Monday, August 18, 2014

Resipi "Rainbow Cake" Mudah.




Rasa macam dah lama tak share resipi kan? hehe. 

So hari ni Adah nak share buat resipi rainbow cake yg Adah buat untuk befday adik Adah disekolah dia.  Simple je. Tapi Alhamdulillah, menepati citarasa kami sekeluarga. hehe. 


Bahan-bahan:

1 cwn marjerin/planta/buttercup (350gram)
1 cwn gula castor (gula biasa pun boleh)
3 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 sdk esen vanilla
1 sdk serbuk penaik
1 sdk soda bikarbonat
Pewarna

Cream cheese:

Cream cheese Tartura (yg besar)
1 1/2 cwn gula castor.

Cara-cara:

1.  Putarkan marjerin sampai kembang. (sampai jadi putih and ringan. Biasanya guna mixer lebih mudah and kek lebih lembut and gebu.  Tapi pukul guna tangan pun okay. tapi kena pukul lama sikit laa)
2.  Masukkan guna dan telur, pukul lagi.. 
3.  Masukkan tepung gandum, vanilla, serbuk penaik dan soda bikarbonat . Putarkan lagi sampai tekstur cantik. 
4.  Bahagikan adunan dan titiskan pewarna. 
5.  Masukkan adunan dalam loyang yg telah disapu planta dan tepung. 
6.  Bakar selama 30 mnit atau kurang, sebab lapisan tak tebal sgt. 

7.  Selepas selesai bakar setiap lapisan, putarkan cream cheese and gula sampai tekstur cantik. 
8.  Kemudian baru lapiskan kek setelah kek betul2 sejuk. 
9.  Hias kek ikut kreativiti masing2. Siap!


***p/s: Utk buat rainbow cake yg macam adah buat ni, adah buat 3x adunan.  Resipi yg kat atas ni satu adunan je. 




A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

0 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI