Wednesday, December 25, 2013

RESIPI CREAMPUFF DAN FILLING CASTARD


Bahan-2 Creampuff:
1/2 buttercup
1 cwn air
1 cwn tepung gandum
1 sdb gula
secubit garam
2 biji telur

Cara-cara :
1.  Masukkan air dan buttercup didalam periuk dan cairkan diatas api. 
2.  Tutup api, dan masukkan tepung gandum, gula dan garam.
3.  Kemudian pasangkan api kecil, dan gaul bahan-2 tadi hingga sebati. 
4.  Selepas sebati, tutup api dan biarkan sejuk seketika. 
5.  Masukkan sebiji telur ke dalam adunan dan kacau. Kemudian masukkan lagi sebiji telur dan kacau lagi. 
6.  Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam piping bag, dan acu kan di atas dulang.  Bakar selama 15 minit dgn suhu 150C.

Filling castard:
300 ml susu segar
1 cwn gula
1 sdb tepung kastard
1 sdb tepung jagung
1 biji telur

Cara-cara :
1.  Masukkan semua bahan-2 tadi ke dalam periuk. 
2.  Masak di atas api yg kecil dan kacau selalu. 
3.  Kacau sehingga tak berketul dan jadi likat, kemudian tutupkan api. 
4.  Akhir sekali, masukkan inti castard ke dalam creampuff yg telah di belah . 
5.  Taburkan gula halus diatas creampuff dan boleh dihidang. 

p/s: untuk belajar secara visual, boleh rujuk di bawah. 



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

2 Comments:

Mime MF said... [Reply to comment]

senangnya nak buat..rajin boleh try ni..^^

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

@Mime MF memang senang sgt. cuba laa :)selamat mencuba k.

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI