Bahan-Bahan :
1 bekas Nutella (kecil)
1 cawan tepung gandum
1 sb soda bikarbonat
1 sb baking powder
2 biji telur
1/2 cwn susu cair
Cara-cara :
1. Masukkan telur dan nutella ke dalam mangkuk adunan dan kacau selama dua minit.
2. Masukkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder, dan kacau.
3. Kemudian masukkan susu cair. Pastikan adunan tak terlalu pekat, dan tak terlalu cair. Jika terlalu pekat, boleh tambahkan sikit susu cair. Dan jika terlalu cair, boleh masukkan tepun sedikit.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk kecil. Masukkan hanya separuh.
5. Masukkan dalam oven dan bakar dalam suhu 150 C selama 10 minit. Kemudian keluarkan.
6. Setelah sejuk, hiaskan Nutella di atas cupcakes tadi dan letakkan kacang ataupun chocolate chip, atau chocolate rice.
7. Siap dihidangkan.
Rasa:
Kek lembut, namun kurang manis, sebab tuh perlu dihias dgn Nutella di atas nya.
p/s : pastikan cawan yg digunakan utk sukatan tepung dan susu cair adalah sama.
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
0 Comments:
Post a Comment