skip to main |
skip to sidebar
RESIPI KEK COKLAT MOIST
Bahan-bahan A :
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula pasir
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
Bahan-bahan B :
1 1/2 cwn tepung gandum
1 s/k serbuk penaik
1 s/k soda bikarbonat
3 biji telur
1 s/k esen vanilla.
Cara-cara:
1) Masukkan bahan-bahan A didalam periuk dan masak di atas api yg kecil sehingga semua cair dan sebati.
2) Kemudian padamkan api, dan biarkan seketika .
3) Masukkan telur ke dalam bekas lain dan kacau shingga kembang.
4) Kemudian campurkan telur tadi dgn bahan-bahan B.
5) Masukkan bahan-bahan A ke dalam bahan B tadi.
6) Kacau sehingga sebati .
7) Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang yg telah dialas @ disapukan marjerin dan tepung.
8) Masuk ke dalam pengukus yg telah dipanaskan, dan kukus selama 1 jam tanpa buka !!
9) Sesusah sejuk, anda boleh letakkan topping ke atasnya.
Bahan-bahan utk Topping:
1 paket coklat masakan Nona (jenama lain pun boleh)
2 s/b susu pekat
1/4 cwn air panas
1/2 cwn susu cair
Cara-cara:
1) Campurkan semua bahan-bahan tadi dan masak di atas dapur menggunakan taktik double boiler.
2) setelah cair, sapukan di atas kek yg siap masak tadi.
p/s: Jika tiada coklat keping tadi, anda boleh gantikan dgn 1 cwn serbuk koko dan ditambahkan sikit susu pekat. Selamat mencuba !
HASILNYAA :
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI
2 Comments:
fevret sya !! ermm dah lama xbuat kek..huhu
@Sya Chot .. hehe. nnti buat taw. mesti awak buat sdp:)
Post a Comment