Wednesday, August 17, 2011

SAATNYA AKAN TIBA :'(

Kehilangan :’(

Amat perit bile kita merasa kehilangan . Tak kira lah kehilangan keluarga , sahabat handai ataupun orang yang tersayang .  Pilu jer rasa nye .  Tak dapat membayangkan jika aku juga akan merasa kehilangan itu . Adakah aku akan setabah mereka ? sekuat mereka ?? Mungkin tidak ! kerana aku sangat lemah .

Dalam tahun nie jer , 6 orang wanita kehilangan orang yg mereka sayang , kekasih hati mereka , dan tempat mereka bermanja . Ini yang aku dengar dari kengkawan . Namun aku yakin , kat luar sana tuh lebih ramai yang pernah kehilangan insan tersayang .  Terdetik di hati nie nak bertanyakan apa yang mereka rasa . Tapi aku tak sanggup . Tak sanggup membuatkan mereka mengimbau kenangan pahit itu .  Sudah tentu airmata mereka akan tumpah lagi , dan amat sukar untuk berhenti . Aku tak mahu menambahkan kesedihan mereka kembali , namun dalam masa yang sama , aku cube untuk menyelami hati mereka . Andai aku berkuasa , aku juga ingin merawat setiap luka KEHILANGAN yang mereka hadapi . Tapi siapakah aku ??

Aku selalu bagi tahu dia , yang aku tak nak kehilangan dia . Aku tak nak berpisah jauh dari dia . Aku tak sanggup . hmm , bukan ! Aku tak mampu untuk berdiri kembali . aku takut di saat aku kehilangan dia , aku akan rebah jatuh ke bumi . Dan sukar untuk bangun kembali . Separuh jiwaku juga akan pergi bersama . Urmm , Ya Allah , aku betul-betul tak sanggup kehilangan sesiapa sahaja yang aku sayang . Termasuk orang tua ku . Masih banyak kesalahan aku pada mereka . Berikan aku masa untuk aku membahagiakan kedua orang tua ku . Walaupun hakikatnya aku banyak menconteng garis-garis luka di hati mereka . hmm , MAAFKAN AKAK , ibu :’(  Aku juga tak sanggup kehilangan dia . Dia yang datang saat aku jatuh tersembam dalam dunia kedukaan . Dia juga lah yang menghulurkan tangan dan membawa aku keluar ke dunia kegembiraan . Sungguh , aku tak sanggup kehilangan dia , Ya Allah . 

Tapi , apa dayaku ? Ajal dan maut bukan ditangan ku , bukan juga di tangan mereka yang aku sayang . Hanya Allah S.W.T yang tahu , bila tarikh mereka akan tinggalkan aku . Allah penentu segala yang berlaku di dunia ini . Aku hanya mampu berdoa agar aku diberikan lagi kesempatan untuk bergembira bersama mereka .  Namun , andai aku mampu membuat pilihan , biarlah aku pergi dulu menghadap Ilahi sebelum MEREKA . :’) Kerna aku tak sanggup hidup dengan jiwa yang kosong tanpa dihiasi dengan gelak tawa mereka ! Aku tak mampu .


 Ibu , abah . Akak sayangkan ibu dan abah . sayang sangat2 . Tak tergambar kasih ibu dan abah pada seorang anak , macam tuh juga kasih seorg anak kepada orang tuanya . Akak mungkin tak mampu untuk tunjukkan sebanyak dan sejauh mana kasih sayang akak pada abah dan ibu . Tapi sejujurnya , rasa sayang ini sentiasa subur di hati akak , sehingga akak tak sanggup berjauhan dengan abah dan ibu . MAAFKAN segala kesalahan akak :(

ERmm , awak . . . saya sygkan awak . Sungguh , saya CHENTA awak . Walau macam-macam yang saya dah buat kat awak , tapi awak mampu tersenyum dan menerima saya balik . Saya tak sangka awak sebaik tuh . Awak terima segala keburukan dan kekurangan saya . Awak tak pernah mengungkit atau mempersoalkan apa yang pernah saya lakukan pada awak . Awak sentiasa memberikan saya peluang . Sehingga kan saya malu untuk berdepan dengan awak . Tapi saat nie , saya juga tak mampu untuk kehilangan awak .  Jangan pergi jauh dari saya , sayang .  Awak janji tak akan tinggalkan saya kan ? Saya menagih janji-janji awak tuh , sayang .  :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

0 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI