Wednesday, August 17, 2011

SAATNYA AKAN TIBA :'(

Kehilangan :’(

Amat perit bile kita merasa kehilangan . Tak kira lah kehilangan keluarga , sahabat handai ataupun orang yang tersayang .  Pilu jer rasa nye .  Tak dapat membayangkan jika aku juga akan merasa kehilangan itu . Adakah aku akan setabah mereka ? sekuat mereka ?? Mungkin tidak ! kerana aku sangat lemah .

Dalam tahun nie jer , 6 orang wanita kehilangan orang yg mereka sayang , kekasih hati mereka , dan tempat mereka bermanja . Ini yang aku dengar dari kengkawan . Namun aku yakin , kat luar sana tuh lebih ramai yang pernah kehilangan insan tersayang .  Terdetik di hati nie nak bertanyakan apa yang mereka rasa . Tapi aku tak sanggup . Tak sanggup membuatkan mereka mengimbau kenangan pahit itu .  Sudah tentu airmata mereka akan tumpah lagi , dan amat sukar untuk berhenti . Aku tak mahu menambahkan kesedihan mereka kembali , namun dalam masa yang sama , aku cube untuk menyelami hati mereka . Andai aku berkuasa , aku juga ingin merawat setiap luka KEHILANGAN yang mereka hadapi . Tapi siapakah aku ??

Aku selalu bagi tahu dia , yang aku tak nak kehilangan dia . Aku tak nak berpisah jauh dari dia . Aku tak sanggup . hmm , bukan ! Aku tak mampu untuk berdiri kembali . aku takut di saat aku kehilangan dia , aku akan rebah jatuh ke bumi . Dan sukar untuk bangun kembali . Separuh jiwaku juga akan pergi bersama . Urmm , Ya Allah , aku betul-betul tak sanggup kehilangan sesiapa sahaja yang aku sayang . Termasuk orang tua ku . Masih banyak kesalahan aku pada mereka . Berikan aku masa untuk aku membahagiakan kedua orang tua ku . Walaupun hakikatnya aku banyak menconteng garis-garis luka di hati mereka . hmm , MAAFKAN AKAK , ibu :’(  Aku juga tak sanggup kehilangan dia . Dia yang datang saat aku jatuh tersembam dalam dunia kedukaan . Dia juga lah yang menghulurkan tangan dan membawa aku keluar ke dunia kegembiraan . Sungguh , aku tak sanggup kehilangan dia , Ya Allah . 

Tapi , apa dayaku ? Ajal dan maut bukan ditangan ku , bukan juga di tangan mereka yang aku sayang . Hanya Allah S.W.T yang tahu , bila tarikh mereka akan tinggalkan aku . Allah penentu segala yang berlaku di dunia ini . Aku hanya mampu berdoa agar aku diberikan lagi kesempatan untuk bergembira bersama mereka .  Namun , andai aku mampu membuat pilihan , biarlah aku pergi dulu menghadap Ilahi sebelum MEREKA . :’) Kerna aku tak sanggup hidup dengan jiwa yang kosong tanpa dihiasi dengan gelak tawa mereka ! Aku tak mampu .


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, August 6, 2011

Cinta Muka Buku :')

Assalamualaikum (:

Hari nie tetiba rasa gembira sesangat . Bukan apa , hari ni kte tukar lagu baru kat blog ! ehhh , tapi kali nie bukan saja2 tukar taw ! Kita tukar sebab lagu nie ade kenangan antara kita dengan si dia :DD

CINTA MUKA BUKU . haihhh ! kalau ikutkan hati , kita tak pernah percaya dengan cinta sebegini ! yela , mana mungkin hubungan itu boleh terjalin tanpa kita mengenali seseorang itu , tak kira lah laki atau perempuan .

Ingat lagi , tahun lepas . sewaktu baru berjinak2 dengan dunia FB nie , kita selalu cakap kt kawan sendiri , yg kita tak akan suka kat mana-mana lelaki yg kite kenal dkt FB . hehehehe (: sebab , kita cakap lelaki kat dalam FB nie banyak yg nak menggatal jer . And for sure kita memang menyampah gile2 pada lelaki yg suke benar menegur-negur di IM kita :DD

Tapi tuh laa , disebabkan perasaan TAK SUKE sggt nie laa , akhirnya kite terjumpa juga dgn insan yg tersayang di laman sosial nie . ggrrrrr :P Serius , mmg kita tak percaya sgt2 , smpai skrg . And ada gak yang kata hubungan kita tak kan kekal lama . Sebab kebanyakan yg rapat dgn kita dah set kan minda dorang , couple yg kenal melalui FB tidak akan pergi jauhhh !

Ceyhhhhh ! Kita nak tgk sejauh mana kebenaran kata-kata tuh . Sebab kita pun sdang cuba untuk membuktikan yang CINTA MUKA BUKU nie pun boleh bertahan and kekal lama gak . InsyaAllah (:  Sebenarnya , kita sendiri tak tahu dengan sapa jodoh kita , and bila kita jumpa jodoh tuh . Sebab yang merancang segala-galanya bukan kita . Hanya Yg di Atas sahaja yg tahu (:

Cuma yg kita harapkan sekarang nie , kita boleh bahagikan masa kita antara kerjaya dan juga CINTA (:  Tak nak terlalu mengejar cinta manusia , sbb takut kecewa di kemudian hari . Tapi untuk si die , "awak jgn risau , selagi saya mampu , saya pertahankan lah hubungan ini" (:

Alamakkk ! rasa nye kena stop skarang . sebab , hehehe . kita tak mandi kot . adehhh ! terlalu sibuk nak carik CODE lagu nie , smpai terlupe nak mandi . hehe (:

anyway , thanx kepada yg sudi membaca :D Salam Ramadhan buat anda .

p/s :: terima kasih laa pada adik2 yg tolong akk carik lagu nie ye ? jasaamu akan ku kenang . 
~terima kasih sayang sebab tolong kakak ! blog korang lagi gempak (: ~heee










A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI