Tuesday, July 26, 2016

Mengimbau Kenangan Lalu

Assalamualaikum.

Seronok benar harini kita bercerita
Ada part2 bergelak tawa
Tak tahu apa yg buat kita teruja
Terlalu sakan berkongsi cerita gembira
Seolah olah tiada hari esok mahupun lusa
Lama sungguh tak luangkan masa
Yelah, Sibuk dgn tugasan dan kerja
Tapi tak mengapa
Utk masa depan juga

Bila diingat kembali dahulu
Awak bicara malu malu
Bila ditanya soalan seringkali jawab tak tahu
Kalau depan2 diam membatu
Mulut terkunci bisu
Nak kita jugak yg mulakan topik dahulu
Indah bukan begitu?
Walaupun kadangkala rasa nak baling batu
Yelah kita tanya berpatah dia jawab satu satu
Tak mengapalah dah sikap awak begitu

Tapi sekarang tak sama
Kita diam awak bertanya
Kita jawab awak masih lagi bertanya
Kadang bila emosi serba tak kena
Geram jugak nak disembur sahaja
Tapi awak buat apa?
Pujuk dan ketawa
Bila penat, awak sambung lagi bercerita
Kadangkala tuh terhibur juga
Telatah awak mencuit hati dan jiwa
Makin bertambahlah rasa cinta

Kalaulah awak ingat lagi
Zaman kita masih study
Awak suka main tarik tali
Time awak free kita busy
Time kita free awak ade aktiviti
Masa tuh sokmo tak puas hati
Setiap malam ade je luahan hati
Satu masa kita terus berhenti
Jarakkan hubungan utk pertama kali
Masa tuh la saya sasau menjadi jadi
Tetiba rasa sayang muncul dihati
Saat itu baru hubungan kita diperbaiki
Kita saling melengkapi
Kita saling memaafi
Kita kurangkan kelahi
Saya pula padamkan rasa benci
Yelaa mulamula dulu ingat hubungan ni tak kan menjadi
Tak sangka pula awk pandai ambil hati
Terima kasih org Ipohh marii 😊😊

Coretan manis buat Jejaka pilihan dihati,
ADAH



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

0 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI