Sunday, October 13, 2013

RESIPI KEK COKLAT MOIST


Bahan-bahan A :

1 cwn serbuk koko
1 cwn gula pasir
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat

Bahan-bahan B :

1 1/2 cwn tepung gandum
1 s/k serbuk penaik
1 s/k soda bikarbonat
3 biji telur
1 s/k esen vanilla. 

Cara-cara: 


1) Masukkan bahan-bahan A didalam periuk dan masak di atas api yg kecil sehingga semua cair dan sebati. 

2) Kemudian padamkan api, dan biarkan seketika . 

3)  Masukkan telur ke dalam bekas lain dan kacau shingga kembang. 

4) Kemudian campurkan telur tadi dgn bahan-bahan B.

5)  Masukkan bahan-bahan A ke dalam bahan B tadi. 

6) Kacau sehingga sebati  .

7) Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang yg telah dialas @ disapukan marjerin dan tepung. 

8)  Masuk ke dalam pengukus yg telah dipanaskan, dan kukus selama 1 jam tanpa buka !!

9) Sesusah sejuk, anda boleh letakkan topping ke atasnya. 


Bahan-bahan utk Topping:

1 paket coklat masakan Nona (jenama lain pun boleh)
2 s/b susu pekat
1/4  cwn air panas
1/2  cwn susu cair

Cara-cara:

1) Campurkan semua bahan-bahan tadi dan masak di atas dapur menggunakan taktik double boiler. 

2) setelah cair, sapukan di atas kek yg siap masak tadi. 


p/s:  Jika tiada coklat keping tadi, anda boleh gantikan dgn 1 cwn serbuk koko dan ditambahkan sikit susu pekat. Selamat mencuba !

HASILNYAA :



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

2 Comments:

Sya Chot .. said... [Reply to comment]

fevret sya !! ermm dah lama xbuat kek..huhu

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

@Sya Chot .. hehe. nnti buat taw. mesti awak buat sdp:)

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI