Wednesday, July 31, 2013

HARGA DIRI


Harga diriku terlalu tinggi
Nilainya tidak mampu dibilang jari
Mahupun dikira berhari-hari, 
Harga diriku tidak boleh dijual beli

Wanita hanya punya harga diri
Satu-satunya harta di dunia ini
Andai tercalarnya harga diri, 
Tergadai lah maruah dijaga selama ini

Dilubuk hati, 
Diri berjanji pada Ilahi, 
Selagi nafasku tidak berhenti,
Akan ku selamatkan harga diri, 
Moga ia tidak hanyut bersama kerapuhan hati nurani
Dan kelalaian nafsu duniawi
Moga IMAN menjadi penyelamat sejati.



N.S.A


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, July 29, 2013

REVIEW : RESTORAN MURNI USJ 9


Semalam bersamaan 19Ramadhan, Adah and family pi shopping merata tempat. Tapi area USJ jer la. Nak dijadikan cerita, habis shopping perut jadi lapar. Time tuh dah pukul 12:00 malam. Mak aii, melampau. Then tetiba Abang suruh Adah search pasal Restoran Murni dekat area Subang Jaya. Mula-2 musykil jugak. Famous ke restoran tuh? Bunyi macam nama kampung je kan ? Ala-ala restoran biasa.  Tapi lepas search, banyak giler positive feedback tentang restoran ni. 

So hari ni adah nak tunjuk kan gambar2 MENU di Restoran Murni. Anda boleh memilih restoran ni sebagai tempat utk berbuka puasa.  Harga pun not bad. and puas hati sebab sedap. (For me laa, lain org lain lidahnya) ^^,

Okay bermula dengan buku MENU.


Then ini Adah ada tangkap gambar menu untuk berbuka puasa.  For your info, setiap hari ada menu yg berbeza taw.  So boleh lihat kat bawah ni.


SELASA
-  Nasi Putih
-  Sup Raja
-  Ulam dan Sambal Belacan
-  Air Special Besar
-  Fruit Plate

ISNIN & RABU
-  Nasi Putih
-  Ketam Butter Susu Cili Padi
-  Sup Campur
-  Telur Bungkus
-  Air Special Besar
-  Fruit Plate

KHAMIS
-  Nasi Putih
-  Siakap 3Rasa/ Taucu
-  Sup Campur
-  Air Special Besar
-  Fruit Plate

JUMAAT
-  Nasi Putih
-  Sup Campur
-  Telur Bungkus
-  Air Special Besar
-  Fruit Plate

SABTU
-  Nasi Goreng Merah
-  Sotong Sumbat Butter Prawn
-  Sup Campur
-  Air Special Besar
-  Fruit Plate

AHAD
-  Nasi Goreng Pulau
-  Kurma Kambing
-  Acar
-  PApedom
-  Air Special Besar
-  Fruit Plate

Kat bawah ni sebahagian MENU yg disediakan di Restoran Murni.






Air ni special. semalam Adah order I LOVE YOU :D


Okay , now adah nak tunjukkan gambar makanan dan air yg Adah, abg and adik-2 order ^^,






DONE review :) Nak tahu lokasi nye di mana ? Restoran Murni berdekatan dgn Taipan dan Masjid di USJ. Kat bawah ni adah sertakan alamatnya :

Restoran Murni
39-41, Ground Floor, Jalan USJ 9/5P, Subang Business Centre, Subang Jaya, 47620 Selangor

p/s: Alamat tuh adah google jer :D Oh ye, lagi satu special nya tentang Restoran Murni ni adalah hidangan nya yg BANYAK. kalau Adah laa kan, kena kongsi 2 3 org baru habis. tapi yg penting SEDAP ^^,











A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

TANDA BAHAGIA


Bahagia itu milik-NYA,
Dipinjamkan sekejap buat manusia, 
Bahagia itu diberi sama rata,
Nikmatnya tidak terkira, 
Bahagia membawa rasa gembira
Pada sesiapa yg menerima

Bahagia itu datang bermacam rupa, 
Adakala disaat kita sedang berduka, 
adakalah hadir bersama insan teristimewa,
Walau hadir cuma seketika, 
Impaknya terukir diwajah

Mata mula bercahaya, 
bibir tersenyum bersahaja, 
Gelak tawa menghiasi setiap masa, 
Kerut wajah hilang serta merta,
Bergurau senda bersama saudara,
Usik mengusik menjadi biasa,
Itulah tanda saat kita merasa bahagia.

N.S.A


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, July 27, 2013

PUISI : MANUSIA ITU


Manusia itu biasa, 
Hidupnya tidak sempurna,
Peribadinya beruba-ubah.

Manusia itu juga sering alpa, 
Yg penting dia lupa, 
Ditanya diam sahaja, 
Tapi, 
Yg dilarang menjadi suka, 
Dikatakan Haram, dia tidak percaya.

Oh, manusia itu berbeza-beza,
Si miskin ditindas Si kaya,
Si tua ditengking Si muda, 
Pangkat dan darjat menjadi tunggak utama.

Beringatlah manusia, 
Hidup ini sementara, 
Ajal maut akan tiba, 
Taubat tidak menunggu kita, 
Tapi Izrail mencari kita
Menunggu masa mencabut nyawa,
Memisahkan roh dari jasadnya.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, July 26, 2013

PERSAMAAN ADAM DAN HAWA




Bila cakap pasal "Pasang Dua" ni, orang mesti kaitkan dengan lelaki. Kesian kaum Adam :) Bukan niat utk menghentam kaum sendiri dan membela kaum Adam.  Namun, seperkara perlu dilihat dan dikaji dalam-dalam.  Kadang-kala, kaum Hawa juga ada yg "Pasang Dua".  Betul tak kaum Hawa?

Jgn nampak yg buruk sahaja pada kaum Adam, dan jgn nampak yg Mulia sahaja pada kaum Hawa.  Begitu juga sebaliknya.  Jgn nampak yg teruk sahaja pada kaum Hawa, dan nampak yang baik sahaja pd kaum Adam.  Sesungguhnya, manusia itu tiada kesempurnaan, baik Adam, mahupun Hawa. Keduanya manusia biasa. 

Jadi, persamaan kaum Adam dan Hawa adalah "Kurang Sempurna".  Sifat yg kurang sempurna itu yg membuatkan kaum Adam dan Hawa memerlukan antara satu sama lain. Walau dipertemukan bersama, kita tetap tidak akan sempurna.  Kerana, yg bersifat sempurna itu hanya ALLAH S.W.T, Pencipta makhluk dan alam di dunia ini. 

Maka, bermuhasabah la diri. Baik Adam mahupun Hawa, jangan memandang tinggi pada darjat, jgn terlalu bangga pada kemasyuran nama mu, kerna tanpa pertolongan dari Allah, kamu bukan la siapa siapa.







A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

MINAT DAN CITA-CITA


Sementara menunggu waktu berbuka, sempat lagi nak mengupdate sesuatu :)

Minat dan cita-cita. 
Mungkin ia satu benda yg sama, atau mungkin juga ia sesuatu yg berlainan. Minat dan cita-cita yg berbeza. 
Kadang-2, kita mencapai cita-cita dari minat yg dipupuk sejak kecil.  Ada pula manusia yg mempunya minat yg lain, namun cita-cita nya juga berbeza dari minat. 

Begitu juga Adah :)
Minat yg kuat dalam bidang Pastry dan Sastera, namun melanjutkan pelajaran di sekolah dalam bidang Sains Tulen, dan menyambung pelajaran di Universiti dalam bidang office dan business study. Jauh lari nya.  Namun Adah yakin, keduanya mampu memberikan rezeki yg Halal utk Adah menyara diri dan keluarga. 

Percaya pada ketentuan Allah.  Allah memberikan apa yg baik utk kita, walau kadang kala kita merasa ketidak adilan, tapi percayalah, Allah lebih tahu apa yg bakal berlaku. ^^,

Wallahualam. 



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

BERSAHABAT ITU INDAH


Tiba-tiba hati sebak. Bergenang airmata bila dapat berita, salah seorang kawan pada mulanya, yg Adah kenali di Jengka, kini ditawarkan menyambung pelajaran nya di UiTM Kedah.  Alhamdulillah, memang Adah bersyukur dan gembira kerana dia ditawarkan utk menyambung pelajarannya, cuma yg Adah sedih, dia makin jauh dgn Adah Y___Y

Dia orang perak.  Kami kenal dari mula-mula Adah masuk U. Dia yg sentiasa ada saat susah dan senang. Lepas Adah habis study dulu, dia masih disemester akhir. dan kini, kami sama2 graduate. Tapi dia telah ditawarkan ke UiTM Kedah, manakala Adah sekarang menuntut di UitM Melaka.  Jarak memisahkan kami.  Sedih Y___Y

Bersahabat itu indah jika tiada rasa syak wasangka dan curiga dalam persahabatan.  Ia lebih indah bila persahabatan itu diisi dengan gelak tawa dan kenangan-2 manis.  Ya Allah, sungguh Adah rindukan dia.  Adah pun rindukan sahabat Adah dari Pulau Pinang.  Kedua-duanya sahabat yg paling Adah rapat dan tak pernah sekali mereka sakitkan hati Adah. Tapi sekarang kami jauh. Y___Y

Rasa sepi. rasa rindu. rasa kesal. Semua rasa itu bermain didada, menyesakkan jiwa dan hati.  Sebak. Sedih. Pertemuan yg tidak disangka, dan perpisahan yg tidak diminta.

Sahabat, 
Andai aku menyinggung rasa mu, 
Maafkanlah. 
Andai aku membelakangkan mu, 
Maafkanlah. 
Dan 
Andai aku membohongi mu, 
Maafkanlah. 

Sahabat, 
Kita berbeza negeri, 
Namun menjadi rapat hingga kini,
Walau jarak itu pemisah, 
Namun HATI kita penyambung satu RASA, 
Rasa yg dipanggil RINDU. 

Sahabat,
Mengenalimu tidak pernah aku kesali,
Mencoret kenangan bersamamu, 
Itu yg aku rindui.
Memori itu kekal diingatan, 
Sentiasa dikenangkan, 
Dan akan selalu tersimpan, 
Menjadi satu kenangan berharga seumur hidup.

Sahabat, 
10 jari ku susun, 
Memohon maaf dan ampun, 
Aku manusia yg kurang sempurna, 
Yg sering melakukan kekhilafan, 
Dalam sedar atau tidak.
Maafkan lah salahku sepanjang kita bersahabat. 

Ikhlas dari hati, 
-Adah-





NURUL HUDA & FILZAH IZZATI :')

Wassalam.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Thursday, July 25, 2013

ICON FASHIONISTA ~ SHEA


Lumrah seorang wanita yg ingin kelihatan cantik dan bergaya. Siapa yg tak nak cantik ? Everyone, especially woman semuanya nak kelihatan cantik. Salah ke ? Of course tak.  But the point is, kemampuan kita. 

Oh, pendekkan cerita.  Tadi stalk blog Sys Shea (http://www.myamethyst-shea.com/)  Tipu lah kalau korang tak kenal kan ? She is super duper awesome okay.  Her style, her collection, handbag, everything awesome! Ramai yg tertarik dengan gaya penampilannya yg berani. Why berani ? Even berhijab, dia tak menjadikan hijab itu satu penghalang utk dia bergaya and still look polite.

Apa-apa pun, I still cannot be like her. Why ? Ibu selalu berpesan, ukur baju di badan sendiri. Ibu cakap, I'm a student so be like a student.  Bila jadi pelajar yg tak bekerja and mengharapkan bantuan PTPTN, ia menghalang Adah untuk OVER shopping sebab duit yg ada tuh terhad.  

Dulu Adah selalu cakap dgn Ibu "Satu hari nanti bu, akak nak pakai dress. tak nak pakai Jeans. sebab kakak tak suka jeans. So akak nak penuhkan almari akk dengan dress and skirt jer" .
And Ibu said "Boleh, tunggu dah kerja. Bila dah kerja, nak pakai apa pun tak jadi masalah. Guna duit sendiri. Beli la apa saje.  Yg penting tak susahkan org lain" Fuhh, ayat terakhir tuh agak pedas ! (~..~")

But that truth, buat masa ni kita kena control diri kita. Just be yourself .  Kita bole adore, admire orang lain. But don't push yourself to be like them.  We're comes from different status and family background.  So act like normal.  Jangan sesekali mengguna pakai kan pepatah ini " Biar papa, asal bergaya". HUHU. 

Okay, banyak membebel. some pictures from Shea's blog. Adah pick yg Adah minat sangat-2 :)


Suka SET lengkap from top to bottom.



Suka dgn top and skirt. ^^,




Okay, last pic ni suka sgt cardigan dia. PRINTED okayy. Aww !


Banyak lagi. ada satu tuh suka tgk Sys Shea pakai skirt hitam yg dia buat sendiri. but cannot find that pic. 
Nanti dah jumpa, adah tunjukkan :)


K the END.



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Tuesday, July 23, 2013

WORD FROM HEART #4



Don't afraid to fail, because once you fail, it lead you to be success!


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, July 22, 2013

WORD FROM HEART #3




A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Sunday, July 21, 2013

WORD FROM HEART #2






A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, July 20, 2013

QUOTE #BILA KITA





A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

AKU DAN KHILAFKU


Aku sedar khilafku, 
Aku akur akan silamku
Aku punca apa yg telah berlaku

Aku malu
Dan terus membisu
Aku fikir mereka tahu
Aku sedang menanggung pilu

Aku cuba mengaku
Aku tidak ingin bersekutu
Aku sebenarnya langsung tidak setuju
Namun dimana harus ku mula dahulu?

Aku terpaku
Dek kesilapan lamaku
Aku jadi kaku
Menangis dipenjuru
Mengharap insan datang membantu


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, July 19, 2013

PUISI : ISTERI ITU AMANAH SUAMI




Isteri dijadikan untuk dilindungi. 
Isteri itu perlu disayangi. 
Isteri harus dicintai, 
bukan di buang andai tak diperlukan lagi, 
Bukan dimadukan bila zuriat tak mampu diberi

Isteri bukan untuk dikasari, 
Isteri juga bukan untuk dilukai, 
Hati Isteri halus dan suci,
Tidak perlu maki hamun atau memarahi, 
Isteri itu mampu berdikari, 
Namun Isteri ingin berada disisi suami
Kerna itu Isteri sanggup dilukai
Walau hati merintih 
Tidak sesekali dia membenci
Walau org yg disayangi mengingkari janji. 

Isteri pelihara maruah diri
Buat menjaga nama sang suami
Isteri pelihara akhlak dan budi pekerti
Buat menutup malu lelaki yg dicintai
Tapi mengapa Isteri masih dideritai 
Oleh kepalsuan janji suami ?

Sedarlah wahai suami, 
Isteri bukan untuk dizalimi, 
bukan untuk disakiti, 
lindungila dia dari kecewa hati
Kerna isteri itu amanah yg diberi
oleh Allah S.W.T yg sering memerhati.

Nukilan, 
N.S.A


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Thursday, July 18, 2013

LUAHAN HATI NUR DAYANA BUAT ASHRAFF MUSLIM


Rasa sebak. Mendalam sungguh kata-kata yg diluahkan Nur Dayana. Dari bait-bait ayat tersebut, kita mampu membongkar rasa hati yg ditanggung Nur Dayana.  Semoga Dayana tabah mengharungi dugaan Allah di dunia ini.  Mudah-mudahan.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Copy paste dari http://www.currentlife2u.com/2013/07/18/luahan-hati-sajak-noor-dayana-isteri-pertama-ashraf-muslim/ 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

RESIPI PUDING KARAMEL


100% pic from me :)
Bahan-bahan:

Bahan A

1 Cawan Susu segar
1 cawan susu cair 
1 cawan gula

Bahan B

2 biji telur
1 sudu kecil Perisa Vanilla

Bahan C

3 Cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya:


1) Gunakan Periuk/Kuali.  Panaskan di api yg kecil dan masukkan bahan C, iaitu gula dan kacau sehingga kekuninggan. Kemudian, masukkan air dan kacau laju lebih kurang 2mnit sehingga sebati dan tutupkan api. Elakkan gula tadi menjadi hangus. 

 2) Kemudian, masukkan gula yg sudah cair dan keperangan tadi ke dalam loyang yg telah disapu marjerin. dan letakkan di tepi seketika. 

3)  Masukkan bahan A ke dalam periuk dan panaskan diatas api dgn api yg sederhana. elakkan susu tadi mendidih terlalu lama dan kacau selalu lebih kurang 5minit. Kemudian padamkan api. Letakkan adunan tadi dii tepi.

4) Kemudian kacau dua biji telur dgn perisa vanilla di dalam mangkuk sehingga sebati. dan masukkan ke dalam adunan Bahan A (Susu) tadi. 

5) Kacau adunan tadi sehingga sebati, kemudian masukkan ke dalam loyang. 

6) Setelah selesai, masukkan loyang tadi ke dalam pengukus. dan kukus selama 45minit. 

7) Setelah masak, keluarkan loyang dari pengukus dan biarkan sejuk seketika. 

8)  Ambil pisau dan kikiskan disekeliling puding karamel tadi , supaya memudahkan puding itu ketika diterbalikkan.

8) Kemudian ambil pinggan yg melengkung sebesar loyang tadi.  Tutup loyang tadi dengan pinggan tersebut, dan terbalikkan dengan cepat. 

***Awas, jika anda terbalikkan dgn lambat, gula nanti akan tumpah.

Okay, selesai.  Selamat mencuba :)



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Wednesday, July 17, 2013

RESIPI KEK BATIK





Bahan-bahan:
1 Paket Biskut Marie (Any brand)
1 Cawan Milo 
1 Cawan Susu Pekat (Any brand)
2 Biji Telur
1 Buku Buttercup (Mentega)

Cara-caranya:
1. Panaskan kuali dgn suhu api yg kecil.
2. Masukkan buttercup dan kacau sehingga buttercup tadi cair. 
3.  Masukkan susu pekat, telur dan milo. Kacau sehingga jadi melekat dan likat.  Pastikan suhu api kecil , suhu api yg besar akan buat milo jadi pahit. 
4.  Selepas puas hati dgn tekstur tadi yg tidak berketul2, masukkan biskut marie dan gaul rata. 
5. Padamkan api.  Masukkan biskut tadi ke dalam dulang atau loyang. 
6.  Tekan bagi biskut tadi padat dan rata. 
7.  Akhhir sekali, masukkan dalam peti sejuk selama 3 - 5 jam. 

p/s:  Milo dan Susu boleh diadjust (ditambahkan @ dikurangkan) mengikut citarasa anda dan adunan tadi.  Jika coklat anda tadi terlalu cair dan tidak likat, anda perlu tambahkan susu ataupun milo. 

Sekian, Selamat Mencuba !





A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, July 12, 2013

REZEKI DARI ALLAH, PINJAMAN UTK KITA


Alhamdulillah, selesai sudah paper terakhir Adah, iaitu Business Law.  Now berakhirlah semester ke dua Adah.  Hanya menunggu keputusan je.  Tak pe lah, Adah dah berusaha sebaik mungkin, kini hanya mampu berdoa dan berserah. 

Hari ni Adah nak sentuh pasal REZEKI.  Kebetulan semalam keputusan UPU and PENERAPAN ke UITM keluar, Tahniah pada yg berjaya ditawarkan ke IPTA, dan kepada yg tak berjaya, La Tahzan :) 

Rezeki.  Bila kita berbicara soal Rezeki, sedarkah kita yg rezeki itu datang nya dari Allah S.W.T yg dipinjamkan seketika buat kita.  Allah mampu menarik kembali rezeki tersebut pada bila-bila masa yg dikehendaki-NYA.  Lantas, sebagai hamba, kita harus bersyukur saat diberikan peluang untuk menikmati rezeki yg diturunkan oleh Allah 

Namun, pada yg sedang berduka, yg menyangka yg Allah tidak menurunkan rezeki yg dia inginkan, banyak-2 lah bermuhasabah diri.  Rezeki kita berbeza-beza.  Allah tidak menurunkan rezeki yg sama untuk setiap hamba-NYA.  Allah memberikan rezeki yg kita perlukan dan bukan apa yg kita inginkan.  Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg baik untuk hamba-NYA.  Oleh itu, yakin pada Allah, bahawa DIA akan berlaku adil pada setiap hamba-NYA. 

ATURAN PENCIPTA

Kita punya keinginan
kita punya impian
kita taruhkan harapan
kita mula mengidamkan
sesuatu yg kita mampu dan yakin
utk perolehi dalam genggaman
namun
kita lupa pada kenyataan
bahawa tak semua yg kita mahukan
bakal terpapar dipandangan
adakalanya kita terlalu berangan
menanti sesuatu yg merugikan
sedangkan Allah telah mengaturkan
sesuatu yg lebih menjamin masa depan
yg mampu mencorak kehidupan
dan memberikan kebahagiaan.

nukilan, 
N.S.A



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Wednesday, July 10, 2013

PUISI DI BULAN INDAH.




Ia kembali menyinggah
Membawa 1001 barakah
Walau hanya sebentar 
Namun kehadirannya sungguh bermakna

Hadirnya ditunggu dan di nanti
Perginya tidak direlakan mahupun diingini
Bukan selalu ia hadir ke sini, 
Setahun hanya sekali 
Itu pun tidak cukup 30 hari

Ya, Ramadhan Al-Mubarak datang lagi
Kehangatan nya menakjubkan sekali
Syaitan diikat, pintu Neraka di tutup di bulan ini
Manusia berpusu-pusu beramal ketika ini
Mengumpul pahala juga menyucikan hati
Ya Allah, sungguh kami menanti saat ini. 

Bersahur di waktu pagi,
Matahari belum tegak di bumi
Berpuasa disiang hari, 
Menahan lapar , dahaga dan nafsu diri, 
Di malam pula kita dirai
Waktu berbuka ternanti-nanti
Terawih menjadi hobi 
Meninggalkannya rasa sayu di hati, 
Satu-satunya solat sunat setahun sekali

Ya Ramadhan,
Akhirnya kita bertemu kembali
Mungkinkah ia yg terakhir kali?
Sungguh tidak mampu kita menduga soal mati, 
Namun rasa syukur dipanjat kehadrat Ilahi, 
Kerna diberikan nyawa di bulan ini. 

Salam Ramdhan Al-Mubarak dari penulis http://ceritachentakita.blogspot.com/





A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI