-PEACE- |
Hye . Alhamdulillah , masih ade lagi kesempatan utk adah mencoretkan sesuatu di blog ini . Mata ini masih lagi terbuka , Jantung ini masih lagi berfungsi , dan nadi ini masih lagi berdenyut , menandakan adah masih bernafas . Terima kasih , Ya Allah . Adahh bersyukur sangat-2 .
Okey , readers . Mesti korang tertanya-tanya story adah kali nie ye ? Ape-2 pun adah nak mulakan dengan jadual padat adah minggu ini . Bagi pelajar2 part4 , mesti korang pun rasa kepenatan yg adah rasa kan ? sebab minggu ni kta semua tak dapat cuti . Even sabtu and ahad , kita still ade aktiviti . PENAT ? emm , ofcourse lah penat . penat sesangat !
TAPI , ada something yg adah rasa kepenatan adah minggu nie berbaloi . HEHE . nak tahu ape ? Kalau korang beli surat khabar KOSMO bertarikh 30 Januari 2012 , mesti korang dapat baca berita tentang UiTM adah akn ? Ehh , maksud adah , UiTM Jengka lahh . Adah mana ade UiTM sendiri . hehehe .
UiTM Jengka telah melakar sejarah di Malaysia Books of Records , which we all create LOGO 1Malaysia , by using plastic cup ! :D Hebad tak kami ? Kami membentuk logo 1 Malaysia dengan menggunakan cawan plastic sepanjang 100m and lebar 38 meter . Alhamdulilllah . Ini semua berkat usaha students UiTM .
Walaupun adah tak terlibat dalam membentuk logo 1 Malaysia tersebut , tapi ada juga jasa yg adah and kengkawan part4 sumbangkan , di mana kitorang telah membantu mewarnakan penutup2 cawan dengan warna-2 bendera Malaysia . Then time perasmian logo tersebut , adah dengan budak-2 part4 yg lain terlibat aw . hehe . kami berada di sekeliling gambar logo tuh. Nak tengok ?? JOM !
cuba teka adah kat mana ? HIHI |
HEHE . Actually , logo yg UiTM Jengka buat nie bukanlah semata-mata untuk menaikkan nama UiTM cawangan Jengka , namun ia lebih kepada menerapkan semangat patriotic dalam kalangan remaja , students macam kami . LAgipun , benda yg kami lakukan ini dapat sokongan dari ramai pihak . And lebih penting , sokongan dari pelajar sendri pun amat memberangsangkan.
Sebenarnya , sebulan sebelum logo nie terhasil , kami pelajar UiTM telah mengumbul sebanyak 10 biji cawan plastic untuk seorang pelajar . Setiap pelajar yg mengumpul sebanyak 10 biji cawan , akan di tukarkan dengan satu kupon MPP . Waktu adah kumpul cawan2 tuh dulu , adah tak tahu pun apa fungsi dia . Bila UiTM keluarkan memo tentang KI , Kemahiran Insaniah , baru lah adah tahu tujuan sebenar cawan itu dikumpulkan .
SEE ! Kami dah melakar sejarah . Anda bila lagi ? Sebagai students UiTM Jengka , adah bangga dengan setiap pencapaian dan tahap perpaduan antara kami . Kami bersama-sama mencipta dan melakar sejarah untuk Negara !
InsyaAllah , satu hari nanti korang pun akan lakukan benda yg sama :)
By the way , adah nak amik kesempatan untuk ucapkan TAHNIAH buat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan mereka-2 yang terlibat dalam menghasilkan logo 1 Malaysia ini . Tahniah atas usaha korang , dan pengorbanan korang sepanjang menghasilkan logo ini ! Tak sia-2 korang semua korbankan masa korang . hehe . tahniah !
p/s: Utk pengetahuan korang , pembentukan logo 1 Malaysia ini mengambil masa 2 hari dan dua malam aw . Itu ape yg adah dengar dari orang KETIGA :)
0 Comments:
Post a Comment