Thursday, May 14, 2015

TIPS KURANGKAN PAHIT AIR DETOX


Ramai yang nak sihat, nak kurus, nak cergas kan? Tapi dalam masa yg sama ramai yang “kedekut” nak keluarkan duit or bayar produk itu ini just untuk capai apa yang diingini.  Yelaa sayang kot kat duit tuh. Macam-2 boleh beli. hehehe

Tapi sekarang semua tuh tak jadi masalah.  Dengan air detox, anda mampu capai ketiga-tiga sekali, iaitu SIHAT, CERGAS dan KURUS. Hehe. In shaa Allah, tak salah kita nak ikhtiar.

Adah tak nak share cara-cara buat air detox, or resipi kombinasi buah-buahan yang sesuai utk detox water, sebab Adah SANGAT PASTI dah berlambak blogger keluarkan entry tuh. Korang search je “Air Detox, Resipi Detox, Cara-2 buat Air Detox, What is Detox water?” (Haa banyak lagi)

So hari ini, dekat blog Adah ni, Adah just nak share tips kurangkan kepahitan air detox yang kita minum tuh. First of all, biar Adah bagi tahu air detox apa yang Adah selalu minum setiap pagi sebelum pergi kerja.

1.  Teh hijau + Daun Pudina + Lemon
2.  The hijau + Lemon + Oren

Kedua-duanya SEDAPPPPPPPP . And guess what, Adah addicted giler dengan kepahitan masam-2 manis air detox ni. Hehe. Okay, let’s go to the tips!

TIPS ELAKKAN KEPAHITAN AIR DETOX:

1.  Buang biji lemon or oren, KESEMUA biji. Jgn ada satu pun tertinggal.
 2.  Cuci lemon/oren/buahbuahan lain yang TELAH DIPOTONG menggunakan air dengan sekilas sahaja. Contohnya, sebelum potong memang kita dah basuh kan? Bila lepas potong, basuh sehiris-2 buah tuh dekat air, tapi jangan lama-2. Cuci gitu-2 je, then masuk dalam botol.
 3.  Jika anda menggunakan Oren as your detox water, pilih laa oren yang manis sikit. ***helooo manis buah tak sama dengan manis GULA okay.  So jangan  risau, still elok utk kesihatan.  Bila kita guna Oren yang manis-2 sikit ni, nanti kurang laa rasa pahit.  Sebab MUSTAHIL laa korang mampu beli LEMON yang rasanya MANIS-MANIS kan?. Hehe.
 4.  Jgn masukkan penutup buah, or bontot buah yang dipotong .  Kira korang ambil bahagiah tengah-2 je.  Sebab kulit buah ni yang memahitkan sebenarnya.  So tak kan korang nak buang semua kulit kan? Cara yang terbaik, jgn ambil bahagian ‘kepala’ dan ‘bontot’ buah yang dipotong.

Okay, buat masa ni itu sahaja tips yang mampu Adah kongsikan :)

SEKIAN….

Selamat mencuba J


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

1 Comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

post yg best . good. ni la yg di cari

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI