dan minda kita, Adah lampirkan sekali video yg berkait rapat dgn topik ini.




Ambil iktibar dari video ini.  Terima kasih :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

2 Comments:

NJihe.am said... [Reply to comment]

Salam singgah. Setuju sangat. :-) studioous.blogspot.com

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

@NJihe.am thank you dear :)

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI