Monday, January 9, 2012

Perkahwinan di Usia Muda ;)


-gambar hiasan-



-Perkahwinan Usia Muda-

Kadang-2 HATI kerap berbisik , "bila aku akan kahwin ? Siapa Jejaka yg bertuah ? Berapa Hantaran nye ?" . Semua persoalan tuh kerap bergilir-2 berputar di fikiran . Bukan gatal , mahupun tak sabar , tapi itu hanya persoalan biasa bagi seorang remaja yg bakal mendewasakan diri mereka .  Lebih-2 lagi apabila usia kini menginjak ke 20 tahun .

Selalu baca blog-2 mereka yg sudah pun berkahwin di usia muda . Alhamdulillah , mereka sudah melangkah setapak ke Dunia Baru , iaitu Alam Perkahwinan . Ada yang menyokong perkahwinan di usia muda , namun tak kurang hebad nye yg membangkang .

Mungkin ramai yg tak percaya dengan kemampuan seorang remaja yg berusia 18 hingga 23 tahun itu mampu membina Mahligai indah dalam usia yg begitu muda ? Namun , ada juga ibu bapa yang mengakui dan membenarkan anak mereka terjebak dalam "Perkahwinan Muda" ini .

Sedar atau tidak , banyak manfaat atau dengan kata lain , banyak kebaikan nye "Perkahwinan Usia Muda" ini . Mungkin kita lebih memandang sudut negative nye , namun , Jikalau kita teliti , di dalam Islam juga sudah di nyatakan "Perkahwinan itu satu ibadah" . 

Di mana Ibadah yg di maksudkan di atas , tidak sempurna ibadah seseorang itu , jika HATI nye tidak tenang ketika melaksanakan ibadah tersebut , contohnya SOLAT .

Rasulullah juga ade menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan : " Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja , lalu datang seseorang yang datang meminang , jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya"

Sedar ataupun tidak , perkahwinan awal ini sebenarnya LEBIH kepada cara atau jalan penyelesaian untuk mengelakkan kita dari melakukan Zina. 

Antara punca nya . hm .


 Seperti seruan Rasulullah S.A.W :

"Wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah, sesungguhnya ia menundukkan pandangan kamu , memelihara kemaluan mu, (kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa.  Sesungguhnya ia adalah pencegahnya"

Banyak lagi kebaikan berkahwin di usia Muda , antaranya : Bagi kaum wanita , pada waktu ini lah masa yang sesuai untuk mereka melahirkan zuriat-zuriat yang sihat , dan generasi yang baik untuk membina kesejahteraan UMMAH .

Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya , jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya." - (H.R. Tirmidzi)

Wallahualam . Kita hanya mampu merancang , selebihnya biar Allah yang tentukan (: Soal jodoh , ajal dan maut , hanya Allah yg tahu .  Cepat atau lambat , kahwin di usia muda , mahupun tua , semua itu bukan kita yang tetapkan . Setiap dari kita diciptakan secara berpasangan , dan tidak perlulah kita risau , jika kita digelar Andartu ataupun tidak laku . Kerana mungkin kita masih belum dipertemukan dengan jodoh kita itu .

-serangkai kata-


p/s :: Coretan di atas hanya kata-2 yang terbuku di hati dan bermain di minda , tidak pula untuk menunjukkan gelonjak jiwa seorang remaja yg ingin berkahwin awal . Ia hanya pendapat , dan juga panduan untuk diri sendiri (: Terima kasih membaca , sekian dari -ADAH-


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

0 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI