skip to main |
skip to sidebar
STATUS MENJENGKELKAN DI FACEBOOK
Bila nak update status kat facebook tuh tak salah. Kau nak cakap Good Morning, Salam Jumaat, Good Night, semua tuh tak salah. Ikut kau lahh.
Yg salahnya bila kau update status yg membukakan aib diri sendiri dan org lain. Itu memang salah sangat-2 laa. Sedar atau tidak, sebagai manusia yg berumur 20 tahun ke atas, sepatutnya kau update yg matang-2, berinformasi atau motivasi. Kau bukan budak hingusan yg perlu update benda remeh temeh.
Ada beberapa status yg menjengkelkan yg aku nak tegur sikit.
1. Status yg boleh menyemarakkan rasa amarah org lain.
- Kau nak kutuk, kau nak mengamuk, itu kau punya pasal la. tapi yg jadi isu sekarang, kenapa kau babitkan mak , ayah, tok , nenek org lain? Dan perlu ke kau keluar ayat-2 yg tak sedap di dengar or dibaca? Kau pernah dengar tak , "Status yg diupdate tuh melambangkan keperibadian kau?" Kalau kau tak pnh dgr, ni biar aku bagi tahu.
2. Status merungut, merungut, merungut.
- Setiap hari kau merungut. Tak bahagia lah, bosan lah, byk masalah la, tak cukup duit la, tak dapat cuti lah, gaji tak cukup lah, org tak paham kau lah, officemate tak ngam lah, itu jer yg kau update hari-hari. Kadang-2 aku pelik, tak ada langsung kah rasa bersyukur dalam diri kau? Kau ada semua yg kau nak, pekerjaan yg baik, keluarga yg elok, harta benda yg menolong, itu semua tak cukup ke? Hari-2 kau merungut, org bukan kesian aw, tapi menyampah.
3. Status bergaduh pakwe/makwe, sindir menyindir.
-. Ni lagi satu masalah. Kau bergaduh dgn pakwe/makwe kau, kau naik status berkali-2 meluahkan perasaan sambil menyindir. Elok-2 org tak tahu apa yg berlaku, terus semua dpt tahu kisah-kisah kau dr awal dan akhir. Kau nak org bukukan cerita kau ke? kau ingat kau dgn pasangan macam artis? Org lain dok sebok jd reporter dan buat report pasal masalah kau? Argh, tolong laa.
Yg peliknya, fenomena status menjengkelkan ni bukan sahaja pada remaja, mak mak org, bapak org, pun satu kepala. Ya Allah, nak tegur kang, kata kita biadap lak. Tapi dah jadi mak org kot, bahasa tuh tak melambangkan kematangan langsung. Kita kalau nak didik anak kan, kita kena cermin diri kita tau. Anak-2 nanti ikut perangai kita, so pandai-2 lah kawal diri ye ibu-ibu sekalian.
Sekian.
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI
0 Comments:
Post a Comment