HAHAHAHAHA. Geli jugak baca tajuk kat
atas tuh. Hehe. Baru-baru ni Adah ade date dengan Mr.Right setelah hampir lapan
bulan tak date berdua. (Elehh baru bulan, before ni setahun lebih tak jumpa,
relax je.hihi) Last date pun tahun 2014, bulan 9 tak silap. Then jumpa lagi time kenduri abg dia bulan
12.
Ikutkan, kami ni boleh dikira dengan JARI
laa berapa kali date berdua. Rasanya tak
lebih pun 5 kali. Selebihnya kalau jumpa
memang dengan family Adah. (Adah ni memang sejak sekolah lagi ada bodyguard
pergi mana-mana pun. Kalau Ibu kerja,
makcik-2 kena teman, kalau makcik-2 busy, sepupu-2 kena teman, and kalau sepupu
pun busy, adik bongsu kena teman. Haaa, tuh diaaa.
Tapi tuh laa. Antara ciri-ciri lelaki tuh
penyayang and betul2 sayang kita, IF dia tak kisah pun keluar date dengan kita
ditemani family and sedara mara. Malah
dia lagi-2 lah suka. Hehe.
Alhamdulillah.
Kedua, bila dia selalu cakap “Sy sayang
awak”, “Yunk….Love you!” , or “Wak, sayang sy tak?”. Kadang-2 tuh time tengah sibuk2 beli barang,
or time sesak-2 berjalan, tetiba jer dia cakap “Sayang awak”. Eh eh eh ehhhhhhh.
Terkesima kita. Nak cakap sweet, kang
dia perasan. So kita pun senyum je laa
sipu-2. Hehe. Itu memang tebiat pakwe kita. Hahahaha.
Ketiga, gi jalan mana-2 dia sanggup bawak
handbag kita. HAHAHA. Kemain kauu! Pemalas betul! Handbag sendiri pun suruh dia
bawakkan. Kadang-2 tuh kita acah-acah je.
Tapi dia ni memang rajin. Sokmo
laa kepit handbag kita. So Kita pun
lenggang kangkung laa. Hahaha
Keempat, tak pernah tinggi-2 suara or
tengking-2 or warning, or marah-2 tanpa sebab dekat kita. TAK PERNAH OKAY! Kalau dia marah sangat-2 pun dia akan guna
nada tegas je, supaya kita rasa bersalah dan tak buat lagi kesilapan yg sama
. Disebabkan Adah ni degil, and tak
makan saman, so kadang-2 tuh bila ada perangai Adah yg tak berkenan dimata dia,
dia jadi malas nak tegur. Tapi time tuh
kita kena paham-2 sendiri laa. Kalau
terikut-2 sangat keras kepala ni, nanti pakwe lari. Dah sudahhh. Bercinta 4 5
tahun, dalam dua tiga bulan pakwe boleh lari.
Allah, mintak simpang okay!
Kelima, tak pernah or tidak lah sekali
pun dia mengungkit kisah silam dengan Ex or bercerita hal perempuan lain. TIDAK
LAH PERNAH OKAY! Sampai kadang-2 Adah selalu cakap
“Awak ni tak ade kawan perempuan ke? Gi la keluar dgn kawan-2, gi laa kenal2 dengan perempuan lain, kot-2 kita tak ade jodoh ke, tak ade laa frust sangat awak tuh”.
Tapi dia tetap dengan pendirian dia. Ayat dia selalu
“Awak sorang ni pun saya susah nak jaga dan pening kepala nak kawal, ni kan nak kawan or kenal-2 dgn org lain. Kalau dah tak ade jodoh tuh nak buat macam mana, saya terima je laa”.
Huhuhu. Mudahnye dia bercakap. Hehe
So kesimpulannye , Mr.Right Adah ni
sangat-2 lah penyayang orang nye.
LEmbut, kalau bicara tuh tak pernah laa menyakitkan hati (kecuali part
bergaduh laa) hahaha. Dia ni seorang
yang soft spoken and high patience. Then
dia ni org yang tak suka “bergaduh”, sangat-2 tak suka. Sebab bila bergaduh je, end up dia mesti ayat
“Lepas ni jgn gaduh-2 lagi ye wak. Sy tak suka laa. Tak pe laa, sy yg salah. Sy mintak maaf k”
Walaupun sebenarnya Adah, dia dan family Adah pun tahu kesalahan tuh dtg dr Adah. Hehehehe
In short, nak cari pasangan, cari yg syg
kita lebih dr kita sayang dia. And boleh
terima family kita seadanya.
Sekian…..
3 Comments:
Owhhh..yke..untung lah putera katak..date yg baru ni x ad ke nk wat coretan..hehe
Hahahahahahahaha. Putera katak!!!
Hahahahahahahaha. Putera katak!!!
Post a Comment