Thursday, November 13, 2014
TENANGLAH DIKAU DI SANA 2
Tuesday, November 11, 2014
TENANGLAH DIKAU DI SANA 1
- Minggu ni minggu agak sibuk, agak mencabar. Memang dah jarang sangat call ibu, call maksu, balas mesej kak chik. Bukan bermaksud lupa, tapi terlalu sibuk. macam dua hari sebelumnya, hari ni kak chik call lagi, bagitahu ibu demam dan tak boleh bangun. Hati tuh rasa sedih sangat. Ibu tak makan, minum air je.
- Malam tuh call laa Maksu. Suara maksu ceria, walhal seminggu sebelum tuh Maksu demam teruk. Tapi bila call, maksu cakap maksu dah sihat. Suara dia memang ceria macam biasa. Tapi call maksu bukan laa sebab nak cakap dengan maksu, tapi nak cakap dengan adik lelaki, suruh hantr makanan dekat ibu, jaga ibu. sebab time tuh aku tak dapat balik.
- Lepas call maksu terus pergi dapur cakap dengan zika, "Aku nak balik laa esok. Ibu sakit. Aku tahu ibu mesti perlukan aku". So memang dah nekad dah nak balik pagi2 sabtu. Sebab aku selalu balik 2 minggu sekali. tapi kali tuh konon nak balik minggu ke 3 sebab ade test berlambak. tapi bila ibu demam, mestilaah anak kena jenguk dan jaga ibu dia.
25 Oktober 2014 (Sabtu, 6.00 pagi)
- Hati ni berbelah bahagi antara nak balik Puchong atau tak. Sebab pikirkan test. So bila fikir dalam-2, aku nekad tak balik puchong, tapii akan terus balik puchong lepas je habis test hari Rabu. Walaupun dalam hati tuh berat sangat nak stay kat Melaka. FIkiran tuh asyik fikir kat rumah je. hati memang tak sedap. tapi time tuh tak tahu lagi kenapa.
26 Oktober 2014 (Ahad 6.00 pagi)
- Macam biasa bangun pagi-2, solat subuh dan buat sarapan.
- 6.50 pagii ade panggilan telefon dan mesej dari kak chik mengatakan Maksu pengsan. Aku terus call Kak chik, and kak chik pass telefon pada abg. Time tuh aku tak sempat pun tanya, tapi abg terus cakap "nanti abg call kakak balik ye" . Dalam hati tetiba cuak. Kenapa ni ???
- 7.15 pagi. Telefon berbunyi dan nama "Abang" keluar. Time tuh aku tengah makan cucur sambil baca buku, aku ingat lagi. Lepas jawab salam dari abang, abg terus cakap "Kakak, kau kena balik sekarang jugak. MAKSU DAH MENINGGAL".
- Ya Allah!!! Aku tak kuat, ya Allah. Time tuh aku terus kelu, aku terus menangis, aku meraung sekuat-2 hati. Housemate semua terjaga dan terus berlari dekat aku. Aku ingat lagi, telefon terus terlepas dari tangan, Fatin terus tarik aku ke dada dia, Zika terus capai telefon yang terjatuh tuh. Aku masih tak percaya dengan apa yg aku dengar. Aku menangis dan terus menangis.
- Lepas beberapa minit, zika matikan telefon dan terus peluk aku. Ya Allah, time tuh aku yakin, abang aku tak bergurau. Lembut je zika bisik ke telinga, "Maksu dah tak ada, sabar ye". Allah! rasa nak tumbang, rasa nak terbang terus ke PUchong.
- 11.30 pagi . Aku sampai di Puchong ditemani Zika. Ina, Eqa dan Kina yang jemput aku di station bas. Time tuh hanya mata yang melambangkan kesedihan. Hanya muka yang suram yang menyapa dorang. Sunyi sepi dalam kereta.
- Sampai sahaja di rumah, aku tercari-2 sekujur tubuh yang paling aku sayang. yang jaga dan belai aku dari kecik, tapi tak ada. Rupanya jenazah dah dibawa ke masjid untuk dimandikan.
- Sesampai dimasjid, ibu peluk aku sambil menangis, sebak didada. airmata tak pernah berhenti mengalir. Abah panggil masuk kedalam masjid. Bila kat dalam masjid, aku tengok ramai sangat kenalan dan saudara mara. Aku nampak adik2 aku, diorang peluk aku sambil bisik "Sabar kakak". Aku diam. aku terus melangkah ke tempat jenazah dimandikan.
- Ya Allah, kaki aku tersangat sejuk dan kaku. tapi aku gagahkan juga melangkah. Aku nampak maklang dan sepupu aku pandang aku. Aku paham makna disebalik pandangan mereka. Aku terlalu paham. Ada orang yg papah aku, aku tak kuat. Bila hampir sampai di sisi jenazah, aku pandang kakinya. Aku kenal seluar itu, sebab seluar tuh beli sama dengan seluar aku. Aku pandang bajunya, aku kenal baju itu. Sebab baju itu selalu terletak berlipat diatas katil ku. KEmudian aku pandang wajah jenazah itu, Allah, aku terus menangis, aku rasa nak tumbang. Itu MAK USU !! MAK USU!!! Ramai ahli keluarga menghampiri aku dan menyuruh aku mandikan jenazah, kerna arwah sangat-2 rapat dengan aku. Dan aku laa anak sedara yang paling dia sayangi. Aku tak menolak. Aku terus berdiri disebelah jenazah.
- Ketika urusan memandikan jenazah, aku tahan airmata, aku tenung wajah arwah. "Maksu, mungkin ini laah sebab nya kenapa hati akak terlalu kuat menyuruh akak balik semalam".
- Usaii memandikan jenazah , aku juga yang mengkapankan. Dan aku sempat mencium jenazah. Ya Allah, wangiiiiii. Maksu sangat wangi, muka maksu bersih, semua orang kat situ tegur. Smua ustazah yang terlibat memandikan arwah Maksu pun puji arwah putih bersih dan wangi. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Engkau pemudahkan urusan kami.
- Ketika ditanah perkuburan, selepas membaca talkin dan doa, ibu pengsan. Allah, besar sungguh dugaan-Mu pada kami. Kami kehilangan arwah yang sangat rapat dan baik. Dan ibu pula dimasukkan ke hospital sehari selepas arwah meninggal.
11 November 2014
Maksu, kini dah 17hari maksu tinggalkan akak, tinggalkan kami. Akak tak sempat jaga maksu ketika sakit. Akak tak sempat nak tengok maksu senyum buat kali terakhir. Akak tak sempat nak dengar gelak tawa maksu. Akak tak sempat buat semua tuh, maksu. Banyak kali akak rasa menyesal. Banyak kali akak mengeluh, tapi ramai orang nasihatkan akak, ramai org suruh akak bersabar, dan ramai sangat-2 orang cakap "Maksu terlalu sayangkan kakak dan baby, sebab tuh hanya kakak dan baby yang tak sempat tengok maksu nazak. Hanya kami berdua yg tak dapat tengok maksu melelapkan mata buat kali terakhir. Hanya kami. Sebab apa? Sebab Maksu tak nak kami sedih tengok maksu terlantar kan????" Akak terlalu sayangkan maksu. Setiap kali akak masuk bilik, akak tengok tempat maksu baring selalu disebelah kakak, akak buka almari maksu, akak tengok gambar2 dalam telefon maksu, dan akak baring dan cium tempat terakhir maksu menghembuskan nafas terakhir. Terlalu perit untuk menerima yg maksu dah tak ada. Tapi akak redha, maksu. Akak redha. Moga maksu tenang di sana. Akak sayangkan maksu. AL-FATIHAH buat ROSLINDA BINTI ALI.
Friday, October 17, 2014
RINDU
Monday, August 18, 2014
Resipi "Rainbow Cake" Mudah.
Saturday, August 16, 2014
DIY WEDDING CARD (ADOBE PHOTOSHOP, MICROSOFT EXCEL)
Friday, May 23, 2014
PERCUBAAN SETERUSNYA : ADOBO PHOTOSHOP
Monday, May 19, 2014
1st TRIAL GUNA ADOBE PHOTOSHOP UNTUK LOGO
Haaa, kan simple tuh. hahaha. ini pun 5jam? Mesti blogger lain gelakkan adah kan? hehehe
Ok bai !
Sunday, May 18, 2014
TEMPAHAN PROPS UTK PHOTOBOOTH AND CANDY BUFFET.
- Beading (baju/tudung)
- Menjahit bantal hiasan.
- Baking
- Props for photobooth and candy buffet.
So hari ni adah nak tunjuk dekat korang sample props yang adah dah buat. First buat arituh suka2 utk majlis pertunangan kawan baik Adah. Dan yg second ni tempahan dari kakak angkat :)
Maaf, kedua2 gambar tanpa lidi. hehehe. sebab bila dah letak lidi, tak sempat nak tangkap gambar dah pass ke tuan badan.
Btw, utk candy buffet, adah buat jugak nama2 sweets kat atas meja tuh. Tapi tak siap lagi. Nanti dah siap Adah update lagi k? :)
And utk photobooth and candy buffet tuh sebenarnya akan digantung. tapi tak tebuk lubang dan pasang tali lagi. In sha Allah semua tuh akan disiapkan sebelum cuti seminggu ni :)
p/s: buat benda yang kita suka, Jgn buat benda yg org suka. Salam ^^,
Sunday, May 4, 2014
BICARA MANUSIA
Monday, April 21, 2014
BILA SATU DUNIA..........
Sunday, March 23, 2014
WHEN MY HEART SAYING SOMETHING
Thursday, February 20, 2014
RESIPI PUDING JAGUNG
First time kita buat puding, menjadi dan rasa tuh tak terlalu manis, dan tak terlalu tawar.
So kita excited nak share.
Serius memang sedap.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair (F&N)
2 tin jagung manis (ADABI)
2 cwn tepung kastard (NONA)
2 cwn gula
5 cwn air
1 sdk esen vanilla
NOTE **** yg dalam kurungan tuh jenama yg saya guna. so you all nak guna jenama lain pun boleh :)
Cara-cara:
1. Masukkan susu cair dan tepung kastard ke dalam periuk dan kacau sehingga tidak berketul dan tepung larut.
2. Masukkan semua bahan-2 lain dan kacau kan.
3. Masak bahan-2 tadi di atas api yg sederhana, tak terlalu kecil or besar.
4. Sentiasa kacau hingga cecair menjadi likat dan berkilat.
5. Tutup api, dan masukkan ke dalam bekas.
6. Biarkan sejuk dahulu, kemudian baru masukkan dalam peti ais.
SIAP !
NOTE **** proses nak likat dan berkilat tuh ambil masa yg lama taw! So jgn takut tak jadi atau apa. Akan jadi, cuma lama sikit :)
Sekian.
RESIPI MUDAH CHEESEKUT
Friday, February 14, 2014
RESIPI KEK KUKUS MILO (MUDAH DAN CEPAT)
Wednesday, February 12, 2014
PRODUCT REVIEW : BIO ESSENCE TONER AND DAILY MOISTURIZER .
Terus terang cakap, Adah tak kata produk Bio Essence ni murah k? And bukan lah nak berbangga sebab pakai produk mahal. Cuma nak bgitahu keberkesanan produk jer.
Benefit:
1. Bila pakai toner ni, kotoran pada kulit muka hilang dan liang-2 roma pun tertutup.
2. RAsa segar dan dapat improve tona kulit.
3. Kulit lebih licin dan anjal.
Face Lifting Cream with ATP
Okay, cream ni best sangat. Macam kulit muka adah ni tak boleh pakai krim yg warna coklat tuh aw. Kalau krim yg pejal tuh, kulit adah akan naik jerawat and pakai bedak bertapuk-2.
So sebab tuh adah suka pakai Bio Essence Face lifting Cream ni , bertindak sebagai moisturizer. Bila pakai rasa macam melekit jer kat muka, tp sebenarnya tak. Dah apply tuh, tunggu lama sikit, kulit rasa selesa je, then baru apply bedak.
Kebaikan:
1. Cerahkan kulit.
2. Melembapkan kulit wajah.
3. Mengecilkan liang pori pori.
4. Anti penuaan.
5. and boleh bentukkan muka jadi V shape (depends on how kita sapukan pada kulit muka) *cara urutan.
Testimoni:
Ni testimoni dari Adah sendiri. Bila apply kan both product bio essence ATP V series ni, kulit muka adah lembap dan tak kering cam dulu. Dan bila tak pakai make up pun, kulit nampak segar je. Lagi satu, kulit lebih cerah dan warna kulit lebih sekata. And paling adah suka, liang pori-pori pada wajah semakin mengecil dan kulit pun jadi halus, tak kasar dan tak menggerutu. Paling Ohsem, parut semakin pudar.
Yeayyy ! Tuh testimoni panjang berjeler. Apa-2 pun, kita kena yakin bila gunakan sesuatu produk. Dan bila rasa tak sesuai, cepat2 stop dan jangan teruskan lagi. Takut bg defect kat muka korang. Kang ada yg pergi kerja/kelas/meeting guna surat khabar tutup muka. heheh.
The End. Happy Reading!
p/s: kalau produk mahal tapi boleh guna utk 4 5 bulan, ape salahnya kan? Tak membazir pe. Tapi kalau rasa mahal sgt dan tak berkemampuan, ada banyak cara traditional yg mampu bantu atasi masalah kulit muka anda . So don't worry , be happy ! :)
Friday, February 7, 2014
STATUS MENJENGKELKAN DI FACEBOOK
Saturday, February 1, 2014
KALAU KERANA LELAKI
Dear self,
You not live for a man,
You'll be better without him.
You know why?
Because you not a women that need man.
You can survive much good in your space and life.
The end.
Thursday, January 30, 2014
MARS BAR VERSI DADIH .
Monday, January 27, 2014
PRODUCT REVIEW : PELAMIN MURAH UNTUK TUNANG, NIKAH DAN SANDING !
Selebihnya boleh tengok gambar dkt page MINI PELAMIN SAINA okay? :)
Macam mana? Cantik tak? Btw, untuk tahun 2014, dorang ada open new design taww ! you all boleh refer dekat album "2014 Exclusive".
Again, adah nak tegaskan, "Perkhidmatan pelamin yg sediakan oleh MINI PELAMIN SAINA ni 100% boleh dipercayai taww ! " So jgn risau takut kena tipu or ape. Anda boleh tengok sendiri feedback dan gambar-2 kat page mereka.
CONFIRM , anda akan rasa excited ^^,
Okay, sekian review dr Adah. Amboiii , tak sabar benar nak ke page Mini Pelamin Saina. hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)