Monday, August 10, 2015

I'M EMPLOYED

Alhamdulillah.
Finally, I got my first job experience after graduated.
To be honest, I did'nt expect I got the position and salary align with my qualification.  
Org cakap, rezeki jangan ditolak kan. 
Tiba masa untuk kita membalas jasa kedua ibubapa dan jasa abang I yg banyak berhabis duit just to make sure I can finish my study without any issues related to money.
 
I successfully pass my first week worked as HR Executive cum Personal Assistant.
Hopefully I can work here more longer and gain experience as much as I needed before I proceed with my future plan with my future husband. hehehe.
 
Doakan semua perancangan kami berjalan dengan lancar, dan dimurahkan rezeki supaya kami dapat menghalalkan hubungan kami dgn satu ikatan yang sah, soon as possible. Ameen. :)
 
To Abah Ibu, I will try my best to reply ALL your jasa baik and sacrifice since I baby till now, I get closer to marry someone.  See, your daughter now is not a baby, kid, young teenage or teenage anymore.  Now I am adult, and hope I'll be more matured and able to think positively and keep patience to face any obstacles come in future.  Pray for me, Abah Ibu. 
 
 
With love,
Your lovely daughter.
NSA
 
 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Wednesday, July 1, 2015

END OF DEGREE


30 June 2015.
Unofficially, tamat lah degree Adah.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. 

Jutaan terima kasih buat Pensyarah, rakan-2 di KBM , dan juga abang dan akak-2 kedai printing yg banyak membantu sepanjang Adah belajar di Melaka. 

Semoga kita berjumpa lagi. 
In sha Allah. 

Adah tak akan lupa kenangan sepanjang berada di Melaka. Suka duka, kesemuanya adalah pengalaman berharga , yang mengajar Adah berdikari dan lebih matang. hehe. 

Ringkasannya, I am so happy and lucky to be there, at Malacca City Campus.  Moga dapat grad dengan cemerlang bulan 11 ni.  In sha Allah 

Salam.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, May 15, 2015

LELAKI PENYAYANG


HAHAHAHAHA. Geli jugak baca tajuk kat atas tuh. Hehe. Baru-baru ni Adah ade date dengan Mr.Right setelah hampir lapan bulan tak date berdua. (Elehh baru bulan, before ni setahun lebih tak jumpa, relax je.hihi) Last date pun tahun 2014, bulan 9 tak silap.  Then jumpa lagi time kenduri abg dia bulan 12. 

Ikutkan, kami ni boleh dikira dengan JARI laa berapa kali date berdua.  Rasanya tak lebih pun 5 kali.  Selebihnya kalau jumpa memang dengan family Adah. (Adah ni memang sejak sekolah lagi ada bodyguard pergi mana-mana pun.  Kalau Ibu kerja, makcik-2 kena teman, kalau makcik-2 busy, sepupu-2 kena teman, and kalau sepupu pun busy, adik bongsu kena teman. Haaa, tuh diaaa.

Tapi tuh laa. Antara ciri-ciri lelaki tuh penyayang and betul2 sayang kita, IF dia tak kisah pun keluar date dengan kita ditemani family and sedara mara.  Malah dia lagi-2 lah suka.  Hehe. Alhamdulillah.

Kedua, bila dia selalu cakap “Sy sayang awak”, “Yunk….Love you!” , or “Wak, sayang sy tak?”.  Kadang-2 tuh time tengah sibuk2 beli barang, or time sesak-2 berjalan, tetiba jer dia cakap “Sayang awak”. Eh eh eh ehhhhhhh. Terkesima kita.  Nak cakap sweet, kang dia perasan.  So kita pun senyum je laa sipu-2. Hehe. Itu memang tebiat pakwe kita. Hahahaha.

Ketiga, gi jalan mana-2 dia sanggup bawak handbag kita. HAHAHA. Kemain kauu! Pemalas betul! Handbag sendiri pun suruh dia bawakkan. Kadang-2 tuh kita acah-acah je.  Tapi dia ni memang rajin.  Sokmo laa kepit handbag kita.  So Kita pun lenggang kangkung laa. Hahaha

Keempat, tak pernah tinggi-2 suara or tengking-2 or warning, or marah-2 tanpa sebab dekat kita.  TAK PERNAH OKAY!  Kalau dia marah sangat-2 pun dia akan guna nada tegas je, supaya kita rasa bersalah dan tak buat lagi kesilapan yg sama .  Disebabkan Adah ni degil, and tak makan saman, so kadang-2 tuh bila ada perangai Adah yg tak berkenan dimata dia, dia jadi malas nak tegur.  Tapi time tuh kita kena paham-2 sendiri laa.  Kalau terikut-2 sangat keras kepala ni, nanti pakwe lari. Dah sudahhh. Bercinta 4 5 tahun, dalam dua tiga bulan pakwe boleh lari.  Allah, mintak simpang okay!

Kelima, tak pernah or tidak lah sekali pun dia mengungkit kisah silam dengan Ex or bercerita hal perempuan lain. TIDAK LAH PERNAH OKAY! Sampai kadang-2 Adah selalu cakap 
“Awak ni tak ade kawan perempuan ke? Gi la keluar dgn kawan-2, gi laa kenal2 dengan perempuan lain, kot-2 kita tak ade jodoh ke, tak ade laa frust sangat awak tuh”.  

Tapi dia tetap dengan pendirian dia.  Ayat dia selalu 
“Awak sorang ni pun saya susah nak jaga dan pening kepala nak kawal, ni kan nak kawan or kenal-2 dgn org lain.  Kalau dah tak ade jodoh tuh nak buat macam mana, saya terima je laa”.

Huhuhu. Mudahnye dia bercakap. Hehe

So kesimpulannye , Mr.Right Adah ni sangat-2 lah penyayang orang nye.  LEmbut, kalau bicara tuh tak pernah laa menyakitkan hati (kecuali part bergaduh laa) hahaha.  Dia ni seorang yang soft spoken and high patience.  Then dia ni org yang tak suka “bergaduh”, sangat-2 tak suka.  Sebab bila bergaduh je, end up dia mesti ayat 

“Lepas ni jgn gaduh-2 lagi ye wak.  Sy tak suka laa. Tak pe laa, sy yg salah.  Sy mintak maaf k”

Walaupun sebenarnya Adah, dia dan family Adah pun tahu kesalahan tuh dtg dr Adah. Hehehehe

In short, nak cari pasangan, cari yg syg kita lebih dr kita sayang dia.  And boleh terima family kita seadanya. 

  Sekian…..





A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Thursday, May 14, 2015

TIPS KURANGKAN PAHIT AIR DETOX


Ramai yang nak sihat, nak kurus, nak cergas kan? Tapi dalam masa yg sama ramai yang “kedekut” nak keluarkan duit or bayar produk itu ini just untuk capai apa yang diingini.  Yelaa sayang kot kat duit tuh. Macam-2 boleh beli. hehehe

Tapi sekarang semua tuh tak jadi masalah.  Dengan air detox, anda mampu capai ketiga-tiga sekali, iaitu SIHAT, CERGAS dan KURUS. Hehe. In shaa Allah, tak salah kita nak ikhtiar.

Adah tak nak share cara-cara buat air detox, or resipi kombinasi buah-buahan yang sesuai utk detox water, sebab Adah SANGAT PASTI dah berlambak blogger keluarkan entry tuh. Korang search je “Air Detox, Resipi Detox, Cara-2 buat Air Detox, What is Detox water?” (Haa banyak lagi)

So hari ini, dekat blog Adah ni, Adah just nak share tips kurangkan kepahitan air detox yang kita minum tuh. First of all, biar Adah bagi tahu air detox apa yang Adah selalu minum setiap pagi sebelum pergi kerja.

1.  Teh hijau + Daun Pudina + Lemon
2.  The hijau + Lemon + Oren

Kedua-duanya SEDAPPPPPPPP . And guess what, Adah addicted giler dengan kepahitan masam-2 manis air detox ni. Hehe. Okay, let’s go to the tips!

TIPS ELAKKAN KEPAHITAN AIR DETOX:

1.  Buang biji lemon or oren, KESEMUA biji. Jgn ada satu pun tertinggal.
 2.  Cuci lemon/oren/buahbuahan lain yang TELAH DIPOTONG menggunakan air dengan sekilas sahaja. Contohnya, sebelum potong memang kita dah basuh kan? Bila lepas potong, basuh sehiris-2 buah tuh dekat air, tapi jangan lama-2. Cuci gitu-2 je, then masuk dalam botol.
 3.  Jika anda menggunakan Oren as your detox water, pilih laa oren yang manis sikit. ***helooo manis buah tak sama dengan manis GULA okay.  So jangan  risau, still elok utk kesihatan.  Bila kita guna Oren yang manis-2 sikit ni, nanti kurang laa rasa pahit.  Sebab MUSTAHIL laa korang mampu beli LEMON yang rasanya MANIS-MANIS kan?. Hehe.
 4.  Jgn masukkan penutup buah, or bontot buah yang dipotong .  Kira korang ambil bahagiah tengah-2 je.  Sebab kulit buah ni yang memahitkan sebenarnya.  So tak kan korang nak buang semua kulit kan? Cara yang terbaik, jgn ambil bahagian ‘kepala’ dan ‘bontot’ buah yang dipotong.

Okay, buat masa ni itu sahaja tips yang mampu Adah kongsikan :)

SEKIAN….

Selamat mencuba J


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Sunday, April 26, 2015

MY DIET CHALLENGE #7DAYS


Hari nak share something about diet yang sedang Adah laksanakan. (Ayatttttt kemain) hahah. 

Adah guna Diet Atkinz + Healthy Diet , yakni Adah variasi kan menu-2 dari Diet Atkinz and Healthy Diet untuk mendapatkan menu diet yang TIDAK menyeksakan Adah. Mean, diet pun boleh makan sedap-2 aw.  Jangan risau dan pening kepala nak fikir pasal diet ni, sebab pantang bile diet is NASI dan air-2 bergas.  As long as you avoid or makan dgn kuantiti yang sedikir, in Sha Allah, akan berhasil. 



So kat bawah ni a simple menu yang sesuai utk orang-2 yang diet macam Adah. 

Before Breakfast:  Detox water.

Lemon, teh hijau, daun pudina.

Breakfast:  Overnight Oat

Oat, fresh milk + choc milk + milo (without sugar) 
~nanti Adah share resipi overnight yang Adah dah variasikan gune bermacam resipi. 

Lunch:  Beef Sandwich

Wholegrain bread + beef (digoreng dgn bawang dan carrot dipatung dadu, dan diperisakan dengan cili boh, garam dan gula sedikit) + egg and salad

Dinner:  Fruity Yogurt



Yogurt (Nestle) + green apple + oat biscuits
~my favorite and paling sedap!

Alhamdulillah, only 2 days, Adah berjaya turun 4kg :) 

Selamat mencuba, my dear readers !











psssss *next entry Adah share resipi menu diet Adah dengan gambar sekali taw! Tunggu...




A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, April 25, 2015

A BIG BIRTHDAY SURPRISE FOR ME


Alhamdulillah, 23 tahun sudah. 

"Terima kasih Allah kerana KAU berikan aku peluang dan lebih masa untuk hidup bersama dan berdamping dengan orang-2 yang aku sayang.  Alhamdulillah. "

26 March 2015 (sebulan lepas. hehe)

Bermacam-macam surprise yang Adah terima.  Bermula seminggu sebelum hari lahir Adah, 
Din rupa-rupanya dah merancang untuk berikan Adah teddy bear besar.  Teddy bear yang Adah pernah minta dekat dia 2 tahun lepas, iaitu sebelum Adah konvo Diploma. 

Din tak pernah buat surprise mahupun bagi hadiah dekat Adah.  Tapi sejak dia kerja, apa yang Adah minta, sebolehnya dia tunaikan.  Kalau dulu, dia hanya mampu korbankan masa nya untuk Adah.  Tapi kini, wang ringgit, duit gaji hasil titik peluh dia, sanggup dia spend kan untuk Adah.  You know what, I never expect he will give this to me.  It was very very a big present for me. 

 

"Sayang, dlu ayang pernah minta.  Tapi abang tak mampu lagi nak bagi ayang.  Sekarang baru abang boleh bagi hadiah ni dekat sayang.  Walaupun nampak macam budak-2, tp abang harap ayang suka"

Allah, suka, wak! saya suka sangat2.  Terharu dengan effort awak tuh.  Moga awak dilimpahkan lagi rezeki yang berlipat ganda supaya lepas ni macam-2 surprise saya dapat. hehe (gurau-gurau jer).

Dua hari lepas dapat hadiah dari Din, aku dapat bungkusan misteri yang agak besar laa jugak.  Aku pelik.  Tak de pulak aku shopping online on that week.  Tetiba je, haaa, terpampang depan mata time balik kerja.  Tapi malangnya owner dah tinggalkan note kat situ 



"Sila buka tepat pada hari lahir awak"

Ececehhh, menguji kesabaran kita betul laa ! haahaha. Disebabkan Adah ni tak reti nak menolak permintaa, so kita tunggu laa malam hari jadi. 

Tadaaa, this present from my bff since secondary school.  She one of important person in my life.  Yg selalu ada saat jatuh, tergolek dan juga tengah terbang (hehe).  Adah tak mungkin sekuat ini untuk menghadapi stiap dugaan sepanjang menjadi dewasa ni, jika tanpa dia disisi Adah.  

"Thank you, Ina.  I love you.  Moga-2 urusan bersalin baby sulong nanti dipermudahkan. Aamin. "

The next surprise is a day before my birthday.  Tak sangka time ni Ibu dan Abah komplot sekali.  Beria suruh kita mandi cepat-2 lepas balik kerja sebab kawan ibu nak datang (KONONNYE). hahahah. tapi sebenarnya my BFF since Diploma yang datang.  hehe.  Bawak kek dan hadiah sekali kauu. 



 Sesungguhnya, Adah sangat-2 lah hargai setiap tindakan atau cubaan mereka untuk menggembirakan Adah setelah terlalu berat diri Adah melawan rasa kecewa dan terkilan selepas kehilangan arwah Maksu (Al-Fatihah).

Terima kasih sayang. terima kasih semuanya.  Terima kasih diatas setiap kejutan, hadiah dan kenangan manis yang ditinggalkan.  Moga ukhuwah yang terjalin ini kekal hingga tua.  



"Maksu, tahun pertama.  Tahun pertama tiada panggilan telefon mahupun sms dari maksu utk wish hari jadi kakak.  Akak rindu maksu.  Maksu, maafkan kakak.  Kakak sayang maksu.  Terlalu sayang. Akak selalu doakan semoga Maksu ditempatkan dikalangan orang-2 yang beriman.  Aameen"


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Sunday, February 22, 2015

TENANGLAH DIKAU DI SANA 3


Bismillahirrahmanirrahim. 

Dah lama tak coret ape2 dekat blog. Tipu laa kalau kata tak rindu. Rindu memang rindu, tapi masa tu tak ada. Lebih-2 lagi sekarang ni sibuk dengan internship.  Allah, banyak sangat-2 kerja.  Dengan nenek yang semakin tak sihat lagi, dengan adik2 yang sekolah, macam-2 la. PEnat tuh memang penat, tapi sebenarnya dengan kesibukan dan kepenatan tuh laa serba sedikit dapat la Adah kurangkan diri dari terus bersedih memperingati arwah Maksu. 


Assalamualaikum, Maksu. 

Maaf, akak dah lama tak berborak pasal maksu.  Akak nak bagitahu, hari tuh akak ada pergi melawat maksu dekat rumah baru maksu.  Maksu nampak tak?  Akak dah bersih-2 kan tempat tidur maksu tuh.  Maksu nampak kan? 

Maksu......
Akak sedih. Akak rasa sunyi sangat.  Sekarang bila akak ade masalah, akak tak dapat luahkan pada sesiapa.  Akak sedih, maksu.  Sekarang ni akak rasa sesak sangat2. macam-2 yang akak pikir.  Macam2 yang akak rasa. Macam2 dugaan yang menimpa.  Dari Din, Abah, Ibu, adik-2, satu pun tiada siapa yang boleh dikongsi cerita.  Tiada seorang pun yang boleh paham diri akak. Mana maksu?

Maksu..
Hati akak ni sakit sangat-2. hati akak begitu perit.  bahu akak rasa dihimpat satu batu yang besar.  Kepala akak seperti dilontar satu benda yang besar.  Allah, akak terlalu.  terlalu terseksa.  Tapi akak percaya, Allah S.W.T turunkan dugaan tuh setimpal dengan kekuatan hambaNYA.  DIA tahu hambaNYA itu mampu menghadapi dan mengharungi semua dugaan tuh..  In sha Allah. 



***maaf, akak tak dapat teruskan. airmata ni tak berhenti mengalir.  Ada sesuatu yg akak rahsiakan pd Maksu. In sha Allah, ade masa malam karang akak citer.  Maafkan akk ye, maksu. 


Assalamualaikum.  Al-Fatihah utk Maksu. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI