Assalamualaikum.
Seorang lelaki yg benar2 mengenali kita selalunya akan berhati2 dalam percakapannya, ataupun , tingkah lakunya bila berhadapan dgn kita.
Jujur Adah katakan, Din seorang yg sangat berhati2.
Bicaranya sedaya upaya ditahan supaya tak mengguris perasaan Adah.
Belum lagi sikapnya yg selalu bertolak ansur.
Kalau org lain, makin ditelan tahun, makin terkeluar sikap sebenarnya.
Tapi berbeza dgn Din.
Makin lama perkenalan, semakin berhati2 dalam pergaulan kami.
Sebolehnya Din cuba elakkan dari berkasar dgn Adah. Apa yg keluar dr mulutnya walaupun satu penafian hakikatnya, tapi semua tuh bersebab.
Sebabnya dia tak nak Adah bersangka yg bukan2.
Katanya dia terlalu paham dgn perangai Adah.
Apa dan bagaimana kemarahan Adah akan tercetus. Dia tahu. Maka dia cuba elakkan dari berlaku, iaitu dgn 1 penafian. Kadangkala tuh satu pembohongan. Tapi bohongnya itu sekadar mahu redakan hati Adah.
Dan bila penafian dan pembohongan terungkai keesokannya, Adah jadi tak boleh nak marah. Sebab jauh dr sudut hati, Adah memahami mengapa dan kenapa penafian dan pembohongan itu dilakukan oleh Din.
Dan memang betul, jika kejujuran yg Din ungkapkan, pasti Adah akan mengamuk. Well, sikap Adah yg jauh bertentangan dgn sikap tenang Din. Malah dalam perbincangan soal masa depan pon, Adah sgt beremosi dan kadangkala tuh tak sedar Adah melukakan hati dia.
Ketegasan Adah kadangkala buat Din terasa. Tapi tuh lah. Dipenghujungnya Din juga akan mengalah dan memujuk. Adah?? Hanya mampu diam tanpa akui apa2.
Perbezaan sikap ni yg menyatukan kami. Mendamaikan kami. Biar lah org nak cakap ape pasal Adah. Sebab hanya kami yg kenal diri masing2. Berapa byk kali Abah dan Ibu mrh and tegur Adah sebab layanan Adah pd Din acuh tak acuh. Alhamdulillah,kalau kena marah dgn abah ibu, Din juga pujuk. Sebab dia tahu kenapa Adah bersikap sedemikian.
Pengalaman, kisah silam. Semua tuh meninggalkan kesan yg mendalam. Din bukan lah mangsa or tempat utk Adah lepaskan segala dendam. Tapi dia pengubatnya. Penyejuk dikala Adah baran. Damai rasanya berteman dgn seseorang yg memahami.
Terima kasih.
Wanita yg punya kekurangan,
ADAH
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge