Thursday, January 30, 2014

MARS BAR VERSI DADIH .




Kau tak kan sampai hati saat kengkawan kau dok request memacam dari kau. 
Kau tak kan mampu keluar rumah dgn tangan kosong, saat kengkawan kau harapkan sesuatu dari kau. 
Lebih perit, kau tak mampu kata kan "TIDAK" atas setiap permintaan kengkawan kau yg jarang-jarang jumpa . 


Kesimpulannya, 
Kau sanggup tercungap-2 jalan kaki pergi beli barang, walaupun kau cungap sebab kau dah gain weight!
Kau redha redah bilik stor cari bekas-bekas kecil.,sedangkan kau yg lupa kau sumbat mana bekas tuh. 
Lebih terharu, kau sanggop korbankan jejari runcing kau mengacau choc beku sampai cair, padahal kau yg tak reti beli microwave! 

kakakaka. *gelak senangkan hati sampai tak sedar setan berebut-2 masuk dalam mulut. 

Jadi hasilnyaa, dapat lah 12 bekas Mars bar untuk rakan-rakan yg bakal jadi mak orang, doktor, peguam, pensyarah, cikgu, dan businesswoman. *tinggi angan-2

Sekian , sepatah dua kata pada hari ni. HAHA ^^,


Nak resipi Mars Bar, boleh rujuk sini --> http://ceritachentakita.blogspot.com/2014/01/resipi-mars-bar.html




A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, January 27, 2014

PRODUCT REVIEW : PELAMIN MURAH UNTUK TUNANG, NIKAH DAN SANDING !


Holla holla !
Hari ni review sikit pasal pelamin. 
Untuk akak-2, abang-2 dan adik-2 yg dah nak tunang or kahwin tuh, mesti tengah bercelaru kan nak carik pelamin utk majlis anda? huhu. 

Jangan pening-pening ye, Meh adah kenalkan dgn MINI PELAMIN SAINA (klik kat tulisan BOLD ni utk ke page)

Mini Pelamin Saina ni provide pelamin yg cantik-2, cute dan murah taw ! 

You all boleh request warna tema dan harga hanya RM400 siap hantar !! WOWWW  murah sangat dah tuh ! :O








Selebihnya boleh tengok gambar dkt page MINI PELAMIN SAINA okay? :)

Macam mana? Cantik tak? Btw, untuk tahun 2014, dorang ada open new design taww ! you all boleh refer dekat album "2014 Exclusive".  

Again, adah nak tegaskan, "Perkhidmatan pelamin yg sediakan oleh MINI PELAMIN SAINA ni 100% boleh dipercayai taww ! " So jgn risau takut kena tipu or ape.  Anda boleh tengok sendiri feedback dan gambar-2 kat page mereka. 

CONFIRM , anda akan rasa excited ^^, 

Okay, sekian review dr Adah. Amboiii , tak sabar benar nak ke page Mini Pelamin Saina. hehe. 





p/s : sumber  gambar dari page Mini Pelamin Saina


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

PRODUCT REVIEW : TEMPAHAN LUKISAN POTRAIT INDIVIDUAL / FAMILY





Hi dearrrresttt, cantik tak gambar kat ats ni? Ini adalah lukisan tangan okay! Tak guna any paint tool software. ni memang 100% dari jari jemari mulus pelukis itu sendiri. 

Okay, why Adah review pasal lukisan potrait pulak ni kan? The reason is, korang boleh jadikan lukisan potrait gambar siapa-siapa (ikut suka hati korang laa) untuk dijadikan hadiah special kepada empunya gambar. 

Yelaa, nak bagi pakwe, makwe, mak , ayah, sepupu, sepapat, biras dan beras pon boleh. hehe. 

Meh I tunjuk lagi hasil kerja pelukis berbakat ni. 



WAh wahhh, cantik kan lukisan dia? Okay, meh rapat rapat sikit, Adah nak review and cerita serba sikit pasal pelukis dan hasil lukisannya. 

LUKISAN :

1.  Lukisan dibahagi kepada dua jenis, hitam putih dan berwarna. Gambar no.1 dan 2 tuh contoh lukisan yg berwarna, dan no.3 ni contoh lukisan hitam putih. Cantik kan? dan halus hasil kerja nya. 

2.  Setiap lukisan juga ada beberapa saiz. A4, B4 dan A3. 

3.  Untuk harga pula, ia bergantung pada jumlah "kepala", saiz lukisan, dan jenis lukisan. 

4.  FYI, pelukis ni masih belajar lagi, so dia tak ambil sebarang tempahan mengikut masa anda ye ! *Ayat tegas .  So kalau nak tempah dgn dia, awak kena tanya dulu dia tengah cuti semester atau tak. Bukan apa, kalau dia tengah bz dgn assignment, dan tak dapat siapkan tempahan korang, nanti korang mengamuk dan maki-2 pulak kan? So sila TAKE NOTE okay!

5.  Untuk tengok hasil kerja dia, boleh LIKE page dia kat sini -- > SYIKHIN'S ARTS

6.  Oh ye, bg sesiapa yg tak yakin nak tempah ONLINE, meh sini Adah nak bisik . "Pelukis ni boleh dipercayai dan business yg dia jalankan ni sah okay! ramai org dah tempah dgn dia. Anda boleh tengok feedback dgn fanpage dia taww ! " So jgn takut ditipu. Adah jamin 200% ! :)


Bagi korang yg gila minat Johny Deep, lukisan kat bawah ni hadiah utk korang TATAP ! hehe


Akhir kata, untuk mereka yg ingin berikan hadiah lain dari yg lain untuk tersayang, mari lah tempah lukisan potrait ini. Harga yg ditawarkan sangat BERPATUTAN dan hasil kerja yg puas hati :))



Sekian. 




A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, January 24, 2014

LAGU PENGARUHI EMOSI




Pernah tak alami, bila korang pasang radio, or lagu kat lappy, tetiba lagu yg keluar tuh kena dgn situasi yg korang alami sekarang. Pernah tak?

Kalau org tengah frust, tetiba keluar lagu frust, lagu putus cinta, ala-ala curang, main kayu tiga, and macam-2 laa. 



Bila org tengah dilamun cinta pun sama.  Tetiba keluar lagu yg liriknya ada kena mengena dgn pertemuan korang dgn si dia. kan kan? Contoh macam Cinta Mukabuku by Najwa Latiff. Korang pun mula laa terkinja-kinja, terus capai handphone dan text bf/gf korang "You, lagu kita on air kat Era.fm, tetiba I teringat kat you" Awww ! So sweet :*

Sedar kah anda , yg lagu-lagu tuh mampu pengaruhi emosi anda? Yelaa, contohnya bila kita tengah buat-2 kerja, tetiba lagu "Say Something" by Aguilera feat a great big world keluar, dan dan tuh laaa korang tersentak, tersebak, tersedih, teringat. Aishhhh ! Emosi betul time tuh. 

Tak pun time korang tengah drive ke, lagu Astrid - Mendua keluar dekat radio. Alahaiii, tetiba teringat pasal Ex korang yg tinggalkan korang sebab org ketiga. Haa, time tuh mula rasa nak hentak stering kereta. HAHA. *geram punya pasal. 

Tapi ada jugak lah lagu yg switch mood korang to happy.  Contoh bila korang tengah stress kerja layan kerenah customer, macam kat pasaraya besar like Tesco, AEON dan Giant. And time tengah rasa nak sembur orang tuh, tetiba lak ada staff pasang lagu catchy-2. SAh sah korang rasa nak goyang pinggul kan? kan? hehe. 



The point is, lagu mampu switch kan mood dan emosi kita.  Sebab tuh ada orang nak tidur pun nak layan lagu, bila drive dan mengantuk, dorang pasang lagu. 

You know what, sometime lagu itu juga satu hiburan yg mampu buat kita lupa pada masalah. But macam Adah cakap laa, it depends pada lagu dan situasi yg kita alami. 

So guys, let listen to the music ! :)



The end.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Thursday, January 23, 2014

PRODUCT REVIEW : SELSUN BLUE (DANDRUFF TREATMENT SHAMPOO)


Tak kira lah korang pakai tudung or free hair, rambut tuh still ASSET penting bagi korang kan?
Yup, rambut kena jaga. 

Adah akui, dulu waktu rambut panjang, Adah abaikan penjagaan rambut. Rambut rosak teruk. 
Bercabang, gugur dan berkelumumur. Ohhh, myyy :(

Then adah ambil keputusan drastik. First of all, adah potong rambut.  Bayangkan dah almost 11 years adah tak potong rambut, so tetiba potong pendek. Memang agak sedih, tapi utk rambut sihat, adah korbankan juga. 

Mula-2 sekali Adah fokus pada kelumur. Sebab kelumumur buat rambut rasa tak selesa dan gatal-2 di kulit kepala. Bila pakai tudung, MasyaAllah, rasa nak garu-garu jer. Serius gatal!

So my bro perkenalkan shampoo Sensun Blue khas untuk kulit kepala yg berkelemumur. Kesannya memang SUPERB. 


Serba sedikit tentang product :

1.  Shampoo KHAS untuk kelemumur, sebab tuh nama dia "Dandruff Treatment Shampoo".
2.  Ada tiga jenis, 2 in 1 (shampoo and conditioner), medicated and Extra moisturizing. 
3.  Warna cecair dari botol shampoo tuh warna biru, macam NILA baju. hehe
4.  Mula-mula pakai, rasa berangin jer kulit kepala. Kalau ada yg luka , akan rasa pedih sikit. 
5.  Bau tak ada la sedap sangat, tapi bukanlah bau busuk.  Memang macam bau UBAT !
6.  Harga mampu milik (lupa harga sebab selalu Ibu yg beli )
7.  Boleh didapati di Farmasi . (Watson or Guardian mungkin ada, tapi tak semua tempat)

KESANNYA :

Okay, part ni agak excited sikit.  Adah terkejut sangat dgn keberkesanan shampoo ni. 
Dalam masa dua minggu, nampak sangat perubahan pada kulit kepala Adah. 
Kelemumur BERKURANGAN, dan gatal-gatal tiada lagi. memang SUPERB! 
Paling Ohsem bila masalah RAMBUT GUGUR pun dapat diatasi. WAhhh, anda wajib cuba!

So, kepada wanita yg punya masalah kelemumur, anda boleh cuba shampoo Sensun Blue ni. Satu family adah guna.  Dan memang nampak kesannya.  

p/s:  Adah guna dua shampoo, SeLsun Blue dan L'oreal.  Sebabnya, L'oreal rawat rambut rosak macam bercabang dan kering, dan Selsun Blue untuk kelemumur dan gatal-2.  Utk shampoo L'oreal, adah akan buat review jugak nanti !


info:  Adah tukar shampoo dua minggu, dua miggu.  Sebab ada consultant utk rambut cakap, kita boleh guna shampoo bergilir-2 utk dua minggu. Ini semua ulk atasi masalah kulit kepala yg PELBAGAI. hehe


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

PRODUCT REVIEW : NANO WHITE INFINITY CALMING GEL CLEANSER


Tak semua produk dan tak semua jenis sabun pencuci yg kita boleh guna .
Lain kulit, lain pencucinya. Ada yg boleh pakai foamy, tapi ada jugak yg sensetif. 
So untuk kulit sensetive, kita sarankan anda guna Nano White Infinity Calming Gel Cleanser. 




Botol dia memang macam ni, bila nak beli tuh, sila baca elok-2 k? Pencuci muka Nano white ada banyak. 
Tapi yg ni lain dari yg lain sikit, sebab dia berbentuk gel warna putih jernih. 
Hanya picit kat tapak tangan sedikit jer, so boleh jimat dan pakai lama. CONFIRM! :)

Kawan yg promote Nano White ni, apa yg buat kita percaya, bila kita sendiri nampak perubahan pada muka kawan tuh. 
Now dah sebulan jugak kita pakai. Serius ! Ada effect. 

FYI, kulit kita tak sensetippp mana pun, tapi kita still guna yg gel ni sebab bau wangi dan rasa selesa sgt bila guna. Kulit dah tak berminya, dan lebih lembut. 

Oh ye! PARUT JERAWAT pun pudar okay ! Ohsem giler ^^, 

Mai cuba ye adik-2, kakak-2, makcik-2.  
Nano White ni ada banyak lagi jenis produk macam penyegar, krim pelembap, and so on. 
Tapi kita baru try satu ni, and sgt berkesan. Next time kita akan beli pelembap pulak. 
Tunggukan feedback dari kita okay ? :)

p/s:  Adah hanya review product yg adah guna , and rasa OKAY dan nampak EFFECT dia. Yg penting, kita kena percaya bila menggunakan sesuatu produk, in sha Allah, ada kesannya. 

Sekian


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

KESABARAN TAHAP MAKSIMA


Kau tak kan tahu berapa tahap kesabaran kau. 
Kau akan bilang, "aku dah banyak bersabar".
Kau akan pikir "Aku ini penyabar".
Tp sedarkah kau, tiada siapa yg tahu level tahap kesabaran mereka. 

Kau sakit hati, kau ditipu, kau diperbodohkan, kau dipermainkan, 
Kau diam, kau ikut je flow si penempah maut, konon nya kau rasa "SABAR" itu perlu. 
Padahal kau pun menyumpah dalam hati, 
Kau maki tak berhenti, 
Itu kau kata sabar? 

Bila kau jatuh terduduk, musibah menimpa-2 atas belakang kau, 
Sampai kau nak angkat kepala pun dah tak sanggup, 
Saat itu kau menangis jer, kau tulis dalam diari, kau simpan dalam hati, 
Haa, waktu tuh kau pikir kesabaran kau dah terbukti. 

Bila cakap pasal sabar ni, org akan kaitkan "cakap senang laa, cuba kena kat batang hidung kau, kau reti sabar ke tak?" .
*ayat robek jantung!
Time tuh kau mula laa bg advice, konon tak patut buat ni, tak patut buat tuh. sabar sabar!
Haa, itu jer kau boleh cakap. 

Tapi bila kejadian yg sama berlaku kat kau. 
KAu ketap gigi, dgn tegigit lidah bagai, tahap boleh kena kancing GIGI laa. 
Kau boleh sabar? Susah! Serius susah!
Paling kurang pun, kau still akan maki - maki dalam hati. 
Air mata berjujuran tak nak berhenti. 
Kaki mula laa hentak-2 lantai.

Kesimpulannya, tiada siapa tahu apa bukti yg dia itu PENYABAR.
Tiada siapa tahu tinggi mana level kesabaran dia. 
And tiada siapa tahu bagaimana nak maintain kan kesabaran tuh. 

Sekian. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Tuesday, January 14, 2014

WANITA ITU


Wanita itu kuat, 
Bila dia tersenyum saat hati terluka. 
Bila dia ketawa saat tengah berduka. 

Wanita itu berani, 
Bila dia suarakan isi hatinya. 
Bila dia nekad dgn keputusannya. 

Wanita itu tabah, 
Bila dia sembunyikan rasa rindu,
dan bila dia rahsiakan rasa pilu.

Sungguh, wanita itu tekad. 
Tidak menoleh kebelakang, 
Dia terus menghayun langkah kehadapan. 

Namun wanita itu keliru, 
Di mana harus dia tuju?
Saat hatinya tengah bercelaru. 

Dipersimpangan, 
wanita itu terduduk, terdiam kaku. 
Lemah tubuhnya, terjatuh airmatanya. 
Dia bersungguh menahan rasa sedih, 
sungguh dia berusaha melawan rasa kecewa. 
Namun dia tewas dipertengahan,
Saat teringat kenangan indah bersama dia. 






A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, January 13, 2014

RESIPI KEK OREN


Resipi kek yg paling simple , tapi sedap. 




Bahan-bahan:

1 biji buah oren
1 sudu besar sunquick
1 cwn minyak
2 biji telur
1 1/2 cwn gula
2 cwn tepung gandum
2 sdk serbuk penaik
1 sdk esen vanilla

Cara-cara:

1.  Buah oren dipotong kecil, buangkan kulit dan urat putih. 
2.  Blen buah oren, minyak, telur dan gula sehingga halus
3.  Tuangkan ke dalam bekas. 
4.  Masukkan tepung yg telah diayak, serbuk penaik, sunquick dan esen vanilla. 
5.  Kacau sehingga sebati dan bakar selama  45 minit - 1 jam dalam suhu 150 C.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

RESIPI MARS BAR


Hi, teringin nak share 1 resipi ni. Bila beli, mahal. 
So decide nak buat sendiri. 
Tapii,,, errrr. beli brg pun mahal taw. 
At least dapat laa banyak dr beli kat org dlm bekas kecik. 
Resipi ni dpt dr kak Pn.Stoberi (KLIK)
Bolek klik kalau nak rujuk kat resipi kak ida :)



Bahan-bahan:

1 keping choc bar cadbury (big size)
1 paket Mars choc (yg dlm ade 5 paket kecik)
1/3  butter @ lebih 
3 or 4 cwn Bubble rice Kellogs

Cara-cara:

1.  Masukkan mars bar yg dipotong kecil-2 dan 1/3 butter ke dalam periuk atau pan and cairkan diatas api yg kecil. 
2.  Tak perlu tunggu mendidih. sesudah cair, tutup api dan masukkan bubble rice kellogs.
3.  Gaul rata kemudian masukkan didalam bekas, dan padatkan. Ketepikan.
4.  Masukkan pula choc cadbury yg dipotong kecil dan 1/3 butter ke dalam periuk.
5.  Cairkan menggunakan kaedah double boiler. 
6.  Sesusah cair, tuangkan choc tadi ke atas bubble rice yg telah digaul rata dan dipadatkan. 
7.  Masuk didalam peti dan sedia utk dipotong-2 selepas beberapa jm. 


p/s: thanks pn.stoberi sbb bg kita share resipi ni. :))


 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Sunday, January 5, 2014

SEJERNIH AIR


Diseka, menitis, diseka lagi, namun ia menitis lagi. 
Air itu jernih, jatuhnya sebutir-sebutir.
Mulanya perlahan, akhirnya bertukar laju. 
Deras mengalir, sukar di kesat. 

Jernihnya air itu.
Mengalir tanpa berhenti. 
Jernihnya air itu, 
Walau diseka, ia masih berlalu. 

Air itu mengalir dgn sebab. 
Ia jatuh bukan dirancang. 
Ia lambang sebuah duka. 
Duka yg hadir sekelip mata, 
Namun tidak pasti bila lenyapnya. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Thursday, January 2, 2014

JIKA KITA MASIH BERSAMA


Jika kita masih bersama, 
Hari ini adalah harinya,
Ulangtahun kita yg KETIGA. 

Jika kita masih bersama, 
Malam ini kita berbicara, 
Bercerita segala moment terindah sepanjang bersama.

Jika kita masih bersama, 
Penghujung bulan ini kita berjumpa, 
Melepaskan rindu yg sekian lama. 

Jika kita masih bersama, 
Mungkin kita bergelak tawa,
Mengimbau kenangan pahit manis , suka dan duka. 

Jika kita masih bersama, 
Mungkin hati ini masih lega, 
dan diri mungkin bahagia. 

Jika kita masih bersama, 
mungkin ku terima sebuah lagu darinya, 
menjadi santapan telinga. 

Dan 
Jika kita masih bersama,
Tiada ku rasa sedih dan kecewa, 
Tangisan dan merana. 

Tapi aku yakin, 
Allah itu Maha Berkuasa
Dia telah aturkan semuanya. 
Dan aturan itu takdir utk kami berdua. 

Wassalam. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI