Saturday, April 25, 2015

A BIG BIRTHDAY SURPRISE FOR ME


Alhamdulillah, 23 tahun sudah. 

"Terima kasih Allah kerana KAU berikan aku peluang dan lebih masa untuk hidup bersama dan berdamping dengan orang-2 yang aku sayang.  Alhamdulillah. "

26 March 2015 (sebulan lepas. hehe)

Bermacam-macam surprise yang Adah terima.  Bermula seminggu sebelum hari lahir Adah, 
Din rupa-rupanya dah merancang untuk berikan Adah teddy bear besar.  Teddy bear yang Adah pernah minta dekat dia 2 tahun lepas, iaitu sebelum Adah konvo Diploma. 

Din tak pernah buat surprise mahupun bagi hadiah dekat Adah.  Tapi sejak dia kerja, apa yang Adah minta, sebolehnya dia tunaikan.  Kalau dulu, dia hanya mampu korbankan masa nya untuk Adah.  Tapi kini, wang ringgit, duit gaji hasil titik peluh dia, sanggup dia spend kan untuk Adah.  You know what, I never expect he will give this to me.  It was very very a big present for me. 

 

"Sayang, dlu ayang pernah minta.  Tapi abang tak mampu lagi nak bagi ayang.  Sekarang baru abang boleh bagi hadiah ni dekat sayang.  Walaupun nampak macam budak-2, tp abang harap ayang suka"

Allah, suka, wak! saya suka sangat2.  Terharu dengan effort awak tuh.  Moga awak dilimpahkan lagi rezeki yang berlipat ganda supaya lepas ni macam-2 surprise saya dapat. hehe (gurau-gurau jer).

Dua hari lepas dapat hadiah dari Din, aku dapat bungkusan misteri yang agak besar laa jugak.  Aku pelik.  Tak de pulak aku shopping online on that week.  Tetiba je, haaa, terpampang depan mata time balik kerja.  Tapi malangnya owner dah tinggalkan note kat situ 



"Sila buka tepat pada hari lahir awak"

Ececehhh, menguji kesabaran kita betul laa ! haahaha. Disebabkan Adah ni tak reti nak menolak permintaa, so kita tunggu laa malam hari jadi. 

Tadaaa, this present from my bff since secondary school.  She one of important person in my life.  Yg selalu ada saat jatuh, tergolek dan juga tengah terbang (hehe).  Adah tak mungkin sekuat ini untuk menghadapi stiap dugaan sepanjang menjadi dewasa ni, jika tanpa dia disisi Adah.  

"Thank you, Ina.  I love you.  Moga-2 urusan bersalin baby sulong nanti dipermudahkan. Aamin. "

The next surprise is a day before my birthday.  Tak sangka time ni Ibu dan Abah komplot sekali.  Beria suruh kita mandi cepat-2 lepas balik kerja sebab kawan ibu nak datang (KONONNYE). hahahah. tapi sebenarnya my BFF since Diploma yang datang.  hehe.  Bawak kek dan hadiah sekali kauu. 



 Sesungguhnya, Adah sangat-2 lah hargai setiap tindakan atau cubaan mereka untuk menggembirakan Adah setelah terlalu berat diri Adah melawan rasa kecewa dan terkilan selepas kehilangan arwah Maksu (Al-Fatihah).

Terima kasih sayang. terima kasih semuanya.  Terima kasih diatas setiap kejutan, hadiah dan kenangan manis yang ditinggalkan.  Moga ukhuwah yang terjalin ini kekal hingga tua.  



"Maksu, tahun pertama.  Tahun pertama tiada panggilan telefon mahupun sms dari maksu utk wish hari jadi kakak.  Akak rindu maksu.  Maksu, maafkan kakak.  Kakak sayang maksu.  Terlalu sayang. Akak selalu doakan semoga Maksu ditempatkan dikalangan orang-2 yang beriman.  Aameen"


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

0 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI