Tuesday, September 27, 2011

Sebab-sebab Berlaku Perpisahan (:

Assalamualaikum , selamat malam (:

Jam sekarang dah menunjukkan pukul 2:16 pagi . Tapi mata aku still tak mengantuk lagi . Tak tahu laa termakan ubat segar ape , smpai sekarang mata nie celik jer :D hehe . So , seperti biasa laa kan , bila mata tak boleh di tutup , aku pun tnpa berlengah mencapai beg laptop , sebagai tnda yang aku dah bersedia nak menghadap MUKABUKU . huhu . 

Okey , hobi baru aku sekarang dah  bertukar . bukan setakat menghadap mukabuku jer . sekarang aku dah suka buka GOOGLE , carik info-2 yang aku boleh guna pakai . Pada asalnye , aku nak cerita pasal LAWAK BABY TIDUR . DAh semangat dah petang tadi aku guna pakai subjek CSC134 yang aku belajar kat U nie . Aku mulakan dgn input (mencarik bahan-2) , Process (mengedit) , Output (nie aku tak buat) , then aku terus storing (simpan kat dalam file aku la) . hehe . tapi entah nape , malam nie tetiba aku nak sgt tukar topik . 

Aduh , tak payah banyak cerita , korang bace TAJUK kat atas , then baca ISI kat bawah nie (: ::


~gambar hiasan~


SEBAB-2 BERLAKU PERPISAHAN::

1-  Menipu


   *kalau korang sedar , pembunuh pertama sesuatu hubungan tuh , adalah menipu ! serius , tak ada pasangan yang suka pasangan nya menipu ! Walaupun ada yang menipu untuk kebaikan hubungan tersebut , tapi hakikatnye , menipu nie tetap akan mendatangkan ketidakpercayaan dalam diri pasangan kita . so jagajaga lah dengan penipuan anda (:


2-  Harapan/Kebebasan


   *Bila cakap pasal HARAPAN , kebanyakan lelaki tak suka pada pasangan dorang yang terlalu bergantung harap pada mereka . Macam tak reti nak berdikari lah. Tambahan lagi , lelaki nie suka pada kebebasan . Bila kebebasan yang dorang tuntut pada pasangan , tak ditunaikan , itu lah punca nye berlaku perpisahan . 


3-  Terlalu memikirkan Aspek Perkahwinan


   *Kalau yang kat atas nie pasal Lelaki . Point yang ketiga nie pula pasal perempuan .  As we know , perempuan nie suka memikirkan sesuatu yang masih jauh perjalannya , atau dengan kata lain , perkara yang belum pasti berlaku . Sebagai seorang perempuan , kita tidak seharusnya meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan yang terjalin , untuk berakhir di jinjang pelamin . Lebih-2 lagi kalau hubungan tuh masih baru . Bila perkara nie di ungkit depan pasangan anda , ia akan menjadi punca pertengkaran .


4-  Mengungkit Hal Yang Lalu


   *Menjadi kepantangan bagii seseorang , bila hal yang dah lepas di ungkit-2 .  Lebih-2 lagi soal kekasih lama ataupun kisah silam pasangan kita . So berhati-2 lah dalam percakapan korang dengan pasangan , takut bila ungkitan korang tuh mengguriskan hati mereka .


5-  Berbeza Pendapat


   *Berbeza pendapat nie satu perkara biasa dalam sesuatu hubungan tuh . Contohnya , keinginan pasangan kita untuk mencapai cita-2 nya tidak di terima oleh pasangan .  Hal ini lah yang mendorong berlakunya perpisahan , selepas berlaku perbalahan mengenai masa depan .


6-   Status Yang Tinggi


   *Ini berkait rapat dengan citarasa . Ada pasangan yang boleh menerima pasangan mereka seadanya . Namun masih juga ada pasangan yang cuba mengubah kehidupan pasangan mereka .  Secara ringkasnya , pasangan tersebut terlalu mementingkan kesempurnaan dan terlalu memilih pasangan yang sesuai dengan citarasanya .


7-  Hal-hal yang Menyakitkan Hati


   *Sesetengah pasangan suka sangat melakukan sesuatu yang pasangannya tidak suka , dan boleh mendatangkan kemarahannya . Walaupun mereka tahu,  ia hanya sekadar gurauan . Kita kena ingat , apa pun perkara yang boleh menyakitkan hati pasangan kita , ia boleh menjurus kepada perpisahan .


8-  Kehidupan yang Sangat Mendesak


   *Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya.  Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan . Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik .


9-  Kawan-kawan dan Keluarga


   *Jangan terkejut jika hubungan kita dan pasangan hanya separuh jalan disebabkan kawan-2 dan keluarga . Mungkin ada pasangan yang merasakan pasangan mereka lebih mementingkan kawan-2 dari diri mereka . Dan ada juga hubungan yang ditentang oleh keluarga antara salah satu pihak . Inilah punca terbesar PERPISAHAN !


Amacam , dah habis baca ? Kalau korang nak tahu , point-2 nie semua aku dapat dari sumber-2 tertentu . Namun , isi nya aku olah sedikit supaya korang senang nak paham . Apa-2 pun , ada juga perpisahan yang tidak langsung berpunca dari sebab-2 di atas nie . Kerana perpisahan itu , berlaku dengan kehendak Allah S.W.T .  Mungkin Dia telah menetapkan jodoh yang terbaik buat kita . Sebab itu lah berlaku nya perpisahan . Walau ia menyakitkan , lebih-2 lagi perpisah yang bukan dari kehendak sendiri . Tetapi percaya lah , Allah S.W.T telah membuat perancangan yang terbaik buat umat-Nya (:

p/s :: Tyme aku di semester dua , ustaz pernah ajar aku doa untuk mendapat jodoh yang baik . Dan aku aplikasikan doa tersebut di setiap doa aku selepas solat . Sebab ustaz pernah cakap , dari usia remaja kita nie lah kita digalakkan berdoa untuk memohon jodoh yang baik . Aku cuba translatekan doa nie menggunakan tulisan rumi (:

"Bismillahirrahmanirrahim . . Allahumma hablana Min azwajina wa zurriyatina qurrata a'yun waja'alna lilmuttaqina imama "


dan Maksudnya :: Ya Tuhanku , kurniakan kepadaku pasangan-2 (suami/isteri) dari zuriat-2 yang penyejuk mata serta jadikanlah kami pemimpin kepada orang-2 yang bertaqwa . 


Ha , inilah doa yang mampu aku kongsikan bersama . (:  InsyaAllah , dengan izin-Nya , korang pasti bertemu dengan jodoh yang selayaknya untuk korang . Mudah - mudahan . Amin . 

~gambar hiasan~



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

0 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI